Pages

Wednesday, 6 January 2016

GENRE THRILLER & AKSI : TIADA UNSUR MISTERI, SERAM DAN FANTASI

GENRE THRILLER & AKSI : TIADA UNSUR MISTERI, SERAM DAN FANTASI



Tahun ini syarikat penerbitan gergasi nombor satu di Malaysia, Karangkraf melalui anak syarikatnya Alaf 21 akan menerbitkan lebih banyak novel bergenre thriller. Ini adalah peluang yang sangat bagus kepada anda yang ingin menjadikan penulisan sebagai kerjaya tambahan nombor dua. 

Berikut adalah perkongsian mengenai hal ini pada status Facebook Pengurus Besar Penerbitan syarikat ini.Yang cantik dan manis sentiasa Puan Sri Diah Shaharuddin. 

Peluang untuk sahabat-sahabat penulis. Ayuh!
Mari semarakkan dunia buku. Manuskrip diperlukan segera.
Bertanya di sini pun boleh. Saya akan jawab.
Sepanjang 2016 Alaf 21 akan menerbit lebih banyak novel Genre Thriller dan Aksi. Tidak ada unsur misteri. Tiada seram dan tiada fantasi.
Skop penulisan ini adalah bercorak advancer. Ia meliputi hal-hal penyiasatan, pertelingkahan, dendam, pembunuhan dan muslihat licik tanpa mengabaikan agama, kasih sayang dan percintaan.
Jika anda boleh menulis genre ini segera sahut peluang ini.
Dan beritahu juga rakan-rakan yang berminat.
Emelkah segera proposal cadangan novel sebanyak dua muka surat dan dua halaman contoh penulisan kepada:

norsuraya@karangkraf.com

Nota: Mohon pembaca tidak bertanya hal ini pada PSS. Bertanyalah pada beliau atau pihak penerbitan. 




No comments: