Pages

Wednesday, 27 July 2016

PENDEDAHAN : PENULIS, PENERBIT DAN PEMBELI

PENDEDAHAN : PENULIS, PENERBIT DAN PEMBELI


Agak lama PSS termenung dimeja tulis di tepi jendela. Melihat rintik-rintik hujan bercurahan pada tingkap kaca memberikan sedikit kesan melankolik pada jiwa PSS. 

Bau aroma kopi panas di dalam cawan di atas meja, sedikit sebanyak membuatkan PSS rasa bersemangat untuk meneruskan agenda PSS di dalam blog ini.

PSS terfikirkan apa tajuk sesuai untuk artikel kali ini kerana ia sebenarnya agak samar-samar seperti teka-teki siapakah dalang disebalik isu yang sedang hangat melanda negara Malaysia ketika ini.

Ada tiga individu yang membuatkan PSS tertarik untuk kongsikan status mereka di blog ini. Tiga individu ini saling berkaitan. Jangan disoal mengapa dan kenapa PSS pilih status mereka kerana ia akan menambahkan lagi misteri artikel kali ini.

Sekali lagi PSS ingin tegaskan bahawa mereka saling berkaitan namun, tiada frasa di dalam artikel ini yang mendakwa ketiga-tiga status dari facebook ini seperti cantuman 'puzzle'.

Individu pertama.

PROPAGANDA MEDIA | Beberapa tahun saya bertugas di dalam dunia media televisyen dan radio (Islam) saya amat percaya bahawa media hanya alat propaganda.
Media sosial apatah lagi.
Hari ini orang bercakap tentang dunia buku yang sudah menguncup jualannya. Rata-rata saya bertemu dengan pemain-pemain industri (buku) begitulah sandarannya.
Tetapi saya percaya semua hal ini perlu dipropagandakan.
Syarikat yang berjaya melakukan propaganda itu, dia mencipta peluang-peluang baharu.
Walaupun tidak lagi bersama-sama di dalam medan penerbitan buku, tetapi saya mencintai buku.
Tanyalah buku apa yang meletup di pasaran, saya tahu kerana setiap minggu saya ke MPH dan POPULAR merujuk carta buku bahasa Melayu. (eh ayat ni macam poyo sikit)

Sehingga sekarang, kita percaya buku masih releven tetapi kerja propaganda tidak dilakukan oleh pejuang-pejuang buku.

Individu ke dua

Tidak salah jika akhir-akhir ini kebanyakan penerbit mula memperlahankan judul penerbitan. Ini bukan bermakna bisnes sudah teruk.
Namun melihat kepada situasi masa sekarang eloklah penerbit memandang jauh beratus kilometer ke hadapan sebelum meletakkan judul baru dalam jadual terbitan.
Judul-judul baru yang dihantar, bukan tidak bernilai. Cuma ia kurang tepat untuk terbitan sekarang. Melainkan dapat manuskirp yang betul-betul bagus, akan diterbitkan segera.
Penerbit tidak mahu tanggung risiko terbit kerana setiap satu judul itu memakan kos besar. Kos itu mesti diperoleh semula secepatnya dalam masa enam bulan setelah terbit.
Dengan memperlahankan terbitan baru, pihak stor dapat mengurus stok yang ada dengan pelbagai kaedah;
Antaranya jualan berpakej, dijual terus dengan aktiviti ke sekolah, kempen di pejabat dan promosi di lokasi tumpuan, terbabit pesta buku, mengadakan kempen online (salary week) dan sebagainya.
Penulis tidak terbeban dengan situasi ini. Mereka hanya mahu lihat karya terbit, ada di kedai dan dapat royalti.Semua urusan rugi, pasaran lembab, buku dipulangkan dari kedai-kedai buku, stor tepu, semuanya ditanggung sepenuhnya oleh penerbit.
Inilah senario penerbitan sekarang apabila pembeli berkira-kira hendak membeli buku atau hendak membeli keperluan sehari-hari yang lebih penting.
.Kos menyimpan buku di stor atau gudang bukan percuma.

Individu ke tiga

Apabila terdengar ada wakil penerbit buku yang bermain kata-kata dengan penulis, yakni boleh dikatakan senarai hitamkan nama penulis, maka saya rasa senak perut.
Apakah kreativiti penulis mahu disekat dan dalam masa yang sama persis mengikat penulis agar 'jangan lawan bos'? Aduhai!

No comments: