Pages

Friday, 29 April 2016

TAHNIAH SASTERAWAN NEGARA KE 13

TAHNIAH SASTERAWAN NEGARA KE 13

sumber Bernama

Pada 26 April 2016 di Majlis Anugerah Sastera Negara ke 13, Datuk Dr. Zurinah Hassan telah diiktiraf sebagai Sasterawan Negara ke 13.

Beliau merupakan wanita pertama menerima anugerah tertinggi negara itu. Anugerah disampaikan oleh Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid. 

Anugerah ini membolehkan beliau menerima tajaan sebanyak RM500,000 bagi menerbitkan 50,000 naskah karya beliau yang akan dibeli oleh kerajaan untuk diedarkan ke sekolah, perpustakaan, jabatan dan agensi kerajaan. Selain itu turut menerima wang tunai RM60,000 berserta Warkah Penghormatan Negara.

dikelilingi rakan-rakan seperjuangan dihari pengiktirafan tertinggi Sastera Negara.
Gambar dari Facebook Puan Sri Diah


Datuk Dr. Zurinah Hassan atau lebih dikenali dengan nama pena Haniruz dilahirkan di Bakar Bata, Alor Setar, Kedah pada 13 Jun 1949. Telah menghasilkan sebanyak 19 buah buku antologi sajak, puisi, kajian sastera, autobigrafi, memoir, antologi cerpen dan novel sepanjang beliau bergiat aktif dalam bidang penulisan sejak tahun 1963.

Antara anugerah lain dalam dunia sastera adalah Anugerah Puisi Putera 1984, Anugerah Penulisan Asia Tenggara (SEA Write Award) 2004, Anugerah Puisi Negara-negara ASEAN (Sunthorn Phu Poet Laureate) 2013 dan Hadiah Sastera Perdana.

Sasterawan Negara







No comments: