Pages

Friday, 1 July 2016

EKSKLUSIF : UCAPAN RAYA DARIPADA PENULIS

EKSKLUSIF : UCAPAN RAYA DARIPADA PENULIS





Terasa sedih rasanya apabila Ramadan semakin melabuhkan tirainya. Bulan yang penuh keberkatan dan istimewanya pada bulan ini akan ada satu malam yang paling ditunggu-tunggu dan dicari oleh umat islam seluruh dunia. Malam Lailatul Qadar. Kelebihannya menandingi 1000 bulan malam-malam biasa.

Biasanya di Malaysia ni, di hujung Ramadan yang mulia ini pasti ramai yang sibuk membuat persiapan kedatangan hari kemenangan, kemerdekaan dan kembalinya kita ke fitrah yang asal iaitu Hari Raya Aidilfitri. 

Secara eksklusif, PSS membawakan ucapan khas raya dari beberapa penulis yang sempat PSS terjah di akaun Facebook.  Jom kita baca ucapan mereka. Sebelum itu PSS ingin mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf  zahir dan batin kepada semua pembaca blog PSS dan umat islam diseluruh dunia. 


Ebriza Aminnudin


Saya Ebriza Aminnudin Ingin mengucapkan Salam Aidilfitri buat semua penggemar karya saya, maaf zahir dan batin andai ada terkurang atau terkasar bahasa, mahupun kekurangan yang terdapat di dalam karya saya. Semoga kita semua dirahmati Allah pada hari yang mulia ini.



Raihan Zaffya
Akak nak ucapkan selamat hari raya untuk semua warga facebook yang mengenali akak.. pada pembaca-pembaca novel akak yang akak anggap sebagai sahabat.. pada yang balik kampung menjelang hari raya, rancang perjalanan dengan baik.. terutama yang long distance.. berhati-hati memandu.. biar lambat asal selamat.. maaf zahir batin dari akak untuk semua (termasuk PSS)




Mohamad Feroz


Assalamu'alaikum dan salam hormat kepada seluruh umat Islam. Saya, Mohamad Feroz Bin Mohammad Zaini atau lebih dikenali dengan panggilan Abang Long dengan ini ingin merakamkan ucapan Selamat Menyambut Hari Raya Eidul Fitri kepada seluruh umat Islam, khususnya kepada ibu saya, Najibah Mahmud yang menetap di Taiping. Juga ucapan yang sama ditujukan kepada isteri dan anak-anak saya. Istimewa juga kepada para sahabat yang menerajui Legacy Publhishing, INTEAM Publishing dan seluruh karyawan di KUMPULAN KARANGKRAF SDN BHD. Tidak dilupakan, para sahabat FB. Dikesempatan ini juga saya ingin mengambil peluang untuk merakamkan ucapan TERIMA KASIH kepada: Puan Sri Diah. Tuan Salizam. Puan Zuryati. Tuan Zamri dan seluruh sahabat yang dimuliakan oleh Allah. ALHAMDULILLAH. Atas sokongan dan kerjasama dari semua. Niat dan hajat saya telah tercapai. Kepada peminat dan pembaca FB Abang Long. InsyaAllah, hujung tahun ini, buku ke 2 saya akan menemui pembaca. Begitu juga dengan Program Juadah Berbuka, Program Se Cawan DADIH Untuk Mu Sayang akan terus berjalan. TERIMA KASIH.



Siti Rozilah

Jauh di mata dekat di hati. Salam Lebaran daripada saya.



Rahmah Mokhtar
Terima kasih PSS. Semoga ibadah Ramadhan kita masih gemuk. Buat para pembaca karya Rahmah Mokhtar, dari Lelaki Berbaju Biru hingga Jodoh Berdua, terima kasih kerana selalu menyokong saya. Tidak ketinggalan, tim penerbit yang sudi percaya dan menerbitkan karya saya. Selamat hari raya diucapkan. Kepada yang dalam perjalanan pulang ke kampung, didoakan perjalanan selamat dan dilindungi, sehingga ke destinasi. Sediakan bekal kurma dan air dalam kereta, buat persediaan jika terpaksa berbuka dalam perjalanan. Meriahkan malam raya kita nanti dengan laungan takbir. Selamat mengukuhkan silaturrahim. Buat yang akan membina rumahtangga pada bulan Syawal nanti, mari hadiahkan Jodoh Berdua dan Aku Terima Cintanya buat yang tersayang. Selamat hari raya, maaf zahir dan batin kepada semua pembaca laman PSS.


Mohd Izwanuddin Abd Rahim
Ibn Hajar al-Asqalani dalam Fath al-Bari menukilkan dari Jubair ibn Nufair dengan sanad yang hasan bahawa para sahabat apabila bertemu di hari raya, mereka mengucapkan :

Taqabbalallahu minna wa minkum

Maka demikian jugalah ucapan hari raya saya untuk sahabat sekalian

Selamat berhari raya

Jemputlah beraya di rumah saya




Riley Fizan

Saya dari seberang Laut China Selatan ingin mengucapkan selamat menyambut ketibaan Syawal. Semoga semuanya bakal beroleh manfaat dari Ramadhan yang bakal berlalu, insyAllah. Teruskan menyokong dunia penulisan novel Malaysia cewah...

No comments: