Pages

Tuesday, 31 May 2016

AIZAT RAZAK DENGAN AIZAT AMDAN ADA PERSAMAAN?

AIZAT RAZAK DENGAN AIZAT AMDAN ADA PERSAMAAN?





Persamaan bukan pada nama Aizat sahaja, malah mereka ada satu persamaan yang sangat ketara iaitu, dahulu gemuk kini kurus!

Satu Malaysia tahu Aizat Amdan seorang penyanyi berbakat besar. Kisahnya dahulu yang memiliki fizikal badan gemuk sewaktu kemunculan awalnya dalam rancangan realiti Akademi Fantasia tiba-tiba berubah penampilan menjadi seorang yang kurus dan segak. Sejak hari itu kejayaan demi kejayaan diperolehinya dalam bidang nyanyian.

Aizat Razak pula, PSS sendiri pernah bertemu beliau di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur beberapa tahun lalu. Orangnya tinggi dan berbadan besar gemuk. Siapa sangka rupanya beliau memasang impian untuk mengubah dan mencabar dirinya menjadi kurus seperti sekarang.



Aizat Razak berjaya mengurangkan berat badan secara sihat dari 220 kilogram kepada 95 kilogram. Beliau juga merupakan ikon Jom Kurus Satu Malaysia (JK1M).

Kini sudah menghasilkan sebuah buku bertajuk Aku Dah Kurus!. Di dalam buku ini terdapat perkongsian 88 kisah mereka yang berjaya menjadi kurus.




Buku ini juga mendapat sentuhan emas Tuan Bahruddin Bekri sebagai penulis bersama. PSS sangka Bahruddin Bekri turut berkongsi cerita di dalam buku ini.

Menariknya lagi, program rancangan Jom Sihat Bro sebanyak 13 episod bakal ditayangkan di RTM. Skrip rancangan ini ditulis oleh Ahmad bin Sa'abun. Manakala Aizat Razak sendiri akan menjadi perantara di dalam rancangan ini nanti.


No comments: