Pages

Tuesday, 25 October 2016

KECAMAN AKHIRNYA MENGEMBALIKAN PESTA BUKU 2017 KE PWTC

KECAMAN AKHIRNYA MENGEMBALIKAN PESTA BUKU 2017 KE PWTC


Alhamdulillah, itu yang terucap dari bibir tatkala berita mengenai hal ini singgah ke bilik berita PSS. 

PSS yakin, pentaksub dan pencinta buku pasti memanjatkan rasa kesyukuran malah mungkin sujud syukur dengan perkembangan positif ini. Semua sedia maklum yang Pesta Buku sebelum ini telah bertukar lokasi acaranya ke MAEPS Serdang. 

Penukaran lokasi ini telah mengundang kecaman dan sungutan netizen. Malah pempamer sendiri mengalami kemorosotan jualan buku. Banyak komen menjurus kepada rasa kecewa dan tidak bersetuju dengan pemilihan lokasi tersebut memandangkan sebelum ini ia kebiasaanya diadakan di bangunan Putra World Trade Centre (PWTC).

Sedikit perkongsian sejarah Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL)

1. Pameran buku peringkat antarabangsa yang pertama telah diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1972 dan dikenali sebagai International Exhibition of Book Trade and Industry. Ia dianjurkan oleh pengusaha buku tempatan sempena Tahun Buku Antarabangsa yang diisytiharkan oleh UNESCO.

2. Selepas itu, beberapa pameran lain yang lebih kecil telah diadakan oleh syarikat-syarikat persendirian. Pada tahun 1976, Persatuan Penerbit Buku Malaysia telah mengadakan “Pameran Buku Kebangsaan” di Dewan Perhimpunan China, Kuala Lumpur dengan harapan untuk menjadikannya sebagai acara tahunan.

3. Penglibatan Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) dalam aktiviti promosi buku bermula pada tahun 1982 melalui penganjuran “Pesta Buku Malaysia” dengan kerjasama persatuan industri perbukuan tempatan di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya. 

4. MBKM, sewaktu penubuhannya pada tahun 1968 dikenali dengan nama Majlis Kemajuan Buku Kebangsaan Malaysia (MKBK) manakala urus setianya diletakkan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Penubuhan MKBK sebagai sebuah badan khas yang diberi peranan dan tanggungjawab ke arah memajukan bidang perbukuan negara adalah hasil saranan pakar-pakar buku dari Asia Pasifik yang bersidang di Tokyo, Jepun pada tahun 1966 atas undangan UNESCO.

5. Walaupun pesta buku di peringkat negara dan antarabangsa diadakan buat pertama kalinya pada tahun 1972, namun bagi MBKM, acara “Pesta Buku Malaysia” pada tahun 1982 adalah merupakan aktiviti yang julung-julung kali diadakan secara besar-besaran dengan cara terancang dan berterusan sebagai aktiviti tahunan. Pada tahun 1988, pesta buku tersebut kemudiannya dikenali sebagai “Pesta Buku Kuala Lumpur” (PBKL) apabila lokasi penganjurannya berpindah ke Changkat Pavillion. 

6. Dari Changkat Pavilion, pesta buku ini dipindahkan ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan pada tahun 1991, Pesta Buku Kuala Lumpur sekali lagi telah dijenamakan semula dengan nama “Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur” (PBAKL) atau Kuala Lumpur International Book Fair (KLIBF), apabila penyertaannya dibuka kepada pengusaha buku dari luar negara. 

Walau bagaimanapun, menurut pengerusi Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA), pameran buku berskala besar akan tetap dianjurkan di MAEPS. Namun ia akan berlaku pada tarikh yang berbeza.

MAEPS sebelum ini pada anjuran PBAKL yang ke 35 lalu, ia mencatatkan kehadiran seramai hampir 2.2 juta pengunjung. Tanpa memasuki ibu kota ia mudah dicapai dari Selatan, Utara dan Pantai Timur. 


No comments: