Pages

Wednesday, 20 July 2016

MY NAME IS HASMAH SUDAH ADA DI PASARAN

MY NAME IS HASMAH SUDAH ADA DI PASARAN


Pada hari ini telah terciptanya sejarah dalam penerbitan Malaysia apabila buku autobiografi personaliti paling disayangi dan dihormati oleh seluruh rakyat Malaysia dilancarkan.

Buku bertajuk My Name is Hasmah diterbitkan oleh syarikat penerbitan Alaf 21, Kumpulan Karangkraf. Tidak perlu diperkenalkan lagi insan hebat ini kerana umum mengetahui beliau adalah isteri kepada mantan perdana menteri Malaysia yang ke empat.

Sri Diah bersama Tun Dr. Siti Hasmah

"Panggilan sebagai Mummy, Kak 'Semah, Kak Mah, Bonda, Che Mah, Dr. Siti Hasmah, Deh, Kak atau Kakak adalah nama yang merujuk kepada insan sama, dalam usianya 90 tahun pada 12 Julai 2016.
Buku 'My Name is Hasmah' digarapnya dengan pendekatan yang sangat peribadi. Kisah zaman anak-anak, pergolakan zaman remaja, hal keluarga, perkahwinan termasuk cinta dan pengorbanan ditulis penuh jujur bab demi bab.
Buku ini sudah ada dalam pasaran, seharusnya dimiliki setiap wanita yang cintakan suami, keluarga dan kerjaya selagi agama kita junjung, bumi dipijak dan keluarga dikendong."- Sri Diah Shaharuddin (Pengurus Besar Grup Buku Karangkraf)

Kebetulan pula, tarikh lahir Puan Sri Diah sama dengan tarikh lahir suami Tun Dr. Siti Hasmah. 10 Julai.



Untuk pengetahuan semua buku ini setebal 244 muka surat. Ia adalah buku kulit tebal yang dijahit. Sangat eksklusif dan berharga RM80. 

Dalam versi bahasa Malaysia pula ia bertajuk Nama Saya Hasmah. Ia akan dikeluarkan bergantung kepada permintaan pasaran. Oleh itu yang ada dijual ketika ini adalah dalam bahasa Inggeris sahaja. 

Di dalam buku ini mengandungi pendedahan rahsia beliau, kisah zaman kanak-kanaknya dan kehidupan beliau sepanjang menjadi isteri kepada bekas perdana menteri Tun Dr. Mahathir.







No comments: