Pages

Tuesday, 25 October 2016

KECAMAN AKHIRNYA MENGEMBALIKAN PESTA BUKU 2017 KE PWTC

KECAMAN AKHIRNYA MENGEMBALIKAN PESTA BUKU 2017 KE PWTC


Alhamdulillah, itu yang terucap dari bibir tatkala berita mengenai hal ini singgah ke bilik berita PSS. 

PSS yakin, pentaksub dan pencinta buku pasti memanjatkan rasa kesyukuran malah mungkin sujud syukur dengan perkembangan positif ini. Semua sedia maklum yang Pesta Buku sebelum ini telah bertukar lokasi acaranya ke MAEPS Serdang. 

Penukaran lokasi ini telah mengundang kecaman dan sungutan netizen. Malah pempamer sendiri mengalami kemorosotan jualan buku. Banyak komen menjurus kepada rasa kecewa dan tidak bersetuju dengan pemilihan lokasi tersebut memandangkan sebelum ini ia kebiasaanya diadakan di bangunan Putra World Trade Centre (PWTC).

Sedikit perkongsian sejarah Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL)

1. Pameran buku peringkat antarabangsa yang pertama telah diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1972 dan dikenali sebagai International Exhibition of Book Trade and Industry. Ia dianjurkan oleh pengusaha buku tempatan sempena Tahun Buku Antarabangsa yang diisytiharkan oleh UNESCO.

2. Selepas itu, beberapa pameran lain yang lebih kecil telah diadakan oleh syarikat-syarikat persendirian. Pada tahun 1976, Persatuan Penerbit Buku Malaysia telah mengadakan “Pameran Buku Kebangsaan” di Dewan Perhimpunan China, Kuala Lumpur dengan harapan untuk menjadikannya sebagai acara tahunan.

3. Penglibatan Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) dalam aktiviti promosi buku bermula pada tahun 1982 melalui penganjuran “Pesta Buku Malaysia” dengan kerjasama persatuan industri perbukuan tempatan di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya. 

4. MBKM, sewaktu penubuhannya pada tahun 1968 dikenali dengan nama Majlis Kemajuan Buku Kebangsaan Malaysia (MKBK) manakala urus setianya diletakkan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Penubuhan MKBK sebagai sebuah badan khas yang diberi peranan dan tanggungjawab ke arah memajukan bidang perbukuan negara adalah hasil saranan pakar-pakar buku dari Asia Pasifik yang bersidang di Tokyo, Jepun pada tahun 1966 atas undangan UNESCO.

5. Walaupun pesta buku di peringkat negara dan antarabangsa diadakan buat pertama kalinya pada tahun 1972, namun bagi MBKM, acara “Pesta Buku Malaysia” pada tahun 1982 adalah merupakan aktiviti yang julung-julung kali diadakan secara besar-besaran dengan cara terancang dan berterusan sebagai aktiviti tahunan. Pada tahun 1988, pesta buku tersebut kemudiannya dikenali sebagai “Pesta Buku Kuala Lumpur” (PBKL) apabila lokasi penganjurannya berpindah ke Changkat Pavillion. 

6. Dari Changkat Pavilion, pesta buku ini dipindahkan ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan pada tahun 1991, Pesta Buku Kuala Lumpur sekali lagi telah dijenamakan semula dengan nama “Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur” (PBAKL) atau Kuala Lumpur International Book Fair (KLIBF), apabila penyertaannya dibuka kepada pengusaha buku dari luar negara. 

Walau bagaimanapun, menurut pengerusi Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA), pameran buku berskala besar akan tetap dianjurkan di MAEPS. Namun ia akan berlaku pada tarikh yang berbeza.

MAEPS sebelum ini pada anjuran PBAKL yang ke 35 lalu, ia mencatatkan kehadiran seramai hampir 2.2 juta pengunjung. Tanpa memasuki ibu kota ia mudah dicapai dari Selatan, Utara dan Pantai Timur. 


Monday, 10 October 2016

NOVELIS DICULIK DAN DISEKSA OLEH PEMINAT PSIKO?

NOVELIS DICULIK DAN DISEKSA OLEH PEMINAT PSIKO?


Kulit buku edisi pertama

Masihkah pembaca PSS ingat dengan sebuah filem bertajuk Misery. Ia adalah sebuah filem yang diterbitkan pada tahun 1990. Filem ini dalam kategori Psiko Thriller.

Filem Misery adalah adaptasi daripada sebuah novel karya pengarang terkenal bernama Stephen King. Tajuk filem ini juga sama dengan judul novel tersebut.

PSS tonton filem ni masa zaman-zaman piring Astro tidak wujud lagi. Masa itu kebanyakkan siaran televisyen menggunakan antena yang biasanya diletakkan di luar rumah. Bukan macam sekarang guna pemancar satelite. Kualiti gambar televisyen yang menggunakan antena pada ketika itu tidak sebagus kualiti gambar pada hari ini. Yang bagusnya walaupun hujan, tetapi masih dapat siaran lagi tetapi tidak Astro.

Poster Filem


Novelis terkenal Paul Sheldon adalah seorang pengarang novel romantik bersiri yang berjaya, menampilkan watak yang bernama Misery Chastain. Kerana mahu memberi tumpuan kepada cerita yang lebih serius, beliau menulis manuskrip untuk novel baru yang beliau berharap akan melancarkan kerjayanya selepas novel Misery beliau. Semasa dalam perjalanan dari Silver Creek, Colorado ke rumahnya di New York City, beliau terperangkap dalam ribut salji dan keretanya tersasar dari jalan raya, menyebabkan dia kemalangan dan tidak sedarkan diri. Paul diselamatkan oleh seorang jururawat bernama Annie Wilkes, dan membawa Paul ke rumahnya. Apabila Paul tersedar dari pengsan dia mendapati dirinya terbaring di tempat tidur, dengan kedua-dua kakinya patah serta bahu terkehel. Annie mendakwa dia adalah peminat nombor satu karya Paul dan berbual banyak mengenai Paul dan novelnya. Annie membeli satu salinan buku yang paling baru yang diterbitkan oleh Paul bertajuk Misery's Child, dan memberinya pujian. Walau bagaimanapun, apabila dia mendapati bahawa Misery mati pada akhir novel ini, Annie mula meradang dan marah. Annie akhirnya mendedahkan bahawa dia telah berbohong tentang memanggil ejen Paul dan pihak berkuasa dan sebenarnya  tiada siapa yang tahu di mana Paul berada selepas kemalangan itu. Paul cuba untuk melarikan diri dari biliknya, tetapi Annie telah mengunci pintu bilik itu.


Annie ketika mengetuk buku lali Paul. Babak paling diingati.


Keesokan harinya, Annie memaksa Paul untuk membakar manuskrip terbarunya. Apabila Paul berada dalam keadaan sihat dan boleh bangun dari katil, Annie menegaskan Paul mesti menulis novel baru bertajuk Misery's Return, di mana watak Misery dihidupkan kembali. Paul terpaksa akur, jika tidak beliau percaya Annie akan membunuhnya. Sebagai menghargai jasa Annie memulihkan kesihatannya, Paul akan menggunakan nama Annie sebagai watak dalam manuskirp baru itu. Apabila beberapa bab pertama menunjukkan kesilapan kesinambungan, Annie menegur serta memarahi Paul dan memaksa beliau untuk bermula sekali lagi. Satu hari, sewaktu Annie tiada Paul mula menyimpan stok ubat penahan sakit beliau. Dia cuba meracuni Annie semasa makan malam, tetapi gagal. Paul kemudian menemui buku skrap keratan akhbar tentang masa lalu Annie. Paul mendapati bahawa Annie telah disyaki dalam kes kematian beberapa bayi, tetapi perbicaraan itu terbatal akibat kekurangan bukti. Annie ada memetik beberapa baris dari novel Misery semasa perbicaraan itu. 

Annie kemudian mengkhayalkan Paul dengan dadah dan mengikatnya dengan tali di katil. Apabila Paul terjaga, Annie memberitahu bahawa dia tahu Paul telah keluar dari biliknya dan disebabkan perbuatan itu, Annie mengetuk buku lali Paul dengan tukul besi untuk menghalang beliau daripada melarikan diri lagi.
Polis dikawasan itu, Buster, sedang menyiasat kehilangan Paul. Apabila pekedai memberitahu Buster yang dia telah menjual kertas menaip dalam kuantiti besar kepada Annie, Buster bertindak membuat lawatan ke rumah Annie. Apabila dia mendapati Paul sedang khayal dalam pengaruh dadah di ruangan bawah tanah, Annie muncul dari belakang dan menembak Buster dan memberitahu Paul bahawa mereka harus mati bersama-sama. Paul bersetuju, dengan syarat bahawa dia mesti menyelesaikan novel untuk "memberi Misery kembali ke dunia". Paul kemudian menyembunyikan tin kecil mengandungi cecair mudah terbakar di dalam poket.
Apabila buku itu sudah disiapkan, beliau meminta Annie sebatang rokok  dan segelas champagne bagi meraikan naskah novel yang telah tamat. Ketika Annie muncul semula, Paul meletakkan manuskrip di atas api, Annie terkejut dan cuba menyelamatkan naskah yang terbakar itu. Situasi itu memberikan Paul peluang untuk memukul Annie di atas kepala dengan mesin taip. Paul dan Annie berlawan dan akhirnya Annie mati.


Paul dan Annie bergelut.


Begitulah sedikit sinopsis perjalanan keseluruhan filem ini berdasarkan sumber wikipedia dan google translate yang PSS gunakan. Ada beberapa ayat diubah dan diedit semula. Pening juga. Apa pun filem ini memang menarik sangat dan di Malaysia tak banyak lagi genre psiko thriller. 

Setakat hari ini dari risikan PSS, tak ada lagi kes peminat fanatik gila macam ni. Yang jenis melenting kalau ada orang cuit novelis kesayangan mereka, itu memang ada. Seram!