Pages

Wednesday, 6 April 2016

KEBANGKITAN LAGENDA SAGA ARTAKUSIAD

KEBANGKITAN LAGENDA SAGA ARTAKUSIAD


Novel pertama dalam Saga Artakusiad

Sebelum munculnya Ramlee Awang Murshid yang cukup terkenal dengan siri novel Bagaikan Puteri yang mana karakter ciptaanya bernama Saifudin atau lebih dikenali sebagai Laksamana Sunan menjadi perbualan hangat puluhan ribu peminatnya, sebenarnya ada seorang penulis yang telah muncul pada tahun 1987 dengan siri thriller fantasi yang cukup hebat iaitu Siri Saga Artakusiad.

Beliau dimaksudkan adalah Ahmad Patria Abdullah. Novel Permata Aurorius mula diterbitkan pada tahun  1987. Seterusnya Siri Saga Artakusiad terus berkembang menjadi lapan siri.


1. Permata Aurorius (1987)
2. Kota Arialun (1987)
3. Kembar Artakus (1988)
4. Petua Azkram (1991)
5. Puteri Alindalia (1991)
6. Pedang Aurora (1991)
7. Legenda Numerius (2004)
8. Cabaran Lodra (2012)


Sumber Wikipedia

Pada gambar di atas, apa yang pembaca PSS lihat adalah semua siri Saga Artakusiad. Pada baris atas sekali adalah kaver kulit yang telah diperbaharui untuk cetakan ke dua dan ke tiga.

Khabarnya, Legenda Numerius yang diterbitkan pada tahun 2004, akan diterbitkan semula dalam masa terdekat. Tempahan pun telah dibuka.



Apa sebenarnya Saga Artakusiad ini? PSS sendiri pun tidak pernah membaca mana-mana karya Ahmad Patria tapi pernah dengar tajuk buku beliau beberapa tahun lalu.

Melalui sumber Wikipedia, PSS kongsikan tentang apa itu Saga Artakusiad.

Siri Saga Artakusiad adalah sebuah karya fantasi tersohor di Malaysia, hasil tulisan Ahmad Patria Abdullah. Ia mengisahkan pengembaraan Artakus menentang penaklukan Morrok ke atas Aurora. Ia bukan sahaja sebuah cerita namun di dalamnya terkandung keindahan bahasa yang tidak ternilai harganya. Semangat perjuangan meneruskan kehidupan yang dipaparkan daripada pergolakan serta prinsip kehidupan yang memperjuangkan sebuah kebenaran.


Aurora, salah sebuah negeri di benua Imagina, merupakan dunia fantasi yang penuh mistik dan magis. Ia menjadi tunjang dan latar belakang kisah Saga Artakusiad. Selain bangsa Aurora yang terdiri daripada lima kelana - Armorikus, Argida, Jegadai, Inkatus dan Jendai, Aurora turut menjadi tempat hunian makhluk-makhluk mistik seperti naga, jembalang, jin, juga entiti-entiti daripada cahaya dan kegelapan.
Peta Aurora

Aurora dikelilingi oleh Empayar Morrok yang berada di sebelah barat, laut di sebelah timur, padang pasir di bahagian selatan dan negeri kaum Kirkos di bahagian utara. 

Nota: PSS mengaku yang banyak kali typo ketika menaip artikel ini kerana nama semua tajuk siri ini sangatlah unik. hahaha!



1 comment:

orangpasir said...

Buku terbaru beliau, Aristokra baru saja dilancarkan Mei lalu dari PTS. Boleh didapati di kedai-kedai.