Pages

Thursday, 28 April 2016

PHARRELL WILLIAMS MENTOR YUNA ADA BUKU KANAK-KANAK

PHARRELL WILLIAMS MENTOR YUNA ADA BUKU KANAK-KANAK


buku kanak-kanak bergambar


Ini bukanlah berita baru, namun PSS berasa ia layak untuk dipaparkan di blog Penulis Sana Sini. 

Lagu Happy merupakan lagu untuk filem Despicable Me 2 pada tahun 2013. Lagu ini memenangi dua kategori dalam Grammy Awards 2015. Kategori Best Pop Solo Performance dan Best Music Video.

Lagu Happy juga pernah berada pada kedudukan nombor satu dalam senarai Hot 100 Billboard. Lagu ini juga pernah mengungguli carta lagu di lebih tujuh puluh lima buah negara. Pada tahun 2014 lagu Happy menjadi lagu paling laris dengan jualan mencecah 13.9 juta unit di seluruh dunia.

Pharrell Williams bersama Yuna 


Hebat betul Pharrelll Williams. Dan semua tahu artis kelahiran Malaysia Yuna merupakan protege beliau. Terbaru lagu Crush Yuna berduet bersama penyanyi Usher. Lagu Crush turut membolosi carta Billboard pada kedudukan ke 18 kategori Adult R&B Song

Berbalik kepada buku Happy yang diterbitkan berdasarkan lagu Happy, ia sebenarnya telah mula dijual pada Oktober tahun lepas.

“Saya berterima kasih kepada semua pihak yang menyokong buku Happy. Saya berharap buku ini dapat mendidik kanak-kanak mengenai kepentingan kehidupan bahagia serta jujur kepada diri sendiri,”- Pharrell Williams

Jangan lupa ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang bermula esok. 







No comments: