Pages

Thursday, 12 May 2016

SAIDEE NOR AZAM TIDAK REDHA DIFITNAH

SAIDEE NOR AZAM TIDAK REDHA DIFITNAH

Gambar terkini. terserlah keakraban dua novelis ini

Berderau darah manis PSS, apabila membaca tajuk di atas. Sendiri tulis sendiri yang berderau. Boleh pula macam tu?

Kononnya, ada pembaca mendakwa novel 'Manuscript' karya Saidee Nor Azam ada persamaan dengan novel 'Aku Bercerita' tulisan Ramlee Awang Murshid.

Benarkah dakwaan ini?

Melalui laman sosial Facebook milik novelis Saidee Nor Azam, beliau meluahkan kekesalan berhubung dengan dakwaan yang tidak berasas ini.

"Hubungan saya dan abang RAM adalah terbaik. Jangan menabur fitnah yang bukan-bukan. Saya tak REDHA.
Abang RAM sendiri menyatakan kepada saya, dia ada membaca karya-karya saya. Tak kira lama atau baharu. Begitu juga saya. Dia antara mentor saya. JADI... jangan ada yang cuba rosakkan hubungan SNA dan RAM."- Saidee Nor Azam

Saidee Nor Azam tidak akan redha dengan fitnah melampau ini. Bersusah payah dia mengerah keringat mencari idea, tapi ada pula yang dengki.

Tapi bagi PSS ia perkara yang semakin bermaharajalela di akhir zaman ini. Fitnah berleluasa. Setiap pembaca memang ada hak untuk menyatakan komen masing-masing tapi biarlah berasas. Mungkin mengikut penilaian pembaca terbabit kedua-dua karya ini ada persamaan. Itu dari kaca mata dia.

                                                                                                     
                                                                                                   


























Apa pula pandangan penulis thriller nombor satu Malaysia, Ramlee Awang Murshid mengenai hal ini? Saidee Nor Azam ada kongsikan pandangan penulis idolanya itu.

"Saidee dah makin matang dan bagus dalam penulisan. Manuscript bergerak laju, tak mengantuk bila membaca. Teruskan tulis seperti MANUSCRIPT. Dah ada perkembangan bagus. Jangan layan provok orang."-Ramlee Awang Murshid

Paling penting sekali adalah Ramlee Awang Murshid sendiri menafikan persamaan karya beliau dengan karya Saidee Nor Azam.

"Tulisan Saidee dalam Manuscript tak sama dengan Aku Bercerita,"-Ramlee Awang Murshid

Kesimpulannya memang tidak ada persamaan antara novel 'Manuscript' dengan novel Aku Bercerita.

Saidee Nor Azam mengakhiri dengan kata-kata berikut di akhir status Facebook beliau.

"Diulangi. Hubungan kami adalah TERBAIK"-Saidee Nor Azam










No comments: