Pages

Wednesday, 13 July 2016

AZZAH, 'ANDARTU CONFESSIONS' DAN AIR MATA

AZZAH, 'ANDARTU CONFESSIONS' DAN AIR MATA

Di saat bertali arus pelbagai kemaskini status di akaun Facebook mengenai persiapan hari raya, PSS dikejutkan dan digemparkan dengan satu cerpen dari pemilik akaun penulis yang gemar menggembara ke serata ceruk dunia ini.

Cerpen dari akaun Ilham Karangkraf bertarikh 2 Julai 2016 itu sedikit sebanyak menarik perhatian ramai dengan mendapat pelbagai reaksi emosi berjumlah 930 di status Facebook. Lebih 400 perkongsian.

Cerpen itu bertajuk 'Andartu Confessions'. Anda boleh klik tajuk itu untuk membacanya. Pelbagai situasi yang dihadapi oleh mereka di dalam cerpen ini sehingga menyandang gelaran Andartu.

Bagi golongan ini, debaran menjelang Syawal agak lain kerana sudah pasti soalan wajib yang mereka terima dari tetamu yang datang berkunjung ke rumah adalah "Bila nak kahwin?"

Marah, geram, sedih atau malah ada yang tidak kisah pun di saat umur melepasi angka 30, mereka ditanya soalan berpuaka ini. Berpuakakah soalan ini? tidak ada soalan pintar lainkah hendak ditanya apabila datang beraya?



Oleh itu kepada yang bertanya, bolehlah membaca cerpen ini untuk lebih mengetahui lagi disebalik senyuman kelat sang penerima soalan. Mungkin selepas pendedahan ini akan berkuranglah soalan-soalan begini dimusim perayaan akan datang.

Pada PSS, benda ini semua dah macam sesuatu yang kebiasaannya akan terjadi. Niat yang bertanya mungkin ingin mengambil berat atau sekadar permulaan perbualan. Sebelum cerpen ini muncul pun, pelbagai tip dan lawak jenaka dikongsikan untuk menghadapi soalan "Bila nak kahwin?' ini.

Bagaimana dengan bangsa lain? Adakah mereka juga turut berada di dalam situasi ini apabila ditanya soalan "Bila nak kahwin?"

Ada satu peribahasa yang PSS rasakan sesuai untuk paparan ini.

'Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar'










No comments: