Pages

Thursday, 31 December 2015

SELAMAT TAHUN BARU 2016

SELAMAT TAHUN BARU 2016

PSS sedang fikir nak tulis apa sebelum matahari terbit di hari pertama 2016

Assalamualaikum kepada semua para pembaca setia blog Penulis Sana Sini (PSS). Buat para pembaca yang tidak berapa setia, mohon jadilah pembaca setia huhuhu.

Memang diakui, tahun ni agak kurang cerita dipaparkan dari blog yang super unik ini. Super unik yang macam mana? Ada pembaca yang kata blog ni sekali tengok macam blog gosip hiburan, dua kali tengok oh blog cerita dunia penulisan rupanya.

Benar sekali, diakui agak kurang cerita PSS kemaskini di blog ini. Akibat pelbagai hal-hal kehidupan yang perlu diutamakan berbanding blog (wah, macam tu sekali hahaha) Mungkin juga kelembapan ekonomi dan juga kos kehidupan yang semakin membuatkan nilai wang ditangan semakin kecil.

Ketika menulis ini pun, PSS cuba imbas kembali apa yang menarik sepanjang tahun 2015 ini tentang hal dunia penulisan. Paling tidak dapat dilupakan adalah terbitnya novel Sunan Cinta nan Sakti. Ia adalah kenangan tidak dapat dilupakan sepanjang tahun ini.

Paling mengejutkan adalah terhentinya penerbitan majalah Ujang. Ia satu berita yang sangat menggemparkan buat seluruh peminat majalah lawak nombor satu di Malaysia ini. Akhirnya ia terhenti dan melabuhkan tirai.

Akhir-akhir ini juga pelbagai genre dan judul buku diterbitkan di Malaysia. Unik dan pelbagai tidak kurang juga yang klise. Pada PSS kualiti adalah lebih utama berbanding kuantiti. Agaknya, apa novel paling lain dari yang lain dan menarik bakal muncul di tahun 2016 nanti?

PSS impikan ada novel berkisahkan tentang penyiasatan atau sesuatu yang lebih dekat dengan realiti kehidupan yang nyata.

Akhir kata andai ada tersilap dari PSS harap dimaafkan. Seandainya ada cadangan bolehlah mesej di halaman FB Penulis Sana Sini.

Sekian.

          Selamat Tahun baru 2016


Wednesday, 2 December 2015

10 TRIVIA MENGEJUTKAN SEMASA KEMUNCULAN PERTAMA KALI NOVEL SUNAN CINTA NAN SAKTI PADA 6 NOVEMBER LALU

10 TRIVIA MENGEJUTKAN SEMASA KEMUNCULAN PERTAMA KALI NOVEL SUNAN CINTA NAN SAKTI PADA 6 NOVEMBER LALU


gambar dari sumber PSS


PSS kira, ini adalah satu peristiwa jualan buku paling aneh dan fenomena sepanjang zaman di Malaysia mungkin seluruh dunia. Berikut trivia yang PSS salin semula dan menambah dan mengubah sedikit ayat dari status Facebook Puan Sri Diah.

1. Hampir 3 jam pembeli beratur menunggu buku keluar dari kilang.
2. 700 naskah tiba dan habis dalam setengah jam.
3. Menunggu satu jam untuk masuk stok baru.
4. Seorang peminat menunggu lebih dari 3 jam untuk mendapatkan tandantangan Ramlee Awang     Murshid (RAM). (Sebenarnya lebih dari seorang dan ramai termasuk PSS sendiri huhuhu)
5. Ramlee Awang Murshid menghabiskan masanya pada hari tersebut sehingga jam 10 malam dan tiba di rumahnya pada jam 12 malam.
6. RAM menandatangani lebih 1000 buku (setakat 7 November 2015 di jualan Gudang Karangkraf)
7. RAMFC mengedar 1200 stiker pengesahan sebagai pembeli terawal novel Sunan Cinta Nan Sakti dan ia habis dalam masa satu hari. Malah ada pembeli yang tidak dapat stiker eksklusif itu.
8. Ada yang menawarkan buku ini dengan tandantangan RAM dengan nilai hampir RM100 senaskah.
9. Sebanyak 8 batang pen hitam digunakan semasa hari tersebut untuk sesi tandantangan. Dan ksemua dakwat pen itu habis. Pen disumbangkan oleh RAMFC.
10. Disebabkan buku baru keluar dari kilang pada sesi petang di dalam kotak dan jumlahnya tidak banyak, ia menjadi rebutan kepada pembeli yang ramai menunggu. Berlakulah adegan tolak menolak malah ada yang terjatuh terduduk juga baju terkoyak.

stiker ekslusif di bucu atas kanan.
Tandantangan RAM yang sangat bernilai juga cop rasmi RAMFC.


Apa yang PSS ingat, selepas berjaya berebut bersesak untuk menjadi pembeli terawal Sunan Cinta Nan Sakti ni dan mahu membayarnya, kedengaran dari jauh satu pengumuman bahawa novel boleh di beli disebuah tempat khas luar dari khemah jualan gudang. Ini akibat keadaan yang tidak terkawal. Memang elok sangat pun. Kejadian sebelum itu boleh mengundang bahaya. PSS pun tak pasti kenapa novel tu dikeluarkan sikit sikit dari stor.

sambutan hari lahir Ramlee Awang Murshid pada 6 november lalu.
Tertera pada permukaan kek, sequel 8 buah novel ini.

Semua sedia maklum, dikatakan ini adalah sequel terakhir novel ini. Sequel ke lapan.














Saturday, 3 October 2015

15 SOALAN BERSAMA NOVELIS SAIDEE NOR AZAM

15 SOALAN BERSAMA NOVELIS SAIDEE NOR AZAM



Siapa yang tidak kenal dengan novelis Saidee Nor Azam, yang semakin digilai dan diminati pembaca genre thriller seram di Malaysia. Penulis kelahiran Terengganu ini gigih berkarya walaupun keadaan beliau bertongkat dan insyaAllah keadaan semakin pulih menurutnya.

Jom kita lihat jawapan kepada 15 soalan PSS kepada beliau. Saidee Nor Azam (SNA)


1.Sukan Outdoor atau Indoor?
SNA - Indoor

2.Kaca mata atau kanta lekap?

SNA - Kaca mata

3.Jika anda mutan X-Men, nak jadi yang mana?

SNA - Angel

4.Penulis idola anda?
SNA - Stephen King


5.Tempoh paling lama menyiapkan karya?

SNA - 8 Tahun

6.Penyanyi Hazama atau Hazami?

SNA - Hahaha dua-dua tak

7.Satu perkara tentang Anuar Darwisy

SNA - Sweet

8.Berapa ketinggian anda?

SNA - 177 cm

9.Novel seram paling diingati

SNA - IT Stephen King

10.Siapakah penulis novel KL DI MANA SUAMI KU

SNA - Entah (tidak tahu)

11.Tempat paling menarik di Terengganu?

SNA - Pulau Redang

12.Jika mendapat derma RM2.6 billion, terima atau tidak?

SNA - Kalau halal, terima.

13.Pemimpin Negara paling dikagumi

SNA - Tun Dr. Mahathir

14.Antara tandas dengan karaoke jamban, mana paling seram?

SNA - Tandas

15.Siapa anda jika bukan penulis?
SNA - Pelukis batik

Terkejut juga PSS apabila Saidee Nor Azam tidak tahu siapakah penulis novel KL DI MANA SUAMI KU. Jawapannya ialah Sri Diah.

Sri Diah Shaharuddin ini bukan sahaja seorang novelis prolifik malah beliau merupakan Pengurus Besar Penerbitan Grup Buku Karangkraf. Tidak mengapa. Tiada isu besar pun. hahaha




Menurutnya, novel Margasatwa 2 lebih laju jualannya berbanding Margasatwa pertama. Ini kerana Margasatwa ke 2 mengabungkan aksi dan thriller juga seram.

Dua karya beliau bakal menjengah pasaran pada tahun 2016 dan 2017.

MANUSCRIPT bergenre psycho thriller pada tahun 2016. Manakala MARINA bergenre Horror Thriller pada tahun 2017. Insya Allah.

Beliau sebelum ini menulis untuk novel Hingga Hujung Waktu dan Kala Senja Dia Datang (bergabung dengan penulis lain)

Ditanya, apa nasihat beliau kepada mereka yang ingin menulis genre thriller seram ini,

"Kun Anta. Be yourself. Jangan tiru idola terlalu sangat. Jadi diri anda. Berdiri di atas kaki sendiri. Kalau idola boleh buat, kita juga mampu buat." - Saidee Nor Azam


Thursday, 27 August 2015

FAKTOR KESELAMATAN, ACARA BUKU DAN BAZAR DITUNDA KE TARIKH LAIN

FAKTOR KESELAMATAN, ACARA BUKU DAN BAZAR DITUNDA KE TARIKH LAIN


Mengancam keselamatan serta menganggu ketenteraman awan. Itu mungkin boleh dikaitkan dengan sebuah perhimpunan yang diiklasifikasikan sebagai sebuah perhimpunan haram yang dikatakan akan berlaku pada tarikh yang sama dengan acara Buku dan Bazar (BDB).

PSS tidak mahu sentuh isu ini tapi apa yang dikesalkan acara BDB anjuran Perbadanan Kota Buku ini terpaksa ditunda ke tarikh yang lain, Satu langkah yang bijak. Ikuti petikan dari Facebook Kota Buku mengenai hal ini.

Dukacita dimaklumkan berikutan perkembangan mutakhir, kota buku telah diarahkan oleh ketua bahagian perlesenan IPD untuk membatalkan penganjuran BDB di dataran underground yang dijadualkan pada 29-30 Ogos nanti.

Kota buku faham kesukaran dan beban persiapan yang dihadapi oleh semua vendor BDB namun arahan demikian perlu kami patuhi demi keselamatan bersama.

Kota buku akan kembali menganjurkan BDB dalam bulan berikutnya dengan lebih gemilang dan berharap tuan-tuan terus mendokong bagi menjayakan episod selanjutnya.

Terima kasih dan salam hormat - Kota Buku


Friday, 7 August 2015

MAJALAH UJANG BERAKHIR PENERBITANNYA, MOY PUBLICATION TUTUP OPERASI

MAJALAH UJANG BERAKHIR PENERBITANNYA, MOY PUBLICATION TUTUP OPERASI 



Satu berita yang cukup menggemparkan buat peminat majalah ini dan juga dunia penerbitan majalah komik.

Tanggal Rabu 5 Ogos 2015, MOY PUBLICATION telah menghentikan operasinya. Secara tidak langsung tiada lagi penerbitan majalah Ujang dan Apo? di pasaran.

PSS sendiri pun sangat terkejut dan sedih dengan berita ini. Semua sedia maklum, majalah Ujang adalah majalah komik paling terkenal dan telah menambat hati jutaan rakyat Malaysia. 




Sejak mula penerbitannya pada tahun 1993, majalah ini telah menghiburkan dan meninggalkan kesan nostalgia kepada para pembacanya.

Majalah Ujang asalnya telah dicipta oleh pelukis Ibrahim Anon. Beliau telah menerbitkan sendiri majalah ini di bawah penerbitan Kharisma Publication dan nama majalah komik ini menggunakan nama penanya sendiri iaitu Ujang.


Ibrahim Anon atau Ujang





Kini, Moy Publication sudah menamatkan operasinya. Semoga semua kartunis di bawah syarikat ini tabah dan terus berusaha serta jadikan semangat pencetus asal majalah Ujang ini iaitu Ibrahim Anon untuk terus berjaya lagi.




Thursday, 6 August 2015

Saturday, 4 July 2015

VIRAL VIDEO DATIN SRI ROSMAH DIPAKAIKAN KASUT, NOVELIS SRI DIAH DEDAHKAN CERITA SEBENAR

VIRAL VIDEO DATIN SRI ROSMAH DIPAKAIKAN KASUT, NOVELIS SRI DIAH DEDAHKAN CERITA SEBENAR


Novelis Sri Diah dalam bulatan merah

Viral dan pelbagai komen negatif dilemparkan terhadap video Datin Sri Rosmah Mansor yang dilihat dipakaikan kasut oleh pembantunya.


Novelis Sri Diah yang juga merupakan Pengurus Besar Penerbitan Grup Buku Karangkraf ditugaskan mengiringi Datin Sri Rosmah Mansor pada malam kejadian ada cerita sebenar yang ingin dikongsikan buat semua.


ScreenShot youtube di atas adalah dari PSS sendiri. Ketika mengamati video itu dan melihat pada gambar yang dikongsikan di FB Novelis Sri Diah, baharulah PSS sedar ia berlokasi di Masjid Karangkraf. Dan ketika itulah PSS perasan yang wanita berbaju kuning itu adalah novelis Sri Diah.


Malam kelmarin 2 Julai 2015 bersamaan 16 Ramadan, saya telah diamanahkan oleh CEO Kumpulan Media Karangkraf Dato' Hussamudin Yaacub memegang tanggungjawab mengiringi Datin Seri (DS) Rosmah Mansur.

Tugas saya ialah dari mula beliau sampai ke meja jamuan untuk berbuka puasa - ke Masjid Karangkraf untuk solat Maghrib - sesi Tazkirah bersama Ustadh Nouman Ali - solat Isyak - solat Terawih - witir - kemudian kembali semula ke meja makan untuk moreh. Tugas saya selesai sehingga beliau naik kereta dan berlalu pulang.

Sebelum berbuka puasa beliau minta maaf kerana datang terlewat. Datuk Seri Najib sudah sampai lima belas minit, baru kereta yang membawa DS Rosmah tiba kerana mereka datang dari dua lokasi majlis yang berbeza dan berjanji bertemu di Karangkraf. Dalam dewan makan DS Rosmah duduk di meja jemaah wanita manakala DS Najiib duduk bersama kumpulan lelaki.

Semasa menjamah hidangan berbuka, kami bersembang hal puasa dan aktiviti Ramadannya. Beliau mengatakan sebelum ke Karangkraf telah terbabit sesi penyerahan sumbangan hari raya untuk pasukan keselamatan, kakinya lenguh kerana berdiri agak lama.

Sebelum meninggalkan meja makan untuk solat Maghrib saya nampak DS Rosmah menelan dua biji pil.

Dengan menaiki buggy istimewa Karangkraf, kami ke masjid untuk bersolat. Saya tetap di sisi beliau dan isteri CEO Karangkraf, Datin Jamilah Yahya.

Ketika sesi tazkirah oleh Ustadh Nouman Ali, sementara menanti solat Maghrib DS Rosmah sudah mula mengurut tapak kaki, lutut dan betisnya.

Ketika ini beliau sudah tidak larat bersila dan memohon kerusi untuk duduk daripada pembantunya.

DS Rosmah turut meminta satu lagi kerusi untuk Datin Jamilah duduk, kerana segan beliau seorang saja yang duduk di kerusi sedangkan jemaah lain duduk bersila di karpet.

Solat Isyak tanpa menggunakan kerusi, nampak jelas payahnya DS Rosmah hendak sujud dan duduk antara dua sujud.

Selepas selesai Terawih berlakulah insiden ini, iaitu ketika keluar dari Masjid Karangkraf, mata saya sendiri melihat pembantunya menghulurkan/meletakkan sandal - (bukan sepatu) ke hujung kakinya.

(Isu tolong pakaikan kasut tidak betul!)

Saya faham dalam usia 64 tahun dan bertubuh rendah gempal, beliau agak payah hendak tunduk, apalagi dengan aktiviti siang yang padat dan berdiri lama di majlis anggota keselamatan sebelah siangnya.

* Untuk pengesahan saya menanti Nightline jam 12 malam dan memang ada laporan berita hal penyerahan sumbangan untuk pasukan keselamatan itu.

Dalam rakaman video yang tersebar, hanya saya dan isteri CEO sahaja orang awam. Semua yang kelihatan adalah pegawai pengiring, pegawai Jabatan Perdana Menteri dan pengawal keselamatan.

Jemputan press (wartawan dan jurugambar) memang ramai menanti di luar Masjid Karangkraf. Saya tidak pasti siapa yang mengambil rakaman video yang tersebar.

Ketika ini buggy yang membawa DS Najib sudah lama meninggalkan perkarangan Masjid Karangkraf bersama CEO Karangkraf, Datuk Hussamuddin.

Dalam dewan makan kami sekali lagi semeja untuk moreh. Selepas moreh saya lihat DS Rosmah menelan lagi dua biji pil.

* Isunya di sini ialah niat insan menyebarkan video yang turut membabitkan kakak baju rona kuning dengan tudung kuning itu.

Apa niatnya? Penyiaran video itu dan komen-komen juga perkongsian video itu hingga mendatangkan komen negatif dan fitnah, sebenarnya semakin memenuhkan kantung pahala insan yang dituduh.

Alangkah eloknya jika beliau menulis dan mengatakan:-
Isteri PM tidak sihat kerana aktivitinya yang padat, apalagi dalam usianya 64 tahun dan bertubuh gempal. Seperti kita selalu hormatkan orang yang lebih tua daripada kita, memang wajar pembantu peribadi DS Rosmah tolong menghulurkan kasut untuk disarung oleh DS Rosmah, seperti kita selalu hulurkan kasut ke kaki emak kita.

* AlFatihah buat Allahyarham Bonda saya Hajah Halijah yang dirindui tiap ketika dan semua insan kesayangan kita yang telah pergi mendahului kita.

* Silakan share jika sudi - semoga dengan perkongsian ini kita dapat bersama-sama membantu memadamkan dosa-dosa komen negatif dan dosa fitnah yang berleluasa

Thursday, 2 July 2015

KERANA GST, EMPAT MAJALAH INI TIDAK AKAN WUJUD LAGI

KERANA GST, EMPAT MAJALAH INI TIDAK AKAN WUJUD LAGI


Begitulah penangan GST yang telah membunuh operasi empat majalah yang diterbitkan oleh Berita Publishing Sdn Bhd.

PETALING JAYA: Syarikat penerbitan terawal negara, Berita Publishing Sdn Bhd menamatkan operasi empat majalahnya selepas mencatatkan jualan merudum terutama sejak pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Menyifatkan GST sebagai pembunuh utama operasi syarikat itu, Pengarah Eksekutifnya, Juhaidi Yean Abdullah berkata, majalah tidak lagi dijual, sebaliknya ia dipulangkan peniaga dalam kuantiti besar sejak April lalu.
"Bayangkan daripada 30,000 naskhah majalah yang diterbitkan, jumlah yang dipulangkan kepada kami mencecah 28,000, ia sama sekali tidak menguntungkan.
"Tiga faktor utama yang menyebabkan syarikat terpaksa mengambil keputusan menamatkan penerbitan majalah adalah saingan yang semakin hebat termasuk pengiklanan yang merosot, kesukaran mengekalkan kakitangan dan paling membunuh adalah GST," katanya ketika dihubungi mStar Online, Rabu.
Antara syarikat penerbitan tertua negara, Berita Publishing adalah penerbit majalah popular seperti Malaysian Business, Jelita, Anjung Seri dan Madam Chair.

Tuesday, 30 June 2015

HEBOH SAMPUL DUIT RAYA ADA SIMBOL ILLUMINATI

HEBOH SAMPUL DUIT RAYA ADA SIMBOL ILLUMINATI

sampul duit raya edisi terhad dan eksklusif

Menggemparkan. Lebih panas dari isu restoran Me'nate yang tidak bersalah ekoran perselisihan faham seorang selebriti yang merupakan adik kepada Yang Amat Berhormat dengan seorang pengikut di ruangan twitternya.

Lupakan itu semua kerana ia tidak relevan langsung untuk diceritakan di blog paling meletop di Malaysia. Tidak perlu diperkenalkan lagi. Blog Penulis Sana Sini atau singkatannya PSS. Wah, bongkaknya PSS. Kau ada? hahaha bergurau sahaja.

Kelab Ramlee Awang Murshid (RAMFC) telah mengeluarkan sampul duit raya edisi eksklusif dan terhad. Sampul duit raya itu dihiasi dengan gambar kulit buku Tombiruo.

sumber www.budakpening.com


Tombiruo merupakan salah satu dari novel popular karya penulis thriller nombor satu Malaysia iaitu Ramlee Awang Murshid.

Biasalah, Apabila nampak  gambar mata satu sahaja terus berdesup di kepala ni dengan simbol mata satu atau lebih dikenali dengan All Seeing Eye. Simbol Illuminati paling dikenali diseluruh dunia.

Berikut kenyataan dari pentadbir laman RAMFC.

"Walau apa pun persepsi anda, kami ingin menegaskan sampul ini diadaptasi dari kaver Novel Tombiruo yang bakal difilemkan nanti. Rekaan tidak mengikut mana-mana perlambangan dalam ideologi barat yang cuba diserapkan dalam masyarakat hari ini. " -RAMFC


sumber google


PSS cadangkan peminat tegar Ramlee Awang Murshid wajib dapatkan sampul duit raya ini. Mana tahu, sepuluh tahun akan datang ia menjadi sangat bernilai.

Boleh dapatkannya di akaun rasmi Facebook RAMFC.

nota:macam mata hulk pun ada.

Saturday, 16 May 2015

BICA BIE COMEL DALAM INGATAN PARA NOVELIS

BICA BIE COMEL DALAM INGATAN PARA NOVELIS


Tinggal kenangan. Arwah Bica Bie Comel bersama
 hantaran perkahwinan yang unik iaitu pelbagai naskah novel

Bica Bie Comel atau nama sebenarnya Nabisa Bibi Kassim Khan telah pun pulang ke rahmatullah pada 14 Mei yang lalu.

Kisah hantaran perkahwinannya yang unik pernah tersiar dalam akhbar Sinar Harian pada 1 Oktober 2012.

Siapakah beliau ini sehinggakan menjadi ingatan ramai novelis tempatan. Melalui risikan PSS, beliau merupakan seorang peminat novel tegar dan sangat menyokong para penulis yang baharu atau pun yang lama.

Berikut adalah beberapa keterangan dari para novelis dan juga mereka yang mengenali beliau yang sedikit sebanyak memberi gambaran siapakah dia Bica Bie Comel (nama samaran akaun facebook) setelah pemergiannya.

Novelis Laila Kamilia bersama arwah Bie

Al Faatihah buat Nafisa Bibi @bie Saya mengambil masa yang agak lama untuk membuat posting ni kerana cuba mengesahkan berita pemergiannya. Namun panggilan telefon saya ke nombor beliau dan suami tidak berjawab lalu saya mengandaikan apa yang saya cuba nafikan adalah benar. Hari ni 14/5/15 adalah harinya yang benar, pemergian seorang pembaca novel yang sangat akrab dengan saya. Setiap kali saya ada novel baru, beliau pasti datang untuk dapatkan autograf. Aidilfitri kali ni tiada lagi kunjungannya ke rumah saya... Kali terakhir kami bersama adalah meraikan hari lahirnya pada 29/2/15 yang lalu, melangsaikan hutang menyampaikan hadiah kemenangannya dalam peraduan novel ‪#‎cintatopsecret‬ Saya ada hutang satu novel ‪#‎antologiaksi‬ yang ditunggu-tunggunya kerana dia mahu saya menulis kisah ‪#‎jade‬ Namun nampaknya impiannya tak dapat dicapai kerana sekalipun kisah ‪#‎prequelcintatopsecret‬ tu dah siap sepenuhnya, ia masih belum dapat diterbitkan. InsyaaAllah apabila terbit nanti saya akan sampaikan juga kepada keluarganya. Paling saya akan ingat kata-katanya, Makanan saya yang paling sedap adalah buku! Jika saya diberi pilihan antara makanan dan buku, tentu saya pilih buku. Saya suka masuk peraduan sebab saya sukakan hadiah buku! Tenanglah di sana, semoga kita semua mengingatinya sebagai pencinta buku Malaysia yang tiada galang-gantinya. Kita pasti merinduinya. Alfaatihah. - Laila Kamilia

Bica Bie Comel dalam kenangan Emotikon heart
Penyokong dan pembaca tegar novel tempatan. Walaupun dia berasa dirinya mempunyai banyak kekurangan ketika membuat review novel penulis kesayangannya namun kerana keikhlasan Bica Bie Comel, arwah tampil begitu sempurna
 di kalangan sahabatnya. Beliau akan sentiasa berusaha menyokong dan menjaga ikatan persahabatan sesiapa sahaja yang pernah singgah dalam diari hidupnya. Itulah yang membuat arwah begitu istimewa SENTIASA. 
Al-Fatihah buatmu, sahabatku.
Nabisa Bibi bt Kasim Khan 
29 Februari 1984 - 14 Mei 2015 - Nurhayyu Fitrah


Innalillah... semoga rohmu tenang di sana, Bie... baru tadi hati teringat kat Bie, tengah malam ni dapat berita kehilanganmu. Al-Fatihah. - Elee Mardiana


Banyaknya status yang meluahkan kesedihan akan kehilangan adik Bica Bie Comel . Pagi tadi, saya terima berita melalui telegram k Hezzy Azra, menggigil-gigil tangan saya membacanya. Cepat saja empangan air mata pecah. Barulah saya teringat, ada niat saya untuk dia tidak tertunai. Menangis lagi!
Menolak untuk percaya sehinggalah saya buka fb, rata-rata mengucapkan takziah buat keluarga arwah. Saya tutup fb sebab terlalu sebak nak baca ucapan dan melihat perkongsian gambar bersama arwah. Adalah lebih baik saya lakukan sesuatu untuk dihadiahkan buat arwah. Hadiah buat seorang sahabat yang meninggalkan kita selamanya ke negara abadi.
Ya, tiada lagi kad raya daripada arwah tahun ni. Tiada lagi like atau komen mahupun pm daripada arwah yang ramah bertanya itu ini.
Damailah engkau adik, di sisi DIA Maha Pencipta. In sha ALLAH, taman-taman syurga yang harum mewangi sedang menanti mu bersama mereka, para solehin.
Salam takziah buat suami dan seisi keluarga arwah.
*Kita juga akan menyusul. Entah bila, di mana dan bagaimana berakhirnya nyawa kita, Hanya Dia Yang Maha Tahu.
Al -fatihah. - Azilah Wahab

Beliau bukanlah seorang penulis, hanya pembaca dan peminat tegar dunia penulisan tempatan. Beliau juga adalah penguat dan pemberi semangat kepada kami (para penulis) untuk terus menghidangkan karya-karya yang terbaik.
Kehilangan beliau cukup dirasai. Sangat dirasai.
Al-Fatihah buat Kak Bica Bie Comel. Tenanglah dikau di sana dengan aman. Selamat tidur dengan nyenyak, kak.- Ayin Cartoonist


LN baru on9 buka FB terkejut mendengar perkhabaran sahabat novel K.Bica Bie Comel telah kembali ke Rahmahtullah.. Walaupn hanya perkenalan alam maya kami selalu bersembang dan join contest novel bersama2 slps ini tiada lagi review novel di page hantu novel tiada lg kad raya dari beliau yg di htr setiap tahun..Amat terasa kehilangannya.Emotikon cry Salam takziah..Moga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan dikalangan org beriman..Al-Fatihah..
 — berasa sedih. -Lagenda Novel


Bica Bie Comel bukanlah seorang penulis juga novelis, namun, rata-rata penulis dan novelis Tanah air mengenalinya. Ini kerana, beliau adalah seorang pembaca dan penyokong tegar penulis Tanah air. Pemergiannya, dirasakan kami semua.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dengan roh yang baik-baik. Amiin
Al-Fateha - AD Rahman

Novelis Ayahanda Chik bertopi bersama arwah Bie

al-fatihah...buka saja fb pagi nie...news feed AC dihujani dengan ucapan takziah buat sahabat & peminat tegar novel2 Melayu... mohon sedekahkan al fatihah buat teman yang sangat menyokong rakan2 penulis... terima kasihBica Bie Comel... moga terus aman di jannah abadi... kepada keluarga arwah...bertabahlah dengan ujian ini...kita juga akan menyusul entahkan bila... al fatihah - Ayahanda Chik

Al Fatihah buat Bica Bie Comel yg telah kembali ke Rahmahtullah.. Semoga rohnya dicucuri rahmat Dan ditempatkan dalam kalangan org yg beriman.. 
Tak dpt menahan sayu kerana dua Kali berturut2 join pbkl dpt bertemu Dan bergambar dgnnya. Arwah antara pembaca yg terawal support mia dlm bidang penulisan ini.. Kenangan bermesra Dan bergambar dgn arwah akan mia simpan sehingga mia pun kembali pada pencipta yg abadi.. Allah.. 
Al Fatihah... - Mia Kiff Azlisha

Salam Takziah buat keluarga Kak Bica Bie Comel. Al Fatihah... semoga rohnya dicucuri rahmat. Mengenali Kak Bie yang sangat supportive ke atas penulis-penulis baru sangat dihargai jasanya. Di saat semua tak memberi apa2 kata, Kak Bie memberi semangat untuk terus menulis. Masih ingat bagi hadiah review bulan januari lalu kepada Kak Bie. Terbaca Kak Bie demam, moga jasa2 baik Kak Bie dirahmati ALLAH swt. AMIN. - Muhammad Fatrim

Novelis Haiza Najwa pula telah menukar gambar profile Facebook miliknya dengan meletakkan gambar arwah Bica Bie Comel


Novel terakhir yang diulas melalui blog arwah Bica Bie Comel adalah novel bertajuk Kau Pergi Jua. Ulasan bertarikh 21 Februari 2015. Boleh ke link blog itu kliksini

Al Fatihah...
Emotikon cry-

Sunday, 3 May 2015

PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2015 LAIN MACAM?


PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2015 LAIN MACAM?

Lain macam mana tu? Ada-ada sahaja.

Buat pembaca blog PSS, Pesta Buku akan berakhir pada hari ini. Jangan lepaskan peluang untuk mencuba nasib untuk merebut cabutan bertuah dengan nilai wang tunai seratus ribu ringgit yang di sediakan oleh penerbitan Karangkraf.

Lain macamlah tu kan, ada cabutan bertuah dengan jumlah wang yang disediakan sangat banyak.

Novelis Norzailina Nordin. Kelihatan anaknya juga
novelis weeda Airiza dan disebelahnya berbaju biru laut  kiri sekali novelis Herna Diana
PSS ke sana dengan tidak ditemani sidekick PSS. Jadi ia menganggu sedikit perancangan PSS untuk membidik banyak gambar di PBAKL.

Bila fikir balik orang yang sama kita jumpa tapi tidak mengapalah setahun sekali jumpa. Eksklusif betul PSS. Namun pergi ke sana juga bertujuan untk bertemu dengan kenalan penulis baharu. Jadi tak adalah tak bersebab ke sana selain melihat-lihat begitu banyak novel dijual dengan diskaun yang berbaloi.

Jom lihat sedikit gambar yang PSS berjaya bidik untuk tatapan semua. Sidekick PSS tak ada sebab menjalankan kerja-kerja risikan khas. Oleh itu ini sahaja termampu untuk tatapan pembaca setia dan juga pembaca baru.

PSS rasa ingin membuka peluang kepada yang berminat untuk bersama-sama menulis di dalam blog ini. InsyaAllah...

Pertama kali PSS bertemu novelis dari Johor ini.
 Hasrudi Jawawi namanya. Tingginya beliau
Kelihatan Herna Diana sedang berbual bersama peminatnya

Hasrudi Jawawi in da house


PSS bersama salah seorang yang bertangungjawab
menguruskan kelab Ramlee Awang Murshid.
Sempoi Morok namanya. Nama pena ya
Para novelis dengan plat anygerah masing-masing
Novelis Helmi Effendy. Novel beliau sold out katanya di PBAKL.
Novel bertajuk The Lost World.


bertudung pink tiga dari kiri barisan belakang.
novelis Laila Kamilia. Perghh cun gila novelis ni!


Inilah gambar paling dicemburi oleh sesetengah pihak.
bersama penulis berjaya dan jutawan. Pergi PBAKL kalau tak jumpa
novelis Ramlee Awang Murshid ni, korang memang rugi.
kelihatan bertopi, novelis Anwar Darwisy.



Pertemuan kali pertama katanya. Dua penulis berhati mulia.
Pakai topi itu nazz shukeri
sain jangan tak sain, Novelis hebat ni





Saturday, 18 April 2015

RM100,000 : KARANGKRAF TABUR DUIT DI PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2015

RM100,000 : KARANGKRAF TABUR DUIT DI PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2015


(OMG!) Oh Mesti Gempak!. Syarikat penerbitan bumiputra paling besar dan berjaya di Malaysia iaitu Karangkraf  bermurah hati memberikan wang tunai berjumlah seratus ribu Ringgit Malaysia kepada para pembacanya yang setia.

Wah, banyaknya jumlah wang yang ditaburkan untuk pembeli yang akan hadir ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2015 nanti.

PSS lihat ini merupakan kelainan dan daya tarikan untuk PBAKL kali ini. Setiap tahun acara ini diadakan dan kali ini ia kelihatan sangat menarik perhatian sekali. Tahniah Karangkraf.

Pembaca PSS boleh lihat maklumat terperinci mengenai tawaran yang sangat lumayan ini di sini . Dalam keadaan situasi semasa negara ketika ini siapa yang tidak mahu lepaskan peluang hebat begini.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015 akan bermula pada hari Jumaat 24 April sehingga 3 Mei 2015. Lokasi di PWTC Kuala Lumpur.


Tuesday, 7 April 2015

15 SOALAN BERSAMA NOVELIS HAZIQ RIDZUAN

15 SOALAN BERSAMA NOVELIS HAZIQ RIDZUAN



Memperkenalkan Haziq Ridzuan. Beliau adalah penulis untuk syarikat penerbitan Blink Book. Jom kita baca apa jawapan Haziq untuk 15 soalan yang diajukan oleh PSS.

    1. Blue or Pink?
HR - Blue


    2. Rizalman Ibrahim atau Rizman Ruzaini
HR - Rizalman Ibrahim

    3. Novel terakhir dibaca?
HR - Duyung Diva dan Si Tanggang

   4. Pantai atau laut?
HR - Pantai

   5. Berapa buah buku dibaca sehingga sekarang
HR - Errrk... 1000 kot?

   6. Genre Seram atau Cinta?
HR - Dua-dua boleh

   7. Ain Maisarah atau Siti Nurhaliza
HR - Ini susah! Saya nak dua-dua jugak. Huhuhuhu

   8. Novelis yang diminati
HR - Ain Maisarah

   9. Filem pertama ditonton
HR - Madagascar

   10. Superhero kegemaran
HR - Spiderman

   11. Bakat terpendam anda?
HR - Memasak, Menyanyi, Menjahit, saya berbakat besar...gitu

   12. Satu perkara tentang Aman Wan
HR - HAHAHA tulah jawapannya

   13. KPOP Boys atau Band Rock
HR - KPOP Boys!

   14. Pewangi yang dimiliki sekarang?
HR - Bvlgari Aqva


   15. PSS?
HR - PSS tu apa?

Hahaha, sedih PSS bila Haziq tidak tahu PSS tu apa. Tidak mengapalah, PSS tidak berkecil hati. Selepas ini bila sebut PSS, pasti Haziq akan tahu ia adalah singkatan bagi Penulis Sana Sini.

Tahun ini beliau akan turun ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015 (PBAKL). Beliau ada buku baru untuk para peminatnya. Bertajuk Aku Mahu Jadi The Wannababes.
karya Haziq Ridzuan

Menurutnya tahun ini Blink Book ada maskot baru iaitu ROBO BLINK. Sejenis robot yang menghiburkan dan pasti menceriakan suasana booth Blink Book nanti. Juga ada segmen khas untuk peminat kpop dan perjumpaan terbesar blinkers.

Haziq baris belakang kiri sekali


Selain menulis, Haziq Ridzuan juga berbakat dalam rekaan baju.

"Sebagai seorang pereka fesyen, saya tentu sahaja bermimpi untuk mengukuhkan jenama saya dan membuka butik sendiri pada suatu hari nanti
Insya Allah jika rajin berusaha tidak mustahil satu hari nanti jenama HAZIQ RIDZUAN bukan sekadar di atas buku, tetapi dia atas baju"- Haziq Ridzuan

Wednesday, 18 March 2015

STATUS FACEBOOK JADI SEBUAH BUKU

STATUS FACEBOOK JADI SEBUAH BUKU


Mohamad Feroz Mohamad Zaini. Mungkin ramai pembaca blog PSS tidak mengenali nama insan ini. Jika disebut Abang Long. Pasti ada yang mengenalinya. Beliau bukanlah artis atau pun individu berpengaruh di Malaysia.

Namun ada catatan dari status Facebook beliau pasti mempengaruhi cara pemikiran anda berkenaan rezeki.

keratan komen pembaca


Pada penilitian PSS, Abang Long adalah seorang ikon di kalangan masyarakat. Beliau seperti kita semua berjuang mencari rezeki yang halal dan untuk beliau sendiri pelbagai halangan dan dugaan terpaksa ditempuhi dan dirempuhi.

Bertuahnya beliau kerana status Facebook mengenai pengalamannya yang berhadapan dengan situasi rezeki yang dibalas dengan tidak disangka-sangka, dikumpulkan untuk menjadi sebuah buku. Ini juga adalah rezeki untuk beliau juga apabila bergaul dengan insan-insan hebat dalam industri penerbitan. 

PSS cadangkan anda membeli buku ini sebagai tambahan koleksi bahan bacaan anda. 

PSS mula kenal beliau dari blog sekitar tahun 2006. Orangnya memang penyabar dan bersederhana. Ketika itu PSS sudah ada sebuah blog juga. Pernah bertemu di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. 

Tahniah Abang Long




Wednesday, 11 March 2015

15 SOALAN BERSAMA NOVELIS RILEY FIZAN

15 SOALAN BERSAMA NOVELIS RILEY FIZAN



Sebulan lebih berehat. PSS cuba-cuba mencuri waktu untuk kemaskini blog ini. Disebabkan kekangan waktu dan halangan terbaru yang tidak dapat diceritakan. Halangan berbentuk perisian pengintip ya. Jadi, PSS agak sukar untuk menjenguk blog ini.

Lupakan masalah itu, jom kita lihat jawapan penulis novel Bintang Hati Saya. Beliau Riley Fizan berasal dari Tawau Sabah.


1.Haiwan paling menggelikan?
RF - Semua jenis ular

2. Jika anda seorang menteri, ingin jadi menteri apa?
RF - Menteri Pendidikan

3. Kopi atau Milo?
RF - Semestinya milo

4. Waktu paling disukai menulis karya?
RF - Ketika semua orang sudah tidur

5. Ramlee Awang Murshid atau J.K Rowling?
RF - Alamak...saya suka kedua2nya...tapi jika mesti memilih...j.k rowling

6. Menulis duduk atau baring?
RF - Duduk bersila

7. Novel terakhir yang dibaca?
RF - Harry Potter and The Order of The Phoenix

8. Ayat atau perkataan yang sering diungkapkan?
RF - Okie dokie

9. Kenangan paling manis dalan hidup?
RF - Apabila editor maklum balas email sinopsis saya dan minta siapkan manuskrip penuh

10. Panggilan telefon atau whatsapp?
RF - Whatsapp.

11. Novel paling diminati?
RF - Bagaikan Puteri - Ramlee Awang Murshid

12. Penanda buku atau lipat hujung muka surat?
RF - Penanda buku

13. Filem terakhir ditonton?
RF - Gantz 1 & 2 - movie dari jepun


14. Warna paling tidak disukai?
RF - Ungu. Gloomy kalau ungu

15. Big Apple atau kuih keria?
RF - Tradisional food win hehe kuih keria. Tapi pling suka karipap



Ditanya mengenai novel terbaru selepas Bintang Hati Saya, Riley Fizan menyatakan beliau bercadang hendak menulis sequel novel ini dan ingin mencuba genre aksi pengembaraan.

Adakah Riley Fizan akan hadir ke acara perbukuan paling gah di Malaysia iaitu Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL2015) nanti?

"Insya Allah jika tiada halangan"-Riley Fizan