Pages

Friday, 29 January 2016

ISTERI NOVELIS THRILLER NOMBOR SATU MALAYSIA DEDAHKAN GAMBAR SUAMI BERSAMA SIAPA?

ISTERI NOVELIS THRILLER NOMBOR SATU MALAYSIA DEDAHKAN GAMBAR SUAMI BERSAMA SIAPA?

Ramlee Awang Murshid bersama isteri



Seluruh peminat novelis thriller nombor satu Malaysia menjadi gempar apabila isteri beliau telah berkongsi gambar suaminya dengan seseorang.

Gambar yang berlokasi di sebuah hutan di Malaysia itu menjadi tandatanya. Apakah yang sedang berlaku sebenarnya? Dengan siapakah beliau di dalam hutan itu? Untuk apa semua ini?


Gambar Ramlee Awang Murshid bersama pengarah filem Nasir Jani dan krew lain.

Melihat pada gambar ini, Ramlee Awang Murshid seperti berada di set pengambaran. Filem Tombiruo? Berbaju kuning  itu adalah Nasir Jani seorang pengarah filem. Ramlee Awang Murshid juga dilihat mengenakan t shirt bergambar TOMBIRUO.

PSS kongsikan petikan berita Sinar Harian bertarikh 11 Mac 2015.

"Walaupun Ramlee terlibat dalam pembikinan filem ini, namun hal untuk berkarya tetap diserahkan kepada saya. Saya berhak menjadikan filem itu mengikut apa yang saya mahukan dari segi muzik, pergerakan kamera dan suntingan.

"Dari situ, orang akan tahu itu adalah sentuhan saya tanpa dibayangi oleh sesiapa. Lagipun, kami turut berbincang dan berkongsi idea masing-masing.

"Saya tiada masalah dengan Ramlee kerana dia bukan sahaja datang sebagai penulis asal, malah dalam pembikinan filem ini, dia adalah panel penulis 'screen play' dan juga salah seorang penerbit. Sekiranya ada perkara yang dia tidak puas hati, wajar untuk kita mendengarnya kerana hak itu lebih kepada dia," jelas Nasir lagi.

Tuesday, 19 January 2016

TAHNIAH ABANG LONG

TAHNIAH ABANG LONG


Abang Long berbaju melayu merah jambu
Gambar oleh Cik Puan Rahmah Mokhtar

Abang Long atau nama sebenar beliau Mohamad Feroz telah menerima anugerah JasaMu Dikenang. Majlis disampaikan sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat DUN Selat Klang.

Selain menulis buku beliau juga seorang penjual dadih dan penjual buku secara kecil-kecilan. Buku bertajuk Aku., Dia & Rezeki adalah buku tulisan pertama beliau.



Sifat beliau yang cekal dan sabar dalam mencari rezeki buat keluarganya telah menyentuh hati banyak pihak juga kisah-kisah beliau sangat memberikan inspirasi dalam menghadapi dugaan dan cabaran dalam kehidupan.

Tahniah sekali lagi PSS ucapkan kepada Abang Long yang telah menerima anugerah ini.

Wednesday, 6 January 2016

GENRE THRILLER & AKSI : TIADA UNSUR MISTERI, SERAM DAN FANTASI

GENRE THRILLER & AKSI : TIADA UNSUR MISTERI, SERAM DAN FANTASI



Tahun ini syarikat penerbitan gergasi nombor satu di Malaysia, Karangkraf melalui anak syarikatnya Alaf 21 akan menerbitkan lebih banyak novel bergenre thriller. Ini adalah peluang yang sangat bagus kepada anda yang ingin menjadikan penulisan sebagai kerjaya tambahan nombor dua. 

Berikut adalah perkongsian mengenai hal ini pada status Facebook Pengurus Besar Penerbitan syarikat ini.Yang cantik dan manis sentiasa Puan Sri Diah Shaharuddin. 

Peluang untuk sahabat-sahabat penulis. Ayuh!
Mari semarakkan dunia buku. Manuskrip diperlukan segera.
Bertanya di sini pun boleh. Saya akan jawab.
Sepanjang 2016 Alaf 21 akan menerbit lebih banyak novel Genre Thriller dan Aksi. Tidak ada unsur misteri. Tiada seram dan tiada fantasi.
Skop penulisan ini adalah bercorak advancer. Ia meliputi hal-hal penyiasatan, pertelingkahan, dendam, pembunuhan dan muslihat licik tanpa mengabaikan agama, kasih sayang dan percintaan.
Jika anda boleh menulis genre ini segera sahut peluang ini.
Dan beritahu juga rakan-rakan yang berminat.
Emelkah segera proposal cadangan novel sebanyak dua muka surat dan dua halaman contoh penulisan kepada:

norsuraya@karangkraf.com

Nota: Mohon pembaca tidak bertanya hal ini pada PSS. Bertanyalah pada beliau atau pihak penerbitan.