Pages

Wednesday, 13 July 2016

NOVEL SELAMAT MALAM TAN SRI BAKAL DIADAPTASI KE DRAMA

NOVEL SELAMAT MALAM TAN SRI BAKAL DIADAPTASI KE DRAMA


Selamat Malam Tan Sri adalah novel nukilan novelis Sri Diah atau nama sebenar beliau Radhiah Shaharuddin.

Beliau berasa bersyukur dengan berita ini dan mengongsikannya di laman akaun facebook. Drama ini akan disiarkan di RTM sebanyak 26 episod. Manakala skrip pula ditulis oleh suami beliau, Ahmad bin Sa'abun. 

Novel Selamat Malam Tan Sri diterbitkan oleh Alaf 21 pada 6 Mac 2003. 

Sri Diah


Sinopsis novel:

Keputusan Hanim Hanani memilih lelaki itu bukan kerana harta! Jika itulah alasan dan tuduhan, dia menafikan. Dia bukan memburu kemewahan. Bukan juga kerana kasihan. Malah lamaran cinta lelaki muda telah ditolak mentah-mentah.

Bagaimanapun Hanim Hanani tidak menafikan soal harta, darjat dan prestij turut terbetik di hatinya. Sejak pertama kali memandang lelaki yang bergelar Tan Sri dalam tugasannya sebagai wartawan itu, hatinya mula berdetik. Dia tidak pasti apakah maknanya. Lelaki itu telah pun beristeri; bukan satu malah dua! Isteri-isterinya bukan calang-calang wanita. Mereka itu wanita ternama, berharta dan berkedudukan. Ketika itu Hanim Hanani sedikit pun tidak terfikir untuk bersaing dengan wanita-wanita itu. Dia pasti dia akan kalah.... tapi takdir menentukan segalanya!

"Ini bukan cerita cinta murahan. 
Banyak konflik anak beranak, berebut perhatian. 
Hal bisnes. Isu zakat dan rumah anak yatim. 
Dilema isteri sakit. Maruah bekas ratu cantik. 
Ada respek dan pengorbanan. 
Tidak dilupa etika kewartawanan.
" - Sri Diah

Sri Diah turut memberi peluang kepada pembacanya untuk memberikan cadangan pelakon untuk watak di dalam novel Selamat Malam Tan Sri. Berikut adalah watak di dalam novel dan nama cadangan pelakon yang PSS rasakan sesuai mengikut citarasa PSS huhuhu.

Heroin - Hanim Hanani - wartawan, akhir 20-an = Amyra Rosli 
Tan Sri Rahman Shah, 50-an = Dato' Jalaluddin Hassan
Netty Karmila - bekas ratu cantik, 40-an = Rita Rudaini
Puan Sri Rosenita , 50-an = Datin Ziela Jalil
Saiful Azam -anak Tan Sri, 30-an = Saharul Ridzwan 

Amyra Rosli
Rita rudaini


Datin Ziela Jalil

Apakah novel ini berdasarkan kisah benar?

Luahan dari isteri  seorang Tan Sri?

atau ia adalah himpunan cerita benar menjadi satu kisah di dalam sebuah novel?

Pandai-pandai sahaja PSS ni kan. Bikin panas sahaja.

Drama ini dijangka di tayang pada bulan Oktober nanti.

No comments: