Pages

Thursday, 12 May 2016

SEINDAH TAKDIR CINTA DI SLOT AKASIA

SEINDAH TAKDIR CINTA DI SLOT AKASIA


Satu lagi novel yang diadaptasi ke drama. Drama Seindah Takdir Cinta bakal ditayangnkan di slot Aksia TV3 pada 25 Mei nanti. Ia akan bersiaran dari Isnin hingga Khamis pada jam 6.58 petang.

Maknanya ia akan terus bersiaran pada bulan Ramadan juga. Sambil berbuka puasa sambil layan drama adaptasi dari novel terbitan Buku Prima ini.

Antara pelakon utama yang membintangi drama ini adalah Redza Rosli, Saharul Ridzwan dan Amyra Rosli. Pelakon Redza Rosli dan Amyra Rosli ni adik-beradikkah? Kebetulan nama ayah sama.

Drama ini adalah terbitan Zeel Production Sdn Bhd. Pengarah bagi drama ini pula adalah Zulhuzaimy Marzuki. Skrip pula oleh Mufid Suhaimi. 

Drama ini akan bersiaran sebanyak 28 episod. 


Sinopsis novel Seindah Takdir Cinta:

MIA KARMILA, seorang gadis yang biasa hidup dengan cara moden dan penuh kemewahan, langsung tidak menyangka pertemuannya dengan seorang pemandu teksi bernama Shahriman telah berjaya merubah keseluruhan cara hidupnya.Melalui beberapa pertemuan yang tidak pernah dirancang telah membenihkan bibit-bibit cinta yang tulus dalam hati mereka. 
Adrian, lelaki macho, bergaya dan kaya-raya, terus tidak berputus asa untuk menjinakkan Mia Karmila sebagai kekasih yang dapat memenuhi kerakusan nalurinya, walaupun ramai perempuan lain bersedia untuk memenuhi segala kehendaknya.
Perubahan sikap Mia Karmila benar-benar mencabar kelelakian Adrian sehingga dia bertekad, walau apa pun syarat yang diminta Mia Karmila, Adrian tidak peduli. Yang pasti Mia Karmila menjadi miliknya. Dalam kepayahan dan kepiluan yang mencengkam jiwa, Mia Karmila terpaksa juga menerima ijab kabul Adrian apabila lelaki itu telah berjaya memenuhi setiap syarat yang dipintanya. Pilu di hati Mia Karmila bertambah parah apabila mengetahui Shahriman adalah dalang yang membolehkan Adrian menikahinya. Siapakah Shahriman sebenarnya? 
Bagaimanakah Mia Karmila dapat meneruskan kehidupan hariannya bersama Adrian apabila Shahriman juga sentiasa ada bersama mereka? Dapatkah Mia Karmila ataupun Shahriman memadamkan rasa cinta yang pernah hadir dalam hati mereka?


No comments: