Pages

Thursday, 17 November 2016

JOM TANYA RAMLEE AWANG MURSHID

JOM TANYA RAMLEE AWANG MURSHID

imej pegun dari video asal.

Semalam ada satu perkongsian video temubual bersama novelis Thriller nombor satu Malaysia iaitu Ramlee Awang Murshid.

Ia dikongsikan oleh Astro Awani melalui halaman rasmi Facebook mereka. PSS dengan rasa rela hati menyiarkan kembali temubual itu tetapi dalam bentuk catatan. Semoga peminat Ramlee Awang Murshid (RAM) mendapat manfaat dari perkongsian ini. 

Novel sendiri yang paling digemari?

RAM : Lapan siri cerita Sunan. Sunan ini lebih kepada dakwah. Lebih dekatkan diri saya kepada Allah swt. Kedua Tombiruo. Tombiruo mengingatkan kita bahawa kesempurnaan fizikal dan wajah tidak semestinya menggambarkan isi dalam hati kita.

Novel penulis lain yang digemari?

RAM: Eyman Haykal, Penulis Detik debar. Genrenya sama dengan saya. Cuma dia lebih kepada konsep thriller politik melibatkan Malaysia dengan negara luar... bagaimana untuk membanteras agenda jahat seperti pengganas – yang memberikan saya dimensi baharu.

Rutin sebelum menulis?

RAM : Basuh kain, sembahyang Dhuha sembahyang taubat, hantar anak baru saya menulis.

Media sosial yang paling kerap diguna?

RAM : Saya guna Instagram. Instagram:  ramlee_awang_murshid

Hobi?

RAM : Saya main bola. Saya suka menonton wayang yang merangsang minda saya... mencari kelainan dari aspek cerita untuk buku saya. 

Nasihat paling berguna pernah diterima?

RAM : Daripada ayah saya, Haji Awang Murshid, walau di mana kita berada pun nombor satu Allah.

Perkataan yang menggambarkan calon presiden AS Trump dan Clinton ?

RAM : Donald Trump celupar. Hillary penuh muslihat 

Apa projek terkini?

RAM : Novel seperti biasa rutin tiap tiap tahun, ada adaptasi novel untuk filem atau drama TV

Sumber asal: Astro Awani
Produser : Nizam Bakeri
Wartawan : Madiha Abdullah

No comments: