Pages

Monday, 25 July 2016

HARYANI KAMILAN DIKECAM GARA-GARA STATUS DI FACEBOOK

HARYANI KAMILAN DIKECAM GARA-GARA STATUS DI FACEBOOK


Dikecam akibat status facebook mengenai isu yang sedang hangat melanda negara. Campur tangan negara kuasa besar menjadikan isu ini mendapat perhatian pelbagai jenis media di seluruh dunia.

PSS tidak berminat untuk memberikan perhatian (di dalam blog PSS) terhadap isu ini kerana ia masih dalam siasatan namun kerungsingan itu ada kerana ia membabitkan negara tanah tumpahnya darah ku.

Apa yang cuba PSS ketengahkan sekarang ini adalah mengenai seorang penulis novel yang meluahkan rasa geram beliau terhadap isu hangat ini di laman faebook beliau, namun ia menjadi kecaman.

Apa cerita ni. Bikin panas sahaja.


Namun, ia sedikit tidak menjejaskan beliau kerana baginya ia adalah hak masing-masing untuk memberikan pandangan tersendiri.

"Sebenarnya akak bukanlah nak ambil kisah sangat bila ada yang mengecam akak. Selalu aje status akak dikecam, akak ok aje.
Ya lah...nama pun media sosial. Setiap penggunanya ada pandangan masing-masing. 
Ada yang kita setuju, ada yang kita tak setuju.
Tapi apabila kau tak setuju dengan pandangan akak, kemudian kau share status akak dalam page kau, dengan niat sengaja nak mengaibkan akak, sebab sah-sahlah muka akak ada kat situ. Sedangkan kau tak faham pun apa yang akak maksudkan.
Masalahnya akak kenal kau, kalau akak tak kenal tu tak apa juga.
Haih....
Tak apalah dik, di hari Jumaat yang mulia ni akak maafkan kau.
kak tak marah...kau jangan risau. Akak cuma block kau aje."-Haryani Kamilan

Begitulah lumrah kehidupan di media sosial. Pasti ada yang setuju dan tidak setuju. Hormati perbezaan pendapat dan inilah yang menguatkan kita sebagai rakyat Malaysia. 

Sebelum ini Haryani Kamilan pernah menulis sebuah novel bertajuk Gelora Asmara. Selain itu ada beberapa novel kanak-kanak. Beliau juga sibuk dengan bisnes menjual pakaian di sebuah pasaraya.


No comments: