Pages

Tuesday, 30 December 2014

SELAMAT TAHUN BARU 2015

SELAMAT TAHUN BARU 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Penulis Sana Sini. Alhamdulillah blog ini dapat bertahan sepanjang tahun yang mencabar ini.

Semua sedia maklum, sepanjang tahun 2014 merupakan satu tahun yang menguji fizikal dan mental seluruh rakyat Malaysia.

Pelbagai musibah besar melanda negara kita. Misteri kehilangan pesawat MAS MH370 yang masih belum terungkai lagi sehingga hari ini. Belum pun misteri kehilangan pesawat yang mendapat liputan seluruh dunia itu selesai, muncul pula satu insiden pesawat MAS MH017 ditembak jatuh sebelum sampai ke destinasi yang sepatutnya.

Insiden ini masih lagi dalam siasatan. Pihak yang bertangungjawab menembak jatuh pesawat itu masih dicari dalangnya. Terbaru pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 telah terputus hubungan dengan menara kawalan. AirAsia Berhad merupakan penerbangan tambang murah Malaysia yang dicetuskan ideanya oleh Tan Sri Dr. Tony Fernandes.

Ujian tidak terhenti di situ. Satu lagi ujian yang menguji keimanan dan emosi seluruh rakyat Malaysia apabila Pantai Timur kini dilanda banjir teruk. Malah hampir semua negeri dilanda bencana ini.

PSS


Tahun 2014 juga merupakan ujian besar buat PSS. Pemergian ayahanda tersayang pada jumaat 31 Oktober lalu masih meninggalkan kesan emosi. Ibu dan ayah tiada galang gantinya.

Musibah dan ujian ini adalah tanda kasih dan peringatan Allah swt kepada hambaNya. Alhamdulillah. Dunia ini pun bukan tempat untuk bersenang-lenang melainkan tempat untuk kita sebagai hambaNya yang lemah diuji keimanan. Alhamdulillah.

Tahniah PSS ucapkan kepada para penulis yang berjaya mengecapi kecemerlangan sepanjang tahun 2014 ini. Tingkatkan produktiviti anda hasilkan karya bermutu tinggi dan terbaik. Pelbagaikan lagi jalan cerita.

Tahniah juga kepada novelis Liyana Zahim kerana tajuk novel beliau Rindu Awak 200% paling dicari dalam enjin carian Google sepanjang tahun 2014 ini. Juga novel Bukan Isteri Simpanan karya Mia Kiff. Ia kekal ditangga nombor satu sepanjang tahun dalam Carta Top 10 Cerita Panas PSS. Tidak dapat dibayangkan andai novel ini diadaptasi menjadi drama kerana boleh tahan juga isu panas yang dibangkitkan oleh penulisnya. Jarang jumpa jalan cerita seperti ini.

Carta Top 10 Cerita Panas adalah bergantung kepada jumlah rating pembaca. Ia bukanlah carta sesuka hati PSS. Tiba-tibakan mengeluarkan kenyataan. Tiada isu pun sebenarnya namun itulah kebenaran Carta Top 10 PSS.

Dikesempatan ini, PSS ingin memohon ampun dan maaf andai sepanjang perkenalan kita di alam maya atau alam nyata ada yang terasa hati dan sebagainya. PSS juga ingin memaafkan sesiapa pun yang membuat salah dan silap pada PSS sama ada secara sedar atau tidak sedar.

Terima kasih kepada semua yang memberikan kerjasama dalam sesi pencarian maklumat untuk kandungan blog PSS.

Akhir kata, teruskan bersama PSS.


No comments: