Pages

Tuesday, 5 April 2016

TAHNIAH KHAIRUL IDHAM PAWI:PEMENANG KEJOHANAN MotoGP DUNIA

TAHNIAH KHAIRUL IDHAM PAWI:PEMENANG KEJOHANAN MotoGP DUNIA



Membanggakan dan mengujakan. Tahniah PSS ucapkan kepada adik Khairul Idham Pawi yang berusia 17 tahun yang merupakan pelumba Malaysia pertama menjuarai perlumbaan kategori Moto3 Grand Prix Argentina.

Kejohanan tersebut berlangsung di litar Termas de Rio Hondo, di Santiago del Estero, Argentina. Kesungguhan beliau sejak tahun 2012 mendatangkan hasil yang membanggakan Malaysia.

Khairul dari pasukan Honda Tema Asia mencatat masa 41 minit 35.452 saat dalam 21 pusingan.

Beliau dilahirkan di Kampung Gajah, Perak.

Sekali lagi PSS mengucapkan tahniah kepada Khairul Idham Pawi kerana mengharumkan nama Malaysia. Dan atas sebab itu PSS menaik berita gembira ini di blog Penulis Sana Sini.


No comments: