Pages

Tuesday, 29 March 2016

JODOH BERDUA HAFIZ HAMIDUN & RAHMAH MOKHTAR

JODOH BERDUA HAFIZ HAMIDUN & RAHMAH MOKHTAR



Melalui halaman Legacy Publishing, mereka telah membuka undian yang mana satukah kaver menjadi pilihan hati pembaca.

Semua sedia maklum penyanyi Hafiz Hamidun yang cukup terkenal dengan lagu zikir terapi jiwa, tapi siapa Rahmah Mokhtar yang turut tertulis pada kaver kulit buku ini.

Rahmah Mokhtar merupakan seorang penulis buku dan sebelum ini beliau ada menulis sebuah buku yang bertajuk Aku Terima Cintanya. Buku ini turut bergabung dengan penulis lain iaitu Zamri Mohamad dan Abdul Muiez Ruslee.

Rahmah Mokhtar


Aku terima cintanya dengan Hafiz Hamidun kah?

Kini bersama Hafiz Hamidun beliau menulis Jodoh Berdua. Ada apa apakah ni?




Thursday, 24 March 2016

3.6 JUTA DILIHAT, LEBIH 30 RIBU DIKONGSI - CARTA TAJUK NOVEL SAHARIL HASRIN SANIN

3.6 JUTA DILIHAT, LEBIH 30 RIBU DIKONGSI - CARTA TAJUK NOVEL SAHARIL HASRIN SANIN



Makin viral 'Carta Tajuk Novel' oleh Saharil Hasrin Sanin ini. Melalui akaun sosialnya, beliau berkongsi keterujaan ini.

"Adonbilivit! The numbers for "Carta Tajuk Novel" ni gila betul. 31,848 orang share dan 3.6 juta view dalam lebih kurang 36 jam. Maksudnya setiap jam 100,000 orang nampak."- Saharil Hasrin Sanin

PSS yakin ia akan terus melonjak naik kerana ia satu isu yang diperkatakan malah diperdebatkan dikalangan rakyat Malaysia di media sosial. Ia menjadi sensasi di internet.


Tuesday, 22 March 2016

VIRAL CARTA TAJUK NOVEL SAHARIL HASRIN SANIN

VIRAL CARTA TAJUK NOVEL SAHARIL HASRIN SANIN



Sudah pun mencecah lebih dari 20 ribu perkongsian, Carta Tajuk Novel idea Saharil Hasrin Sanin menjadi viral di media sosial.

Ia sangat menarik perhatian pengguna media sosial. PSS juga turut kongsikan carta ini diruang media sosial. Maklumlah tajuk novel di Malaysia semakin pelik dan kadangkala menjengkelkan. Apa pun ia adalah strategi pihak penerbit untuk melariskan dan menarik perhatian para pembaca novel.



Saharil Hasrin Sanin merupakan seorang penulis, ilustrator dan visual artis. Beliau lain dari semua penulis yang PSS tulis diblog ini. Penulisan beliau penuh sindiran, metafora dan sudut pandangan yang berbeza sekali. Karya-karya beliau jenis kesusasteraan yang tinggi.

PSS sendiri pun sebenarnya berkerut-kerut dahi untuk menjelaskan penulis yang bagaimana Saharil Hasrin Sanin ini. Itu belum membaca karyanya lagi. huhuhu


Monday, 21 March 2016

IMAGINASI TERBAHARU RAMLEE AWANG MURSHID

IMAGINASI TERBAHARU RAMLEE AWANG MURSHID


IMAGINASI karya terbaharu dari penulis novel thriller nombor satu Malaysia, Ramlee Awang Murshid. Dijangka akan menemui peminat pada April nanti. 

Berikut sedikit sedutan dari novel yang telah dikongsikan oleh pihak penerbit Alaf 21

ABAM berhenti menapak. Dia terlihat sebuah rumah agam. Dia tercegat di situ. Tidak lama kemudian, Juita pun sampai. Berpeluh Juita mengharungi beberapa batang denai kelapa sawit di ladang ini.
Perempuan itu terpaksa berjalan cepat kerana Abam berjalan terlalu pantas. Selangkah Abam berjalan, dua tiga
tapak Juita mengejarinya. Apabila Juita memanggil Abam, lelaki bendul piang itu enggan berhenti. Apatah lagi hendak
menoleh ke belakang. Abam asyik menyanyikan lagu ‘Biarku Jalan Dulu’ nyanyian Kaka Azraff dan Sleeq. Asyik itu ternyata memekakkan telinganya.
“Abam! Pekak ke?!” marah Juita.
“Wah… besarnya rumah!” kata Abam pula, menuding telunjuk ke satu arah.
Juita menoleh ke arah tersebut. Serta-merta wajahnya berubah. Dia tahu bahawa rumah agam itu milik Suhaila,
seorang balu pembela saka. Banyak cerita misteri seram yang didengarinya tentang Suhaila.
Sudah bertahun-tahun Juita tidak melihat Suhaila secara bersemuka. Namun begitu, dahulu… secara jujur Juita mengakui perempuan balu pembela saka itu merupakan seorang perempuan tercantik di kampung ini.
Sejak kematian suaminya, dipercayai dibunuh Suhaila sendiri, maka perempuan balu itu tidak kelihatan lagi di mana-mana. Cerita tersebut merupakan momok ketika zaman kanak-kanaknya dahulu. Cuma ayahnya Pak Budin tidak
pernah memburuk-burukkan Suhaila biarpun diketahui Juita bahawa ayahnya mengetahui sesuatu bersifat rahsia.
“Jom balik! Jom balik!” Juita menarik lengan Abam.
“Rumah besar siapa tu?” Abam masih hendak tahu pemilik rumah agam itu.
“Rumah berhantu!” Juita galak menarik lengan Abam.
“Rumah hantu… takutnya!” sahut Abam.
Juita memicing lama ke arah rumah agam itu. Halaman rumah tersebut kosong. Tidak kelihatan walau seorang pekerja pun berada di situ. Lagipun, rumah para pekerja agak terpinggir dari rumah agam tersebut. Dia mendengar cerita bahawa hanya Suhaila sahaja yang menghuni rumah sebesar itu. Ada juga dalam kalangan orang kampung bercerita pernah mendengar suara jeritan Suhaila dari rumahnya sendiri.
Suara teriakan Suhaila yang didengari mempunyai nada yang berbeza-beza. Sekejap garau dan parau. Kadangkala
menghilai bagaikan pontianak. Sesekali kedengaran raungan tangisan yang sungguh sayu sekali. Hampir menyerupai
lolongan seekor serigala kala bulan mengambang. Pendek kata, bermacam-macam lagi kisah seram yang pernah didengari Juita. Cerita-cerita itu ternyata sangat meremangkan bulu roma. Ketika ini pun bulu roma Juita sudah merinding. Denyutan jantungnya berdetak kencang.
“Eh! Siapa tu?” Abam menuding telunjuk ke arah sebuah tingkap di tingkat atas.
Juita memicing anak mata ke arah itu. Dia amat terkejut kerana terlihat satu kelibat seorang perempuan yang dipercayai Suhaila berpakaian serba hitam, menutupi wajahnya dengan sehelai kain kasa yang juga berwarna hitam. Juita berasa semakin seram. Pantas dia menarik lengan Abam.
“Kenapa?” Ternyata fikiran Abam kosong.
“Hantu… saka!” jerit Juita.
Apa lagi, Abam pun menyentak pegangan tangan Juita ke lengannya. Dia terlebih dahulu melarikan diri. Berlari
terkocoh-kocoh. Sesekali dia hampir tersungkur.
“Hoi Abam! Tunggulah!” pekik Juita, terpaksa turut berlari
mengejar Abam. Tatkala sampai sahaja di sebuah denai, secara tiba-tiba Abam berhenti. Juita yang berlari laju dan tertoleh-toleh ke belakang gagal menekan ‘brek’ lantas terlanggar tubuh keding Abam. Juita terundur ke belakang akibat rempuhannya sendiri.
“Aduh… sakitnya!” Juita mengosok-gosok dahi.
“Kenapa berhenti?” Juita memarahi Abam.
“Busuklah… kau kentut ke?” tanya Abam sambil menutup lubang hidungnya.
“Mana adalah!” bantah Juita, turut menutup lubang
hidungnya juga.
“Tapi… kenapa busuk sangat ni?” Abam tidak mampu
berfikir lebih jauh lagi.
“Jangan-jangan… kau yang kentut!” tuduh Juita.
“Kentut aku taklah busuk macam ni. Busuk bau bangkai
ni.”Abam berjalan.
“Abam… jomlah balik. Aku takut ni!” Juita geram. Abam tidak mengendahkan saranan Juita. Dia terus
menjejaki bau busuk itu. Juita terpaksa mengekori langkah lelaki lurus bendul itu. Akhirnya, mereka menemui bangkai
seekor lembu. Perutnya terburai. Usus dan perutnya telah hilang. Lalat dan langau mengerumuni bangkai lembu itu.
Terbuntang biji mata Juita melihatnya. Jantungnya berdebaran lagi. Kali ini lebih kencang lagi. Bayangan hantu
mulai memenuhi seluruh benak. Tidak semena-mena, tubuh mungilnya menggigil ketakutan.
“Ini lembu Pak Budin. Siapa bunuh lembu Pak Budin ni?”
Abam tergaru kepala. Apa lagi, Juita yang terperanjat terus melarikan diri.
“Abam lari!” teriak Juita.
“Kenapa lari, Juita?” Gagapnya hilang sebentar.
“Saka Suhaila yang makan lembu ayah tu!” jerit Juita.
Kelibatnya semakin menjauh.
“Aah? Hantu!” Abam pun memecut lariannya. Laju lagi
menderas dengan pantas


Friday, 11 March 2016

NOVELIS EBRIZA AMINNUDIN NAMPAK CANTIK DENGAN SOLEKAN MEMUKAU

NOVELIS EBRIZA AMINNUDIN NAMPAK CANTIK DENGAN SOLEKAN MEMUKAU

Solekan oleh ILLA SHASTUDIO (ILLASHA BELLA)


Novelis prolifik Ebriza Aminnudin nampak lain. Mengalahkan artis tempatan dan antarabangsa. Teknik solekan dari Illa Shastudio ini berjaya menjadikan wajah Ebriza Aminnudin setanding selebriti.

Terbaru dari beliau yang dikatakan terbaik selepas novel Kubur Bernyawa

Terbaru dari beliau adalah novel seram bertajuk ATUK.