Pages

Saturday, 16 May 2015

BICA BIE COMEL DALAM INGATAN PARA NOVELIS

BICA BIE COMEL DALAM INGATAN PARA NOVELIS


Tinggal kenangan. Arwah Bica Bie Comel bersama
 hantaran perkahwinan yang unik iaitu pelbagai naskah novel

Bica Bie Comel atau nama sebenarnya Nabisa Bibi Kassim Khan telah pun pulang ke rahmatullah pada 14 Mei yang lalu.

Kisah hantaran perkahwinannya yang unik pernah tersiar dalam akhbar Sinar Harian pada 1 Oktober 2012.

Siapakah beliau ini sehinggakan menjadi ingatan ramai novelis tempatan. Melalui risikan PSS, beliau merupakan seorang peminat novel tegar dan sangat menyokong para penulis yang baharu atau pun yang lama.

Berikut adalah beberapa keterangan dari para novelis dan juga mereka yang mengenali beliau yang sedikit sebanyak memberi gambaran siapakah dia Bica Bie Comel (nama samaran akaun facebook) setelah pemergiannya.

Novelis Laila Kamilia bersama arwah Bie

Al Faatihah buat Nafisa Bibi @bie Saya mengambil masa yang agak lama untuk membuat posting ni kerana cuba mengesahkan berita pemergiannya. Namun panggilan telefon saya ke nombor beliau dan suami tidak berjawab lalu saya mengandaikan apa yang saya cuba nafikan adalah benar. Hari ni 14/5/15 adalah harinya yang benar, pemergian seorang pembaca novel yang sangat akrab dengan saya. Setiap kali saya ada novel baru, beliau pasti datang untuk dapatkan autograf. Aidilfitri kali ni tiada lagi kunjungannya ke rumah saya... Kali terakhir kami bersama adalah meraikan hari lahirnya pada 29/2/15 yang lalu, melangsaikan hutang menyampaikan hadiah kemenangannya dalam peraduan novel ‪#‎cintatopsecret‬ Saya ada hutang satu novel ‪#‎antologiaksi‬ yang ditunggu-tunggunya kerana dia mahu saya menulis kisah ‪#‎jade‬ Namun nampaknya impiannya tak dapat dicapai kerana sekalipun kisah ‪#‎prequelcintatopsecret‬ tu dah siap sepenuhnya, ia masih belum dapat diterbitkan. InsyaaAllah apabila terbit nanti saya akan sampaikan juga kepada keluarganya. Paling saya akan ingat kata-katanya, Makanan saya yang paling sedap adalah buku! Jika saya diberi pilihan antara makanan dan buku, tentu saya pilih buku. Saya suka masuk peraduan sebab saya sukakan hadiah buku! Tenanglah di sana, semoga kita semua mengingatinya sebagai pencinta buku Malaysia yang tiada galang-gantinya. Kita pasti merinduinya. Alfaatihah. - Laila Kamilia

Bica Bie Comel dalam kenangan Emotikon heart
Penyokong dan pembaca tegar novel tempatan. Walaupun dia berasa dirinya mempunyai banyak kekurangan ketika membuat review novel penulis kesayangannya namun kerana keikhlasan Bica Bie Comel, arwah tampil begitu sempurna
 di kalangan sahabatnya. Beliau akan sentiasa berusaha menyokong dan menjaga ikatan persahabatan sesiapa sahaja yang pernah singgah dalam diari hidupnya. Itulah yang membuat arwah begitu istimewa SENTIASA. 
Al-Fatihah buatmu, sahabatku.
Nabisa Bibi bt Kasim Khan 
29 Februari 1984 - 14 Mei 2015 - Nurhayyu Fitrah


Innalillah... semoga rohmu tenang di sana, Bie... baru tadi hati teringat kat Bie, tengah malam ni dapat berita kehilanganmu. Al-Fatihah. - Elee Mardiana


Banyaknya status yang meluahkan kesedihan akan kehilangan adik Bica Bie Comel . Pagi tadi, saya terima berita melalui telegram k Hezzy Azra, menggigil-gigil tangan saya membacanya. Cepat saja empangan air mata pecah. Barulah saya teringat, ada niat saya untuk dia tidak tertunai. Menangis lagi!
Menolak untuk percaya sehinggalah saya buka fb, rata-rata mengucapkan takziah buat keluarga arwah. Saya tutup fb sebab terlalu sebak nak baca ucapan dan melihat perkongsian gambar bersama arwah. Adalah lebih baik saya lakukan sesuatu untuk dihadiahkan buat arwah. Hadiah buat seorang sahabat yang meninggalkan kita selamanya ke negara abadi.
Ya, tiada lagi kad raya daripada arwah tahun ni. Tiada lagi like atau komen mahupun pm daripada arwah yang ramah bertanya itu ini.
Damailah engkau adik, di sisi DIA Maha Pencipta. In sha ALLAH, taman-taman syurga yang harum mewangi sedang menanti mu bersama mereka, para solehin.
Salam takziah buat suami dan seisi keluarga arwah.
*Kita juga akan menyusul. Entah bila, di mana dan bagaimana berakhirnya nyawa kita, Hanya Dia Yang Maha Tahu.
Al -fatihah. - Azilah Wahab

Beliau bukanlah seorang penulis, hanya pembaca dan peminat tegar dunia penulisan tempatan. Beliau juga adalah penguat dan pemberi semangat kepada kami (para penulis) untuk terus menghidangkan karya-karya yang terbaik.
Kehilangan beliau cukup dirasai. Sangat dirasai.
Al-Fatihah buat Kak Bica Bie Comel. Tenanglah dikau di sana dengan aman. Selamat tidur dengan nyenyak, kak.- Ayin Cartoonist


LN baru on9 buka FB terkejut mendengar perkhabaran sahabat novel K.Bica Bie Comel telah kembali ke Rahmahtullah.. Walaupn hanya perkenalan alam maya kami selalu bersembang dan join contest novel bersama2 slps ini tiada lagi review novel di page hantu novel tiada lg kad raya dari beliau yg di htr setiap tahun..Amat terasa kehilangannya.Emotikon cry Salam takziah..Moga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan dikalangan org beriman..Al-Fatihah..
 — berasa sedih. -Lagenda Novel


Bica Bie Comel bukanlah seorang penulis juga novelis, namun, rata-rata penulis dan novelis Tanah air mengenalinya. Ini kerana, beliau adalah seorang pembaca dan penyokong tegar penulis Tanah air. Pemergiannya, dirasakan kami semua.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dengan roh yang baik-baik. Amiin
Al-Fateha - AD Rahman

Novelis Ayahanda Chik bertopi bersama arwah Bie

al-fatihah...buka saja fb pagi nie...news feed AC dihujani dengan ucapan takziah buat sahabat & peminat tegar novel2 Melayu... mohon sedekahkan al fatihah buat teman yang sangat menyokong rakan2 penulis... terima kasihBica Bie Comel... moga terus aman di jannah abadi... kepada keluarga arwah...bertabahlah dengan ujian ini...kita juga akan menyusul entahkan bila... al fatihah - Ayahanda Chik

Al Fatihah buat Bica Bie Comel yg telah kembali ke Rahmahtullah.. Semoga rohnya dicucuri rahmat Dan ditempatkan dalam kalangan org yg beriman.. 
Tak dpt menahan sayu kerana dua Kali berturut2 join pbkl dpt bertemu Dan bergambar dgnnya. Arwah antara pembaca yg terawal support mia dlm bidang penulisan ini.. Kenangan bermesra Dan bergambar dgn arwah akan mia simpan sehingga mia pun kembali pada pencipta yg abadi.. Allah.. 
Al Fatihah... - Mia Kiff Azlisha

Salam Takziah buat keluarga Kak Bica Bie Comel. Al Fatihah... semoga rohnya dicucuri rahmat. Mengenali Kak Bie yang sangat supportive ke atas penulis-penulis baru sangat dihargai jasanya. Di saat semua tak memberi apa2 kata, Kak Bie memberi semangat untuk terus menulis. Masih ingat bagi hadiah review bulan januari lalu kepada Kak Bie. Terbaca Kak Bie demam, moga jasa2 baik Kak Bie dirahmati ALLAH swt. AMIN. - Muhammad Fatrim

Novelis Haiza Najwa pula telah menukar gambar profile Facebook miliknya dengan meletakkan gambar arwah Bica Bie Comel


Novel terakhir yang diulas melalui blog arwah Bica Bie Comel adalah novel bertajuk Kau Pergi Jua. Ulasan bertarikh 21 Februari 2015. Boleh ke link blog itu kliksini

Al Fatihah...
Emotikon cry-

No comments: