Pages

Monday, 21 November 2016

PERMULAAN ATAU PENGAKHIRAN? SEMUANYA PADA 17 DISEMBER NANTI

PERMULAAN ATAU PENGAKHIRAN? SEMUANYA PADA 17 DISEMBER NANTI

KONVENSYEN PENULISAN 2016


"Walaupun bermula dari kosong, tidak ada buku lagi atau baru ada satu buku, konvensyen ini relevan."

Senarai tajuk pembentangan konvensyen dan para ahli panel pada 17 Disember ini di Wisma Sejarah, Kuala Lumpur. Bangunan bersebelahan Perpustakaan Negara Malaysia
Topik-topik dipilih sebagai persediaan Tuan dan Cik Puan menjadi penulis pada tahun hadapan.
Konvensyen
Senarai pembentangan
1. Penulis, Penerbit dan Pembaca Mendepani Zaman oleh Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan, (Tokoh bahasa dan Penasihat Bahasa Kumpulan PTS)
2. DISC Menulis Mengikut Personaliti Diri oleh Tuan Fauzul Naim Ishak (FINE Prima Group)
3. Hidup dengan Bakat dan Dilihat Mahal Dalam Pasaran oleh Tuan Yusof Gajah (Yusof Gajah Lingard Literary Agency) dan Puan Zakiah Mohd Isa (OyezBooks)
4. FIXI ; Bagaimana membina pembaca baharu di Wattpad oleh Tuan Amir Muhammad (Fixi)
5. 'Terbit tetap Terbit; Bertahan ketika Gawat. Dapatan dari Frankfurt sehingga Jakarta oleh Tuan Shake Faisal (Malaysian Book Publishers Association (MABOPA)
6. Kenal Pembaca dan Kenal Buku: Dari Idea ke Content Marketing oleh Tuan Bukhari Ramli (BRC) dan Tuan Izwan Wahab (NotaBisnes)
7. Apakah Tingkah Laku dan Trend Pembaca Membeli di Online oleh Tuan Hairul Faizal Adli (Bookcafe.com.my)
8. Terbit, Promosi dan Terus Jual; Bagaimana Kami Lakukan Dari Hari Pertama? oleh Tuan Mohd Suhaimy (Klikjer.com), Tuan Mohd Faizal (MajalahSains, Simptomatik Press), Tuan Khair Zawawi (Hijau BookValley) Cik Puan Rafiza Idayu (Amazing Ayu Food, Humaira Bookstore / Publication)
9. Bagaimana 10,000 buku saya dibeli hanya dari Facebook sebelum akhir tahun? oleh Puan Diyana Tahir ( Ehati Centre, Revolusi Hati)
Masterclass (Opsyenal)
10. Kelas Praktikal Pakejing Buku yang Berinteraksi' dengan Pembaca
11. Kelas Praktikal Membina Pembaca Sebelum Buku Siap Ditulis
12. Kelas Praktikal Pemasaran Tiga Peringkat.

Akhirnya, konvensyen penulisan muncul sekali lagi.
Konvensyen yang mengumpulkan 13 pengamal profesional terdiri daripada penulis, penerbit dan tim editorial.
Melibatkan penyertaan 250 orang penulis baharu dari seluruh negara, Singapura, Brunei dan Indonesia akan diadakan pada hari Sabtu, 17 Disember 2016.
Konvensyen ini merupakan tempat pertemuan para penulis dan para penerbit dalam sesi klinik manuskrip, penghantaran proposal buku dan bimbingan penulisan.
Sesama penulis baharu juga ada yang berkolaborasi selepas konvensyen.
Tidak perlu saudara turun naik tangga dari satu penerbit ke satu penerbit. Ia berlaku pada hari konvensyen ini. Kita bawa mereka kepada saudara.
Kita sedang usahakan 11 rumah penerbitan membuka meja pertemuan.
Simpan tarikh ini, 17 Disember 2016
Jika berminat, boleh tinggalkan nama penuh dan emel di bawah.


Pihak sekretariat akan emelkan dan PM maklumat topik, lokasi, yuran terus kepada saudara.

*semua perenggan di atas adalah asli dari Facebook Tuan Zamri Mohamad

KAVER NOVEL MANA PALING SERAM?

KAVER NOVEL MANA PALING SERAM?

Novel seram remaja terbitan Blink Book SDN BHD
PSS tiada niat hendak timbulkan isu tertentu. Tiada isu di sini. Pertama kali PSS lihat kulit buku seram remaja ini, PSS terjerit sikit "Wow! gila seram hantu dalam kulit buku ini!"

Sungguh meyakinkan penampilan kulit buku ini dan ia berjaya membuatkan perasaan ingin tahu PSS membuak-buak hendak tahu apa isi kandungan dalam novel seram remaja ini. Novel ini tidak sampai 200 muka surat. Ia pasti mengundang rasa ingin tahu dikalangan pelajar sekolah rendah untuk membeli novel ini.

Keseraman wajah hantu di kerusi biru itu juga membuatkan PSS teringat novel karya-karya Lagenda novel seram Tamar Jalis.

novel seram terbitan Buku Prima. 

Gambar di atas ini pula sebahagian dari novel seram thriller terbitan Buku Prima. Dengan pelbagai tajuk yang menyeramkan dan novel-novel ini semua mempunyai ketebalan sehingga lebih lima ratus halaman muka surat. 

dari segi kulit buku pula, rasa seram itu ada sesuai dengan novel ini untuk pembaca yang lebih dewasa. Terbitan Buku Prima. Jangan salah faham pula. Dewasa di sini tidak membawa maksud ia mengandungi unsur yang keterlaluan. Jangan bikin panas pula. 

Seramlicious adalah gelaran untuk penulis-penulis dari penerbit Kumpulan Media Karangkraf, Buku Prima. Mereka semua adalah penulis dari genre seram, thriller dan seangkatan dengannya. 

Jadi kaver novel mana paling seram?  








Thursday, 17 November 2016

JOM TANYA RAMLEE AWANG MURSHID

JOM TANYA RAMLEE AWANG MURSHID

imej pegun dari video asal.

Semalam ada satu perkongsian video temubual bersama novelis Thriller nombor satu Malaysia iaitu Ramlee Awang Murshid.

Ia dikongsikan oleh Astro Awani melalui halaman rasmi Facebook mereka. PSS dengan rasa rela hati menyiarkan kembali temubual itu tetapi dalam bentuk catatan. Semoga peminat Ramlee Awang Murshid (RAM) mendapat manfaat dari perkongsian ini. 

Novel sendiri yang paling digemari?

RAM : Lapan siri cerita Sunan. Sunan ini lebih kepada dakwah. Lebih dekatkan diri saya kepada Allah swt. Kedua Tombiruo. Tombiruo mengingatkan kita bahawa kesempurnaan fizikal dan wajah tidak semestinya menggambarkan isi dalam hati kita.

Novel penulis lain yang digemari?

RAM: Eyman Haykal, Penulis Detik debar. Genrenya sama dengan saya. Cuma dia lebih kepada konsep thriller politik melibatkan Malaysia dengan negara luar... bagaimana untuk membanteras agenda jahat seperti pengganas – yang memberikan saya dimensi baharu.

Rutin sebelum menulis?

RAM : Basuh kain, sembahyang Dhuha sembahyang taubat, hantar anak baru saya menulis.

Media sosial yang paling kerap diguna?

RAM : Saya guna Instagram. Instagram:  ramlee_awang_murshid

Hobi?

RAM : Saya main bola. Saya suka menonton wayang yang merangsang minda saya... mencari kelainan dari aspek cerita untuk buku saya. 

Nasihat paling berguna pernah diterima?

RAM : Daripada ayah saya, Haji Awang Murshid, walau di mana kita berada pun nombor satu Allah.

Perkataan yang menggambarkan calon presiden AS Trump dan Clinton ?

RAM : Donald Trump celupar. Hillary penuh muslihat 

Apa projek terkini?

RAM : Novel seperti biasa rutin tiap tiap tahun, ada adaptasi novel untuk filem atau drama TV

Sumber asal: Astro Awani
Produser : Nizam Bakeri
Wartawan : Madiha Abdullah