Pages

Saturday, 31 December 2016

SELAMAT TAHUN BARU 2017

SELAMAT TAHUN BARU 2017


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog PSS. Tidak banyak yang ingin PSS sentuh sepanjang tahun 2016 ini. 

PSS harap ekonomi rakyat berada dalam keadaan selamat dan tidak membebankan pada tahun hadapan. 

Begitu juga industri perbukuan menurut beberapa dakwaan ianya semakin kritikal. Semoga para pengkarya dan pemain industri ini dapat bertahan pada tahun hadapan. InsyAllah.

Selamat tahun baru 2017.

Wednesday, 21 December 2016

NOVEL SATU JANJI YANG WAJIB ANDA MILIKI

NOVEL SATU JANJI YANG WAJIB ANDA MILIKI



Bukanlah satu amalan biasa buat PSS malah ia tidak ada dalam senarai agenda PSS untuk mengulas mana-mana novel yang diterbitkan di Malaysia atau di mana jua di pelosok muka bumi ini. Sejak tertubuhnya blog ini, tiada.

Pembaca dan pengikut tegar blog PSS pasti sedia maklum blog ini tidak pernah mengulas apa-apa novel kerana ia sesuatu yang biasa dibuat oleh kebanyakan blog penulisan lain. Jadi, PSS rasa tidak perlu menggalas tangungjawab itu.

Namun, ada sesuatu yang menarik tentang novel Satu Janji. PSS telah membacanya untuk buat kali ke dua. Kali pertama mengenalinya adalah sepuluh tahun yang lalu.

Novel ini adalah satu-satunya dari beberapa buah novel yang PSS beli tahun ini yang berjaya dihabiskan pembacaaan dalam masa dua hari.

Satu Janji mula dicetak pada tahun 2003 dan sehingga tahun 2016 ia telah dicetak buat kali ke 12!

Menurut isteri kepada Ramlee Awang Murshid, novel Satu Janji merupakan novel romantik pertama penulis thriller nombor satu Malaysia ini.

Benar, ia sebuah novel romantik yang indah. Di dalam membuai rasa romantik kepada pembaca, ia sebenarnya diselang-selikan dengan debaran dan aksi serta pelbagai persoalan yang secara perlahan-lahan terungkai sehingga ke akhir cerita.

Sebagai pembaca, PSS sendiri diperdayakan dari segi kepekaan, apabila dengan mengubah satu huruf pada nama dua orang watak menyebabkan andaian awal PSS silap sama sekali. Ramlee Awang Murshid sangat genius. Malah, PSS tersilap sangka siapa sebenarnya ibu Luqman dan mastermind disebalik kejadian pembunuhan Datuk Abdullah.

Sebenarnya agak sukar PSS nak mengulas novel ini, kerana cerita di dalamnya berlapis-lapis dan semua lapisan itu akhirnya menjadi satu dan saling berkaitan. Ini yang menyebabkan novel ini tersangatlah menarik dan tidak membosankan.

Bukan sahaja plot cerita yang menarik, malah novel ini memberikan pelbagai emosi kepada pembaca dan ia sangat memberikan kesan sepanjang menikmati jalan cerita novel ini. Emosi yang diterapkan sangat membantu dan ia adalah sebuah novel yang sangat berbaloi untuk dimiliki. PSS jamin anda akan puas.



Dan ini adalah sinopsis dari syarikat penerbitan novel ini.

Balas dendam, pencarian keluarga kandung, keadilan, kasih sebuah percintaan, air mata dan kesetiaan seorang lelaki yang bernama suami, adalah satu janji yang melingkari hidup Luqman. 

Tragedi pembunuhan ayah Luqman, telah membuka satu rahsia yang menjadi hijab jalur pengkhianatan. Pada ketika inilah Luqman menemui Adelia Mustapha. Kasih dan cinta Luqman, rupa-rupanya menjadi racun berbisa di hati Adelia.

Janji yang begitu teguh di hati Luqman akhirnya membawa musibah. Dengan segala kudrat, Luqman berusaha bangkit untuk menggapai janjinya semula. 

Dan di hadapannya ada seseorang yang telah menghulurkan tangan untuk membantu Luqman melaksanakan satu janji yang pernah terungkai.










Monday, 21 November 2016

PERMULAAN ATAU PENGAKHIRAN? SEMUANYA PADA 17 DISEMBER NANTI

PERMULAAN ATAU PENGAKHIRAN? SEMUANYA PADA 17 DISEMBER NANTI

KONVENSYEN PENULISAN 2016


"Walaupun bermula dari kosong, tidak ada buku lagi atau baru ada satu buku, konvensyen ini relevan."

Senarai tajuk pembentangan konvensyen dan para ahli panel pada 17 Disember ini di Wisma Sejarah, Kuala Lumpur. Bangunan bersebelahan Perpustakaan Negara Malaysia
Topik-topik dipilih sebagai persediaan Tuan dan Cik Puan menjadi penulis pada tahun hadapan.
Konvensyen
Senarai pembentangan
1. Penulis, Penerbit dan Pembaca Mendepani Zaman oleh Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan, (Tokoh bahasa dan Penasihat Bahasa Kumpulan PTS)
2. DISC Menulis Mengikut Personaliti Diri oleh Tuan Fauzul Naim Ishak (FINE Prima Group)
3. Hidup dengan Bakat dan Dilihat Mahal Dalam Pasaran oleh Tuan Yusof Gajah (Yusof Gajah Lingard Literary Agency) dan Puan Zakiah Mohd Isa (OyezBooks)
4. FIXI ; Bagaimana membina pembaca baharu di Wattpad oleh Tuan Amir Muhammad (Fixi)
5. 'Terbit tetap Terbit; Bertahan ketika Gawat. Dapatan dari Frankfurt sehingga Jakarta oleh Tuan Shake Faisal (Malaysian Book Publishers Association (MABOPA)
6. Kenal Pembaca dan Kenal Buku: Dari Idea ke Content Marketing oleh Tuan Bukhari Ramli (BRC) dan Tuan Izwan Wahab (NotaBisnes)
7. Apakah Tingkah Laku dan Trend Pembaca Membeli di Online oleh Tuan Hairul Faizal Adli (Bookcafe.com.my)
8. Terbit, Promosi dan Terus Jual; Bagaimana Kami Lakukan Dari Hari Pertama? oleh Tuan Mohd Suhaimy (Klikjer.com), Tuan Mohd Faizal (MajalahSains, Simptomatik Press), Tuan Khair Zawawi (Hijau BookValley) Cik Puan Rafiza Idayu (Amazing Ayu Food, Humaira Bookstore / Publication)
9. Bagaimana 10,000 buku saya dibeli hanya dari Facebook sebelum akhir tahun? oleh Puan Diyana Tahir ( Ehati Centre, Revolusi Hati)
Masterclass (Opsyenal)
10. Kelas Praktikal Pakejing Buku yang Berinteraksi' dengan Pembaca
11. Kelas Praktikal Membina Pembaca Sebelum Buku Siap Ditulis
12. Kelas Praktikal Pemasaran Tiga Peringkat.

Akhirnya, konvensyen penulisan muncul sekali lagi.
Konvensyen yang mengumpulkan 13 pengamal profesional terdiri daripada penulis, penerbit dan tim editorial.
Melibatkan penyertaan 250 orang penulis baharu dari seluruh negara, Singapura, Brunei dan Indonesia akan diadakan pada hari Sabtu, 17 Disember 2016.
Konvensyen ini merupakan tempat pertemuan para penulis dan para penerbit dalam sesi klinik manuskrip, penghantaran proposal buku dan bimbingan penulisan.
Sesama penulis baharu juga ada yang berkolaborasi selepas konvensyen.
Tidak perlu saudara turun naik tangga dari satu penerbit ke satu penerbit. Ia berlaku pada hari konvensyen ini. Kita bawa mereka kepada saudara.
Kita sedang usahakan 11 rumah penerbitan membuka meja pertemuan.
Simpan tarikh ini, 17 Disember 2016
Jika berminat, boleh tinggalkan nama penuh dan emel di bawah.


Pihak sekretariat akan emelkan dan PM maklumat topik, lokasi, yuran terus kepada saudara.

*semua perenggan di atas adalah asli dari Facebook Tuan Zamri Mohamad

KAVER NOVEL MANA PALING SERAM?

KAVER NOVEL MANA PALING SERAM?

Novel seram remaja terbitan Blink Book SDN BHD
PSS tiada niat hendak timbulkan isu tertentu. Tiada isu di sini. Pertama kali PSS lihat kulit buku seram remaja ini, PSS terjerit sikit "Wow! gila seram hantu dalam kulit buku ini!"

Sungguh meyakinkan penampilan kulit buku ini dan ia berjaya membuatkan perasaan ingin tahu PSS membuak-buak hendak tahu apa isi kandungan dalam novel seram remaja ini. Novel ini tidak sampai 200 muka surat. Ia pasti mengundang rasa ingin tahu dikalangan pelajar sekolah rendah untuk membeli novel ini.

Keseraman wajah hantu di kerusi biru itu juga membuatkan PSS teringat novel karya-karya Lagenda novel seram Tamar Jalis.

novel seram terbitan Buku Prima. 

Gambar di atas ini pula sebahagian dari novel seram thriller terbitan Buku Prima. Dengan pelbagai tajuk yang menyeramkan dan novel-novel ini semua mempunyai ketebalan sehingga lebih lima ratus halaman muka surat. 

dari segi kulit buku pula, rasa seram itu ada sesuai dengan novel ini untuk pembaca yang lebih dewasa. Terbitan Buku Prima. Jangan salah faham pula. Dewasa di sini tidak membawa maksud ia mengandungi unsur yang keterlaluan. Jangan bikin panas pula. 

Seramlicious adalah gelaran untuk penulis-penulis dari penerbit Kumpulan Media Karangkraf, Buku Prima. Mereka semua adalah penulis dari genre seram, thriller dan seangkatan dengannya. 

Jadi kaver novel mana paling seram?  








Thursday, 17 November 2016

JOM TANYA RAMLEE AWANG MURSHID

JOM TANYA RAMLEE AWANG MURSHID

imej pegun dari video asal.

Semalam ada satu perkongsian video temubual bersama novelis Thriller nombor satu Malaysia iaitu Ramlee Awang Murshid.

Ia dikongsikan oleh Astro Awani melalui halaman rasmi Facebook mereka. PSS dengan rasa rela hati menyiarkan kembali temubual itu tetapi dalam bentuk catatan. Semoga peminat Ramlee Awang Murshid (RAM) mendapat manfaat dari perkongsian ini. 

Novel sendiri yang paling digemari?

RAM : Lapan siri cerita Sunan. Sunan ini lebih kepada dakwah. Lebih dekatkan diri saya kepada Allah swt. Kedua Tombiruo. Tombiruo mengingatkan kita bahawa kesempurnaan fizikal dan wajah tidak semestinya menggambarkan isi dalam hati kita.

Novel penulis lain yang digemari?

RAM: Eyman Haykal, Penulis Detik debar. Genrenya sama dengan saya. Cuma dia lebih kepada konsep thriller politik melibatkan Malaysia dengan negara luar... bagaimana untuk membanteras agenda jahat seperti pengganas – yang memberikan saya dimensi baharu.

Rutin sebelum menulis?

RAM : Basuh kain, sembahyang Dhuha sembahyang taubat, hantar anak baru saya menulis.

Media sosial yang paling kerap diguna?

RAM : Saya guna Instagram. Instagram:  ramlee_awang_murshid

Hobi?

RAM : Saya main bola. Saya suka menonton wayang yang merangsang minda saya... mencari kelainan dari aspek cerita untuk buku saya. 

Nasihat paling berguna pernah diterima?

RAM : Daripada ayah saya, Haji Awang Murshid, walau di mana kita berada pun nombor satu Allah.

Perkataan yang menggambarkan calon presiden AS Trump dan Clinton ?

RAM : Donald Trump celupar. Hillary penuh muslihat 

Apa projek terkini?

RAM : Novel seperti biasa rutin tiap tiap tahun, ada adaptasi novel untuk filem atau drama TV

Sumber asal: Astro Awani
Produser : Nizam Bakeri
Wartawan : Madiha Abdullah

Tuesday, 25 October 2016

KECAMAN AKHIRNYA MENGEMBALIKAN PESTA BUKU 2017 KE PWTC

KECAMAN AKHIRNYA MENGEMBALIKAN PESTA BUKU 2017 KE PWTC


Alhamdulillah, itu yang terucap dari bibir tatkala berita mengenai hal ini singgah ke bilik berita PSS. 

PSS yakin, pentaksub dan pencinta buku pasti memanjatkan rasa kesyukuran malah mungkin sujud syukur dengan perkembangan positif ini. Semua sedia maklum yang Pesta Buku sebelum ini telah bertukar lokasi acaranya ke MAEPS Serdang. 

Penukaran lokasi ini telah mengundang kecaman dan sungutan netizen. Malah pempamer sendiri mengalami kemorosotan jualan buku. Banyak komen menjurus kepada rasa kecewa dan tidak bersetuju dengan pemilihan lokasi tersebut memandangkan sebelum ini ia kebiasaanya diadakan di bangunan Putra World Trade Centre (PWTC).

Sedikit perkongsian sejarah Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL)

1. Pameran buku peringkat antarabangsa yang pertama telah diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1972 dan dikenali sebagai International Exhibition of Book Trade and Industry. Ia dianjurkan oleh pengusaha buku tempatan sempena Tahun Buku Antarabangsa yang diisytiharkan oleh UNESCO.

2. Selepas itu, beberapa pameran lain yang lebih kecil telah diadakan oleh syarikat-syarikat persendirian. Pada tahun 1976, Persatuan Penerbit Buku Malaysia telah mengadakan “Pameran Buku Kebangsaan” di Dewan Perhimpunan China, Kuala Lumpur dengan harapan untuk menjadikannya sebagai acara tahunan.

3. Penglibatan Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) dalam aktiviti promosi buku bermula pada tahun 1982 melalui penganjuran “Pesta Buku Malaysia” dengan kerjasama persatuan industri perbukuan tempatan di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya. 

4. MBKM, sewaktu penubuhannya pada tahun 1968 dikenali dengan nama Majlis Kemajuan Buku Kebangsaan Malaysia (MKBK) manakala urus setianya diletakkan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Penubuhan MKBK sebagai sebuah badan khas yang diberi peranan dan tanggungjawab ke arah memajukan bidang perbukuan negara adalah hasil saranan pakar-pakar buku dari Asia Pasifik yang bersidang di Tokyo, Jepun pada tahun 1966 atas undangan UNESCO.

5. Walaupun pesta buku di peringkat negara dan antarabangsa diadakan buat pertama kalinya pada tahun 1972, namun bagi MBKM, acara “Pesta Buku Malaysia” pada tahun 1982 adalah merupakan aktiviti yang julung-julung kali diadakan secara besar-besaran dengan cara terancang dan berterusan sebagai aktiviti tahunan. Pada tahun 1988, pesta buku tersebut kemudiannya dikenali sebagai “Pesta Buku Kuala Lumpur” (PBKL) apabila lokasi penganjurannya berpindah ke Changkat Pavillion. 

6. Dari Changkat Pavilion, pesta buku ini dipindahkan ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan pada tahun 1991, Pesta Buku Kuala Lumpur sekali lagi telah dijenamakan semula dengan nama “Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur” (PBAKL) atau Kuala Lumpur International Book Fair (KLIBF), apabila penyertaannya dibuka kepada pengusaha buku dari luar negara. 

Walau bagaimanapun, menurut pengerusi Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA), pameran buku berskala besar akan tetap dianjurkan di MAEPS. Namun ia akan berlaku pada tarikh yang berbeza.

MAEPS sebelum ini pada anjuran PBAKL yang ke 35 lalu, ia mencatatkan kehadiran seramai hampir 2.2 juta pengunjung. Tanpa memasuki ibu kota ia mudah dicapai dari Selatan, Utara dan Pantai Timur. 


Monday, 10 October 2016

NOVELIS DICULIK DAN DISEKSA OLEH PEMINAT PSIKO?

NOVELIS DICULIK DAN DISEKSA OLEH PEMINAT PSIKO?


Kulit buku edisi pertama

Masihkah pembaca PSS ingat dengan sebuah filem bertajuk Misery. Ia adalah sebuah filem yang diterbitkan pada tahun 1990. Filem ini dalam kategori Psiko Thriller.

Filem Misery adalah adaptasi daripada sebuah novel karya pengarang terkenal bernama Stephen King. Tajuk filem ini juga sama dengan judul novel tersebut.

PSS tonton filem ni masa zaman-zaman piring Astro tidak wujud lagi. Masa itu kebanyakkan siaran televisyen menggunakan antena yang biasanya diletakkan di luar rumah. Bukan macam sekarang guna pemancar satelite. Kualiti gambar televisyen yang menggunakan antena pada ketika itu tidak sebagus kualiti gambar pada hari ini. Yang bagusnya walaupun hujan, tetapi masih dapat siaran lagi tetapi tidak Astro.

Poster Filem


Novelis terkenal Paul Sheldon adalah seorang pengarang novel romantik bersiri yang berjaya, menampilkan watak yang bernama Misery Chastain. Kerana mahu memberi tumpuan kepada cerita yang lebih serius, beliau menulis manuskrip untuk novel baru yang beliau berharap akan melancarkan kerjayanya selepas novel Misery beliau. Semasa dalam perjalanan dari Silver Creek, Colorado ke rumahnya di New York City, beliau terperangkap dalam ribut salji dan keretanya tersasar dari jalan raya, menyebabkan dia kemalangan dan tidak sedarkan diri. Paul diselamatkan oleh seorang jururawat bernama Annie Wilkes, dan membawa Paul ke rumahnya. Apabila Paul tersedar dari pengsan dia mendapati dirinya terbaring di tempat tidur, dengan kedua-dua kakinya patah serta bahu terkehel. Annie mendakwa dia adalah peminat nombor satu karya Paul dan berbual banyak mengenai Paul dan novelnya. Annie membeli satu salinan buku yang paling baru yang diterbitkan oleh Paul bertajuk Misery's Child, dan memberinya pujian. Walau bagaimanapun, apabila dia mendapati bahawa Misery mati pada akhir novel ini, Annie mula meradang dan marah. Annie akhirnya mendedahkan bahawa dia telah berbohong tentang memanggil ejen Paul dan pihak berkuasa dan sebenarnya  tiada siapa yang tahu di mana Paul berada selepas kemalangan itu. Paul cuba untuk melarikan diri dari biliknya, tetapi Annie telah mengunci pintu bilik itu.


Annie ketika mengetuk buku lali Paul. Babak paling diingati.


Keesokan harinya, Annie memaksa Paul untuk membakar manuskrip terbarunya. Apabila Paul berada dalam keadaan sihat dan boleh bangun dari katil, Annie menegaskan Paul mesti menulis novel baru bertajuk Misery's Return, di mana watak Misery dihidupkan kembali. Paul terpaksa akur, jika tidak beliau percaya Annie akan membunuhnya. Sebagai menghargai jasa Annie memulihkan kesihatannya, Paul akan menggunakan nama Annie sebagai watak dalam manuskirp baru itu. Apabila beberapa bab pertama menunjukkan kesilapan kesinambungan, Annie menegur serta memarahi Paul dan memaksa beliau untuk bermula sekali lagi. Satu hari, sewaktu Annie tiada Paul mula menyimpan stok ubat penahan sakit beliau. Dia cuba meracuni Annie semasa makan malam, tetapi gagal. Paul kemudian menemui buku skrap keratan akhbar tentang masa lalu Annie. Paul mendapati bahawa Annie telah disyaki dalam kes kematian beberapa bayi, tetapi perbicaraan itu terbatal akibat kekurangan bukti. Annie ada memetik beberapa baris dari novel Misery semasa perbicaraan itu. 

Annie kemudian mengkhayalkan Paul dengan dadah dan mengikatnya dengan tali di katil. Apabila Paul terjaga, Annie memberitahu bahawa dia tahu Paul telah keluar dari biliknya dan disebabkan perbuatan itu, Annie mengetuk buku lali Paul dengan tukul besi untuk menghalang beliau daripada melarikan diri lagi.
Polis dikawasan itu, Buster, sedang menyiasat kehilangan Paul. Apabila pekedai memberitahu Buster yang dia telah menjual kertas menaip dalam kuantiti besar kepada Annie, Buster bertindak membuat lawatan ke rumah Annie. Apabila dia mendapati Paul sedang khayal dalam pengaruh dadah di ruangan bawah tanah, Annie muncul dari belakang dan menembak Buster dan memberitahu Paul bahawa mereka harus mati bersama-sama. Paul bersetuju, dengan syarat bahawa dia mesti menyelesaikan novel untuk "memberi Misery kembali ke dunia". Paul kemudian menyembunyikan tin kecil mengandungi cecair mudah terbakar di dalam poket.
Apabila buku itu sudah disiapkan, beliau meminta Annie sebatang rokok  dan segelas champagne bagi meraikan naskah novel yang telah tamat. Ketika Annie muncul semula, Paul meletakkan manuskrip di atas api, Annie terkejut dan cuba menyelamatkan naskah yang terbakar itu. Situasi itu memberikan Paul peluang untuk memukul Annie di atas kepala dengan mesin taip. Paul dan Annie berlawan dan akhirnya Annie mati.


Paul dan Annie bergelut.


Begitulah sedikit sinopsis perjalanan keseluruhan filem ini berdasarkan sumber wikipedia dan google translate yang PSS gunakan. Ada beberapa ayat diubah dan diedit semula. Pening juga. Apa pun filem ini memang menarik sangat dan di Malaysia tak banyak lagi genre psiko thriller. 

Setakat hari ini dari risikan PSS, tak ada lagi kes peminat fanatik gila macam ni. Yang jenis melenting kalau ada orang cuit novelis kesayangan mereka, itu memang ada. Seram!

Thursday, 29 September 2016

'MENANGKAH CINTA?' DITULIS OLEH PENULIS LIRIK DI PINTU SYURGA

'MENANGKAH CINTA?' DITULIS OLEH PENULIS LIRIK DI PINTU SYURGA



Ini adalah cubaan pertama wartawan Iman Imran dalam bidang penulisan novel. Lagu Di Pintu Syurga yang ditulis beliau mendapat tempat ke tiga dalam Anugerah Juara Lagu ke 29. 

Novel Menangkah Cinta menurutnya tercetus dari pengalaman beliau dalam bidang kewartawanan selama lebih 20 tahun. Kisah sensasi cinta artis tempatan menjadi modal beliau untuk dijadikan sebuah fiksyen yang menarik.


sumber: mStar


Sebagai orang baru dalam bidang penulisan novel, beliau mengaku ada membuat rujukan dengan beberapa penulis tanah air antaranya Damya Hannah. 

Secara jujurnya, sebagai penulis baru dalam bidang penulisan novel, saya akui ada buat rujukan dengan beberapa penulis lain antaranya Damya Hannah.


Mereka banyak membantu dan Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan terhasilkan impian saya untuk menghasilkan novel Menangkah Cinta, -Iman Imran *sumber astro gempak.

Novel Menangkah Cinta mungkin akan dijadikan drama namun ia masih dalam perbincangan, menurutnya lagi.




Pada mulanya PSS terperasan ada poster seperti di atas di ruang status Facebook Dj ND. PSS pun berbesar hati untuk mendengar sesi temubual itu memlalui radio online KLfm. Dari sesi temu bual inilah PSS tahu kewujudan novel Menangkah Cinta.

Dari mula sampai habis PSS dengar. Banyak maklumat berfaedah yang disalurkan melalui sesi temu bual itu. PSS tidak boleh lupakan lakonan Imran Imran dalam sebuah drama bertajuk Donut. Sangat mencuit hati. Seterusnya kejayaan beliau mencipta lirik lagu Di Pintu Syurga. 



Anda boleh mengikuti twitter Iman Imran atau nama sebenar beliau Rudy Imran Shamsudin di sini






Tuesday, 27 September 2016

MALAYSIA SEBAGAI TETAMU KEHORMAT INDONESIA INTERNATIONAL BOOK FAIR 2016

MALAYSIA SEBAGAI TETAMU KEHORMAT INDONESIA INTERNATIONAL BOOK FAIR 2016




Kali ini Malaysia menjadi negara tetamu kehormat untuk Indonesia International Book Fair 2016 (IIBF).

Sebelum ini Korea menjadi negara tetamu kehormat untuk IIBF 2015. Ini adalah peluang yang sangat besar buat Negara Malaysia untuk mempromosikan seni, budaya, pelancongan, teknologi dan sudah tentu penulis dan karya dari Malaysia.

Jika sebelum ini negara Arab Saudi (IIBF 2014) memberikan hadiah pakej umrah kepada pengunjung. Bagaimana pula dengan Malaysia?



Upin Ipin bakal membuat persembahan di IIBF 2016. Karakter Upin Ipin ini sangat popular dan digemari kanak-kanak di Indonesia.

Sebagai tetamu kehormat kali ini, Malaysia akan di tempatkan di reruai (booth) pintu masuk utama. Oleh itu sepanjang acara berlansung 28 September sehingga 2 Oktober nanti, Malaysia akan menjadi negara tumpuan di IIBF 2016.







Friday, 23 September 2016

JOM MELEPAK DI KL LePark ESOK

JOM MELEPAK DI KL LePark ESOK


Acara Sehari Secara Santai Seni Di Dalam Taman. Membawakan kepada anda persembahan pentas dari para karyawan tegar, booktruck, foodtruck dan himpunan penerbit buku. Masuk adalah percuma. Ada perkhidmatan shuttle van, secara percuma. Tidak perlu bayar apa-apa.

*perenggan di atas disalin semula dari akaun Facebook acara ini dan telah diubah suai untuk kesesuaian blog PSS

Acara ini adalah anjuran Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM), Sindiket Soljah dan Paradoks Production. 

Lokasi dan waktu:

Panggung Annivesari KL, Taman Botani KL (Taman Tasik Perdana)
24 september 2016
10.00 am - 07.00 pm


Maklumat lanjut sila klik https://www.facebook.com/events/1822344511376574/?active_tab=posts


 


ARTIS TERLIBAT
- The Times AKA
- Couple
- Fazleena and the Lasykar
- Brian Gomez and the Sons of Soil
- IQBAL M.
- Pyanhabib
- Ladin Nuawi
- Dr Shamsudin Othman
- Tri Hadzir
- Jack Malik
- Anis K
- Adimas Immanuel (Indonesia)
- Ariff Mohamad
- Kasajiza A.S. (Zainal Abas)
- Raihani Mohd Saaid
- Ilmudya
- Shakhan Akhbar and the Rascalz


 



SENARAI PUBLISHER

1. Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM)
2. Studio Anai-Anai
3. Selut Press
4. Sindiket Soljah
5. Sang Freud Press
5. Dubook Press
6. Merpati Jingga
7. Buku Semalam
8. Off Publishing (Poket Press)
9. Thukul Bersekutu
10. Penerbitan Langit
11. Terfaktab Media
12. Kata-Pillar Books
13. Buku Fixi
14. Lejen Press
15. Puteh Press
16. Legasi Oakheart
17. Moka Mocha Ink
18. Dubook Indo
19. Perfect Binding
20. Rabak Lit
21. Maba Studio
22. Aafa Publishing
23. Roman Buku
24. Simptomatik Press
25. Puja Buku
26. Kump. Media Karangkraf
27. Buku Pojok
28. Kedai Buku 1Malaysia
29. Penerbitan Orang Lidi
30. Maple Comics
31. Geng Gelabah
32. Kidal
33. P.T.S
34. Ujana Buku (DBP)
35. Mobile Book Cafe
36. Guer-ril-la
37. PeanutZin
38. Rumah Lipur Lara
39. Kaukab


Servis shuttle van pick up point di
1. Stesen KTM Bank Negara
2. Parking Bertingkat Taman Botani
3. Parking terbuka Taman Permainan



Wednesday, 14 September 2016

'MAMAK', 'RENDANG' DAN 'CHAR KWAY TEOW' MASUK KAMUS OXFORD

'MAMAK', 'RENDANG' DAN 'CHAR KWAY TEOW' MASUK KAMUS OXFORD



Tiga perkataan ini kini dimasukkan dalam kemas kini kamus Oxford untuk bulan September 2016.

Perkataan lain turut dimasukkan yang terhasil dari ekspresi adalah 'aiyah', ' aiyoh', 'bodoh', dan 'kopitiam'


Kamus Oxford dikemaskini empat kali setahun. Iaitu pada Mac, Jun, September dan Disember.

Oxford berusia 150 tahun dan ia menyimpan lebih 600,000 perkataan.




ZUL ARIFFIN HERO TOMBIRUO 2017

ZUL ARIFFIN HERO TOMBIRUO 2017


Tombiruo:Penunggu Rimba. Itu filem yang bakal ditayangkan pada tahun 2017 nanti. Pasti ramai peminat novel novelis thriller Ramlee Awang Murshid tidak sabar melihat watak tombiruo dalam bentuk visual.

Filem ini merupakan adaptasi dari novel bertajuk Tombiruo:Penunggu Rimba. 


Tombiruo diarahkan oleh Nasir Jani. Manakala untuk pengarah kesan khas (Visual Effect) tanggungjawab ini digalas oleh Seth Larney.

Seth Larney sebelum ini banyak terlibat untuk produksi filem Amerika. Antaranya The Matrix Reloaded and Revolution, Star Wars:Revenge of The Sith, Xmen Origins : Wolverine, Stealth, Mask 2 dan Fools Gold.

Beliau pada tahun ini memenangi AACTA AWARD : Best Direction in a Televisyen Light Entertainment or Reality Series.


Ejim sebagai Tombiruo

Antara barisan pelakon popular yang membintangi filem Tombiruo adalah Nabila Huda, Farid Kamil, Datin Marlia Musa, Faizal Hussein, Dynas Mokhtar, Dato' M. Nasir dan ramai lagi.

Bukan calang-calang pelakon bekerja untuk produksi filem ni. Nabila Huda baru-baru ini dinobatkan Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke 28 (FFM28).

Buat pertama kalinya empat syarikat bergabung bagi menjayakan Filem Tombiruo ini. Syarikat itu adalah Astro Shaw, Ideate Media, Grup Buku Karangkraf dan Layar Sunan.

PSS agak gusar komen-komen yang bakal dilemparkan oleh penonton yang tidak biasa dengan novel Tombiruo ini. Ini kerana, walaupun Ejim ini watak utama dalam filem Tombiruo ini tetapi dialog beliau sangat minima. Ia lebih kepada gerakan badan dan eye contact.


Zul ariffin


Mungkinkah banyak adegan close up? (shot muka, dari dahi ke bahu)

Apa itu Tombiruo? Mahu tahu? Sila beli novel ini secepat mungkin. Novel ini terjual hampir 70,000 naskah dan telah diulang cetak kali ke 14.



Sunday, 11 September 2016

DUA PINGAT EMAS PARALIMPIK RIO

DUA PINGAT EMAS PARALIMPIK RIO


Tahniah! PSS ucapkan kepada dua atlet paralimpik yang berjaya menyumbangkan pingat emas di Paralimpik Rio, Brazil. 

Pingat emas pertama disumbangkan oleh Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dalam acara 100m T36 (celebral palsy). Beliau mencatat masa 12.07 saat.

Pingat emas kedua pula diraih oleh Muhammad Ziyad Zolkefli dalam acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran). Malah beliau berjaya mencipta rekod baru dunia sekaligus memadamkan rekod lama untuk acara ini. 

Muhammad Ziyad melontar peluru sejauh 16.84 meter dan melenyapkan rekod lama yang di catat oleh Todd Hodgetts sejauh 16.29 meter di Paralimpik London 2012.

Kia Sportage

Atlet Malaysia yang berjaya menyumbangkan pingat emas pada temasya Paralimpik Rio 2016, bakal menerima sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) sumbangan Naza Corporation Holding. 








Thursday, 8 September 2016

SEPTEMBER 11 WORLD #QuranHour 2016

SEPTEMBER 11 WORLD #QuranHour 2016




World #QuranHour pada 9 Zulhijah bersamaan 11 September 2016, 9 pagi Seluruh Dunia.
Dijemput datang beramai-ramai ke lokasi World #QuranHour Perdana bertempat di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, Kuala Lumpur.
Jemput datang awal jam 8 pagi. Bawa bersama Al-Quran terjemahan. Kepada mereka yang tidak dapat hadir, bolehlah lakukannya di lokasi masing-masing.
Interaksi dengan Al-Quran: Cinta & Syukur


World #QuranHour yang akan berlangsung pada 11 September 2016 (9 Zulhijah 1437H) di seluruh dunia pada jam 9 pagi mengikut waktu tempatan negara masing-masing. 
9 pagi di Malaysia, 9 pagi di India, 9 pagi di Amerika dan di mana jua di seluruh dunia selama satu jam.
Untuk penyertaan, sila isi borang secara online di: bit.ly/daftarwqh
Follow Instagram: @worldquranhour instagram.com/worldquranhour
Muat turun Apps: Google Play bit.ly/2aiDPlB / Apple Store apple.co/2aS8PYs

WALK FOR QURAN HOUR WITH DATUK ROSYAM NOR
Sebagai rasa tanda sokongan terhadap program ini, Datuk Rosyam Nor sanggup berjalan sejauh 47 kilometer bermula dari Karangkraf, Seksyen 15 sehingga ke UIAM Gombak. 
Ia bermula pada awal pagi tadi dan sedang berlangsung ketika ini. Bolehlah sertai bersama dan rakamkan pengalaman itu


5:45 am : Berkumpul & Bertolak di Kump Media Karangkraf
6:15 am : Bertolak dari Karangkraf
6:30 am : Bulatan Seksyen 15 / 16
7:00 am : Lebuhraya Persekutuan
8:00 am : Tol Batu Tiga
9:00 am : Laluan ke Nanyang Siang Pau
9:30 am : Jalan di Western Digital
10:00 am : LDP (Paradigm Mall)
10:30 am : Taman Megah
10:45 am : Damansara Jaya
11:00 am : Damansara Utama
11:30 am: Taman Tun
12:45 pm: Pit Stop (Masjid At Taqwa TTDI)
1:15 pm: Solat Zohor di Masjid At Taqwa
2:00 pm: Bergerak dari Masjid At Taqwa
2:30 pm: Penchala Link
2:45 pm: Kepong
3:00 pm: Bulatan Selayang (MRR2)
3:15 pm: Batu Cave (MRR2)
3:35 pm: Sri Gombak (MRR2)
4:00 pm: Universiti Islam Antarabangsa
4:15 pm: Solat Asar di UIA
5:00 pm: Bersurai

Thursday, 11 August 2016

OLIMPIK 2016:TAHNIAH PANDELELA & CHEONG JUN HOONG MERAIH PINGAT PERAK OLIMPIK RIO

OLIMPIK 2016:TAHNIAH PANDELELA & CHEONG JUN HOONG MERAIH PINGAT PERAK OLIMPIK RIO



Tahniah PSS ucapkan buat dua Penerjun Negara atas kejayaan mereka menyumbangkan pingat sulung buat negara dalam acara 10 meter platform seirama wanita. 

Mereka berdua di bawah skim insentif Majlis Sukan Negara (MSN) akan menerima RM600,000 dan pencen bulanan sebanyak RM3000. 

Wang RM600,000 akan dikongsi bersama dan pencen bulanan pula akan bermula serta-merta.

Di bawah skim insentif Majlis Sukan Negara (MSN), pemenang pingat emas akan menerima RM 1 juta dan pencen bulanan RM5000. Manakala untuk pingat gangsa akan menerima RM100,000 dan pencen bulanan sebanyak RM2000.

Bukan main hebat insentif yang diberikan oleh Majlis Sukan Negara. Berbaloilah dengan hasil usaha mereka dalam mengharumkan nama negara untuk acara sukan.







Wednesday, 3 August 2016

MIA KIFF GEMBIRA HISYAM HAMID BERAKSI DALAM DRAMA ADAPTASI NOVEL ABANG BOMBA I LOVE YOU.

MIA KIFF GEMBIRA HISYAM HAMID BERAKSI DALAM DRAMA ADAPTASI NOVEL ABANG BOMBA I LOVE YOU.

Popularlah kerjaya abang bomba selepas drama ini ditayangkan nanti. Bukan calang-calang orang sanggup meredah lautan api dan udara yang dipenuhi asap yang boleh melemahkan sistem pernafasan. Silap-silap nanti, boleh 'melting' hahaha!

Sebenarnya agak unik juga perjalanan novel ini dari sebuah naskah buku ke drama. Berdasarkan dari temubual eksklusif secara dalam talian internet, penulis ini menceritakan serba sedikit kisah disebalik tawaran yang beliau terima dari pihak produksi.

Novel Abang Bomba I love You (ABILY) yang bakal diadaptasi ke drama nanti adalah edisi baru kemaskini. Ia akan diterbitkan semula oleh penerbit lain. 

Hampir  70 peratus jalan cerita dan gaya penceritaan diedit oleh novelis Mia Kiff. Menurutnya lagi, ada plot tambahan dan pembetulan serta penceritaan lebih santai berbanding novel terbitan syarikat sebelumnya. Menariknya lagi, pelakon Hisyam Hamid menepati watak yang beliau ciptakan. 




"Masa Mia dapat tahu dapat adapatsi Mia automatik bayangkan Hisyam Hamid. Sebab Mia tahu dia bekas anggota bomba Singapura. Mia memang harap sangat dia dapat watak Rayqal. Bila dapat tahu dia terima tawaran adaptasi ni mia gembira sangat-sangatlah. Syukur tidak terhingga."- Mia Kiff

Malah pelakon Hisyam Hamid turut gembira diberi peluang melakonkan watak anggota bomba. Rindu terubat katanya. 

"Dapat juga saya melepas rindu memakai seragam bomba. Sudah lama saya ternanti-nanti kesempatan untuk ke lokasi penggambaran drama ini. Ketika ditawarkan watak ini, saya turut menerima satu tawaran lain tetapi saya memilih Abang Bomba I Love You kerana tertarik dengan jalan ceritanya,"-Hisyam Hamid -sumber berita harian


Kalender Bomba tahun 2016

Dari tajuk novel ia seperti novel-novel cinta yang melambak di pasaran ketika ini. Namun novel Abang Bomba I Love You (ABILY) ini bukanlah novel cinta picisan. Penulisnya sendiri melakukan banyak kajian tentang kerjaya anggota bomba, Dari sekecil-kecil tugas sehingga tugas yang besar. 

Novel ini juga antara karya yang novelis Mia Kiff sangat sayang. 

"Ada nilai sentimentalnya. Sebab Mia rasa ini novel pertama berkisarkan kerjaya bomba.. novel ni Mia banyak buat kajian, rujukan dan pemerhatian. So banyak usaha nak siapkan novel ni. Dan suami pun anggota bomba juga dan mia sangat sanjung kerjaya dia walaupun hanya biasa-biasa di mata org lain. So Mia nak buka minda masyarakat tentang kerjaya bomba ni,"- Mia Kiff

Nantikan kemunculan drama Abang Bomba I Love You (ABILY) di kaca tv anda. Drama sebanyak 16 episod ini adalah terbitan produksi Global Station sdn bhd. 

Jadi kena tunggu, penggambaran pun belum mula lagi dan begitu juga dengan edisi kemasikini yang lebih menarik berbanding sebelumnya yang bakal diterbitkan oleh penerbit baru. 

ABILY



Tuesday, 2 August 2016

15 SOALAN BERSAMA NOVELIS MAYA IRIS

15 SOALAN BERSAMA NOVELIS MAYA IRIS




Maya Iris Novelis. Itu nama yang digunakan beliau di akaun facebook miliknya. Tajuk novel beliau yang menarik perhatian PSS adalah Curahan Cinta Niagara. Baru tajuk novel sudah buat PSS terpikat belum membacanya lagi. 

PSS tertarik sebab 'Niagara'. Niagara ni air terjun antara yang popular di dunia. Sebenarnya ia adalah pertembungan tiga buah sungai. Horseshoe Falls, American Falls dan Bridal Veil Falls. Baiklah, bukan nak cerita pasal sungai, tapi kita nak lihat apa 15 Soalan untuk penulis Maya Iris ni. 


Jom lihat apa jawapan yang diberikan oleh Maya Iris (MI) kepada 15 soalan yang diterjah oleh PSS.



1.Jenama tudung yang paling digemari?
MI - Jahit sendiri

2.Greatest fear?
MI - Tempat tertutup dan sempit.

3.Cabaran paling sukar sewaktu menyiapkan sebuah novel?
MI - Idea hilang

4.Perkara yang sering diterapkan di dalam semua novel?
MI - Solusi kepada semua masalah boleh dicari dalam al-Quran.

5.2016 adalah tahun ke berapa negara Malaysia Merdeka?
MI - Hahaha.. Malaysia merdeka tahun 1957. So yg ke 60.

6.Karakter anda?
MI - Pendiam dan pemalu bila berjumpa kali pertama. Tapi suka bergurau bila dah rasa boleh ngam.

7.Ikon pendakwah paling dikagumi?
MI - Sheikh Ahmad Deedat

8.Siapakah penulis novel ‘KL Di Mana Suami ku’?
MI - Asmah Hashim kot

9.Bunga atau coklat?
MI - Coklat

10.Niagara Falls terletak di mana?
MI - Sempadan USA dan Kanada

11.Novel paling menarik pernah dibaca?
MI - If Tomorrow Comes Sidney Sheldon

12.Kehidupan ini lebih indah jika…?
MI - Tiada hasad dengki dan permusuhan

13.Jika dikurniakan superpower?
MI - Soalan susah ni. Sebab tak pernah terfikir pulak. Jap.. nak berangan.

14.Cinta teragung?
MI - Cinta Rasulullah kepada umatnya.

15.Apa perbezaan ikan laut dengan ikan sungai?
MI - Ikan sungai isinya lembut sebab tak perlu meredah laut bergelora, kurang guna fizikal.



Oh begitu perbezaan ikan sungai dan ikan laut seperti yang dijelaskan oleh Maya Iris. Nampaknya Maya Iris pun tidak mengetahui siapakan penulis novel 'KL Di Mana Suami ku'.

Novel ini ditulis oleh Sri Diah. Penulis Saidee Nor Azam pun sebelum ni terkantoi dengan soalan ini. 

PSS sebenarnya hampir kekeringan idea mahu terjah soalan apa kepada novelis Maya Iris ni. Bukan apa, beliau ini lebih banyak pengalaman hidup dari PSS. Puaslah PSS godek-godek akaun Facebook beliau semata-mata nak tahu beliau ini bagaimana orangnya. 

Jadi terpaksalah PSS mengimport beberapa soalan dari majalah GLAM Malaysia. 

Maya Iris ada sedikit kata-kata mengenai pesta buku Selangor yang sedang berlangsung di Shah Alam Convention Centre (SACC).

"Terima kasih kepada semua pembaca yang menyokong selama ini. Bila ada pesta buku, datanglah beramai-ramai sebagai tanda sokongan. Kalau bukan kita yang memeriahkan pesta, siapa lagi?" - Maya Iris

Soalan nombor 13 didakwa susah oleh Maya Iris novelis. Akhirnya PSS berkenan untuk memberikan beliau peluang menjawab soalan itu. Disebabkan beliau sangat baik hati dan tidak Diva. 

Berikut adalalah jawapan beliau untuk soalan nombor 13.

13.Jika dikurniakan superpower?
MI - Telekinesis. Boleh gerakkan objek dengan hujung jari. Senang buat kerja rumah.. hehehe