Pages

Friday, 29 January 2016

ISTERI NOVELIS THRILLER NOMBOR SATU MALAYSIA DEDAHKAN GAMBAR SUAMI BERSAMA SIAPA?

ISTERI NOVELIS THRILLER NOMBOR SATU MALAYSIA DEDAHKAN GAMBAR SUAMI BERSAMA SIAPA?

Ramlee Awang Murshid bersama isteri



Seluruh peminat novelis thriller nombor satu Malaysia menjadi gempar apabila isteri beliau telah berkongsi gambar suaminya dengan seseorang.

Gambar yang berlokasi di sebuah hutan di Malaysia itu menjadi tandatanya. Apakah yang sedang berlaku sebenarnya? Dengan siapakah beliau di dalam hutan itu? Untuk apa semua ini?


Gambar Ramlee Awang Murshid bersama pengarah filem Nasir Jani dan krew lain.

Melihat pada gambar ini, Ramlee Awang Murshid seperti berada di set pengambaran. Filem Tombiruo? Berbaju kuning  itu adalah Nasir Jani seorang pengarah filem. Ramlee Awang Murshid juga dilihat mengenakan t shirt bergambar TOMBIRUO.

PSS kongsikan petikan berita Sinar Harian bertarikh 11 Mac 2015.

"Walaupun Ramlee terlibat dalam pembikinan filem ini, namun hal untuk berkarya tetap diserahkan kepada saya. Saya berhak menjadikan filem itu mengikut apa yang saya mahukan dari segi muzik, pergerakan kamera dan suntingan.

"Dari situ, orang akan tahu itu adalah sentuhan saya tanpa dibayangi oleh sesiapa. Lagipun, kami turut berbincang dan berkongsi idea masing-masing.

"Saya tiada masalah dengan Ramlee kerana dia bukan sahaja datang sebagai penulis asal, malah dalam pembikinan filem ini, dia adalah panel penulis 'screen play' dan juga salah seorang penerbit. Sekiranya ada perkara yang dia tidak puas hati, wajar untuk kita mendengarnya kerana hak itu lebih kepada dia," jelas Nasir lagi.

No comments: