Pages

Friday, 1 April 2016

15 SOALAN BERSAMA PENULIS NAZZ SHUKERI

15 SOALAN BERSAMA PENULIS NAZZ SHUKERI

Nazz Shukeri memakai baju Naruto.
 Di sebelahnya pula novelis Hasrudi Jawawi


PSS rasa ramai yang mengenali insan hebat bernama Nazz Shukeri ini. Beliau pernah menulis beberapa antologi iaitu Roman Cinta, Diari Seorang Pesakit dan Terkenang.

PSS sendiri pernah berjumpa beliau dibeberapa majlis berkaitan dengan buku. Jom ikuti 15 soalan bersama Nazz Shukeri (NS).

1. Orang yang paling anda rapat?
NS : Parents... dengan kawan sekolah

2. Mimpi paling menakutkan?
NS : Saya bermimpi jumpa seseorang yang telah mati

3. Kereta idaman?
NS : Toyota Civic

4. Siapa anda 10 tahun akan datang?
NS ; Entah.

5. Nama watak ciptaan yang paling disukai?
NS : Watak Adiwira yang saya cipta seperti Kapten Bionik, Soul Reaper, Ahmed Kyle Hunter dan lain-lain lagi. 

6. Orang yang paling tidak disukai?
NS : Passed

7. Aktiviti paling disukai?
NS : Khayalan

8. Kenangan paling manis dalam hidup?
NS : Bertemu dengan penulis dan berjumpa dengan geng BTL (Buku Tiga Lima)

9. Impian yang belum tercapai?
NS : Menulis sebuah novel belum tercapai lagi

10. Siapa anda dalam kumpulan X-Men?
NS ; Nightcrawler

11. Perkara yang membuatkan anda marah?
NS : Mengambil barang saya tanpa memberitahu saya

12. Berapa umur anda?
NS : 29-30

13. Penulis paling dikagumi?
NS : Ramlee Awang Murshid

14. Siapa Pemburu Abnormal?
NS : Ahmed Kyle Hunter

15. Karya yang pernah dihasilkan dan sudah terbit?
NS : Roman Cinta, Diari Seorang Pesakit, Terkenang.

Bagaimana? cukupkah soalan ini untuk anda mengenali pemilik nama Nazz Shukeri? atau berjumpa sendiri dengan beliau dan berbual-bual serta memanjangkan ukhuwah. Bila ditanya tentang umur, agak lama juga Nazz Shukeri ingin menjawab. Perahsia juga orangnya atau capaian internet terganggu tadi. Bersangka baik sahajalah.

Ayah sebuah antologi turut memuatkan
 karya Nazz Shukeri bertajuk Terkenang


Ditanya tentang perkembangan terkini, beliau menyatakan tidak menulis apa-apa lagi. Sebabnya beliau masih bercuti lagi dan menyatakan yang Isnin ini beliau akan mula menulis Pemburu Abnormal.

PSS tertanya-tanya dengan kenyataan itu lalu menukar soalan lain, iaitu berapa peratuskah manuskrip itu sudah siap. Bukan apa sebelum ini beliau sering mengemaskini status perkembangan penulisan beliau di laman sosial Facebook.

Jawapan diberikan adalah 56 peratus ke 76 peratus dan beliau sendiri tidak pasti berapa peratus sudah siap. PSS pun pening huhuhu.

Nazz Shukeri @ Konspirasi Penulis


Tidak kisahlah, yang penting beliau sudah ada karya yang sudah terbit sebelum ini seperti yang dijawab pada soalan tadi. Sama-sama kita doakan supaya Nazz Shukeri berjaya menyiapkan karya beliau itu dan impiannya ingin menjadi novelis Adiwira Thriller pertama di Alaf 21 menjadi kenyataan. Amin .








No comments: