Pages

Wednesday, 3 August 2016

MIA KIFF GEMBIRA HISYAM HAMID BERAKSI DALAM DRAMA ADAPTASI NOVEL ABANG BOMBA I LOVE YOU.

MIA KIFF GEMBIRA HISYAM HAMID BERAKSI DALAM DRAMA ADAPTASI NOVEL ABANG BOMBA I LOVE YOU.

Popularlah kerjaya abang bomba selepas drama ini ditayangkan nanti. Bukan calang-calang orang sanggup meredah lautan api dan udara yang dipenuhi asap yang boleh melemahkan sistem pernafasan. Silap-silap nanti, boleh 'melting' hahaha!

Sebenarnya agak unik juga perjalanan novel ini dari sebuah naskah buku ke drama. Berdasarkan dari temubual eksklusif secara dalam talian internet, penulis ini menceritakan serba sedikit kisah disebalik tawaran yang beliau terima dari pihak produksi.

Novel Abang Bomba I love You (ABILY) yang bakal diadaptasi ke drama nanti adalah edisi baru kemaskini. Ia akan diterbitkan semula oleh penerbit lain. 

Hampir  70 peratus jalan cerita dan gaya penceritaan diedit oleh novelis Mia Kiff. Menurutnya lagi, ada plot tambahan dan pembetulan serta penceritaan lebih santai berbanding novel terbitan syarikat sebelumnya. Menariknya lagi, pelakon Hisyam Hamid menepati watak yang beliau ciptakan. 




"Masa Mia dapat tahu dapat adapatsi Mia automatik bayangkan Hisyam Hamid. Sebab Mia tahu dia bekas anggota bomba Singapura. Mia memang harap sangat dia dapat watak Rayqal. Bila dapat tahu dia terima tawaran adaptasi ni mia gembira sangat-sangatlah. Syukur tidak terhingga."- Mia Kiff

Malah pelakon Hisyam Hamid turut gembira diberi peluang melakonkan watak anggota bomba. Rindu terubat katanya. 

"Dapat juga saya melepas rindu memakai seragam bomba. Sudah lama saya ternanti-nanti kesempatan untuk ke lokasi penggambaran drama ini. Ketika ditawarkan watak ini, saya turut menerima satu tawaran lain tetapi saya memilih Abang Bomba I Love You kerana tertarik dengan jalan ceritanya,"-Hisyam Hamid -sumber berita harian


Kalender Bomba tahun 2016

Dari tajuk novel ia seperti novel-novel cinta yang melambak di pasaran ketika ini. Namun novel Abang Bomba I Love You (ABILY) ini bukanlah novel cinta picisan. Penulisnya sendiri melakukan banyak kajian tentang kerjaya anggota bomba, Dari sekecil-kecil tugas sehingga tugas yang besar. 

Novel ini juga antara karya yang novelis Mia Kiff sangat sayang. 

"Ada nilai sentimentalnya. Sebab Mia rasa ini novel pertama berkisarkan kerjaya bomba.. novel ni Mia banyak buat kajian, rujukan dan pemerhatian. So banyak usaha nak siapkan novel ni. Dan suami pun anggota bomba juga dan mia sangat sanjung kerjaya dia walaupun hanya biasa-biasa di mata org lain. So Mia nak buka minda masyarakat tentang kerjaya bomba ni,"- Mia Kiff

Nantikan kemunculan drama Abang Bomba I Love You (ABILY) di kaca tv anda. Drama sebanyak 16 episod ini adalah terbitan produksi Global Station sdn bhd. 

Jadi kena tunggu, penggambaran pun belum mula lagi dan begitu juga dengan edisi kemasikini yang lebih menarik berbanding sebelumnya yang bakal diterbitkan oleh penerbit baru. 

ABILY



No comments: