Pages

Friday, 8 April 2016

PENULIS NOVEL HARRY POTTER, JK ROWLING LELONG KERUSI?

PENULIS NOVEL HARRY POTTER, JK ROWLING LELONG KERUSI?



Gempar dan mengejutkan. Itulah yang berlaku pada Rabu 6 April 2016, apabila kerusi yang digunakan penulis JK Rowling sewaktu menyiapkan dua jilid awal novel Harry Potter dilelong oleh firma lelongan Heritage Auction.


JK Rowling
Ia adalah yang paling selesa. Sebab itulah ia ditelakkan secara kekal di depan mesin taip saya. Secara nostalgia, saya sedih berpisah dengannya,- JK Rowling 

Anda mungkin tidak merasakan kerusi ini cantik, namun janganlah menilai apa yang anda lihat secara zahir. Saya menulis Harry Potter ketika duduk di atasnya,- JK Rowling

Kerusi itu digunakan ketika menulis 'Harry Potter and the Philosopher's Stone' dan 'Harry Potter and the Chamber of Secrets'.

Pada kerusi itu tertera tandatangan beliau dan beberapa baris ayat menggunakan cat berwarna emas.

You may not / find me pretty / but don’t judge / on what you see / I wrote Harry Potter while sitting on this chair” 
Juga terdapat bintang emas selepas tandantangan beliau, sepasang petir dan perkataan "Gryffindor" pada bawah kerusi. 
Kerusi itu dilelong pada harga AS$394000 (RM1.53 juta) 




No comments: