Pages

Wednesday, 25 May 2016

SISI GELAP DUNIA PENULISAN

SISI GELAP DUNIA PENULISAN


Sesuatu sedang berlaku dalam dunia penulisan dan penerbitan Malaysia. PSS sedar akan hal ini apabila melihat beberapa luahan serta perkongsian di Facebook. 

Petandanya makin jelas apabila seseorang yang PSS lihat sangat faham sepak terajang dunia penerbitan di Malaysia berkongsi sesuatu di status Facebook beliau. 

PSS tidak dapat mendedahkan nama beliau atas sebab PSS rasa ia lebih elok. Bukan permintaan beliau cuma ia adalah keputusan PSS sendiri. PSS tertarik hati untuk kongsikan ia buat pembaca blog Penulis Sana Sini. 

Supaya kalian sedar bahawa dunia penulisan bukanlah seindah yang disangka. Wah macam seram pula ya.

"Tenggelam timbul - reda satu isu, timbul satu isu. Cerita yang dulu tidak habis, bersambung pula dengan isu baru. Macam-macam status boleh dibaca di wall. Memang dunia penerbitan tidak habis dengan pelbagai karenah.
Daripada personaliti penulis tahap dewa dan tahap rumput, kepada isu penerbit. Daripada hal prinsip kepada soal keakuan. Ada id - ego dan super ego. Masalah tak dapat royalti meleret kepada hal penerbit tutup operasi. Sekarang berlangsung liga trend indie vs mainstream. Sebelum ini isu ciplak dan karya lucah... macam-macam!
Selebriti dunia penulisan ini sama taraf sahaja dengan selebriti politik dan dunia artis. Penulis sibuk melayan isu ini, fokus menulis hilang ke laut. Menulis kena fokus. PBAKL 2017 lagi 10 bulan saja. Ingat IQRA okay!"- SDS

PSS bukanlah pakar dalam hal ini. Cuma apa yang boleh kita buat adalah buka mata, buka minda. Lihat sekeliling. Sayangi dirimu.

Ada satu lagi perenggan yang menarik perhatian PSS untuk dikongsikan buat pembaca setia blog Penulis Sana Sini. PSS secara tidak sengaja menemuinya di sebuah blog ketika menaip tajuk artikel ini di enjin carian Google.

Penulis adalah blogger dari Indonesia berdasarkan beberapa perkataan yang terdapat dalam perenggan itu.

"Untuk mengetahui mana yang benar dan yang salah, kita dituntut untuk mengetahui keduanya, kita perlu mengetahui bagaimana cara menulis yang baik dan bagaimana cara menulis yang tidak baik. Oleh karnanya, di sini, kita akan membahas terlebih dahulu bagaimana cara menulis yang tidak baik atau sisi gelap dalam dunia kepenulisan" - Pena



No comments: