Pages

Tuesday, 16 December 2014

NOVEL TOMBIRUO BAKAL KE LAYAR PERAK

NOVEL TOMBIRUO BAKAL KE LAYAR PERAK



Sinopsis:

KETERAMPILAN dan imej baru Ejim menggugah hati Wan Suraya, sekali gus mencetus rasa cemburu Dr. Haslia. Ejim yang kini dikenali sebagai Amaruddin, saling tidak tumpah menyerupai kembarnya Amiruddin yang telah meninggal dunia. Munculnya Ejim di Kuala Lumpur menyebabkan Wan Suraya melihat 'Amiruddin' dalam diri lelaki Tombiruo itu.

Wan Suraya yang telah bertunang dengan Tan Sri Nasir tiba-tiba menunda tarikh perkahwinan mereka. Apabila perkara sebenar terbongkar, Tan Sri Nasir yang merupakan penaja utama pembedahan wajah Ejim mula memusuhi lelaki Tombiruo itu. Dia tidak mahu kehadiran Ejim mengganggu gugat cinta sucinya terhadap Wan Suraya.

Kehidupan di Kuala Lumpur rupa-rupanya tidak menjanjikan kebahagiaan. Ejim hidup dengan penghinaan, dugaan dan cabaran. Hasrat hatinya ingin kembali ke Hutan Keningau ditentang Dr. Haslia. Bagaimanapun, hasrat hatinya itu terlaksana jua setelah 10 tahun berlalu. Selama tempoh itu, Ejim telah pun berkahwin dan dianugerahkan seorang anak perempuan. Sekembalinya ke Hutan Keningau, dia mendapati Hutan Keningau bergolak lagi dengan kemunculan 'Seorang Tombiruo'.

Novel penulis thriller Ramlee Awang Murshid bakal ke layar perak. Itu yang PSS lihat hari ini di ruangan status Facebook. Ramai peminatnya memperkatakan akan hal ini selepas didedahkan secara rasmi oleh Kelab Peminat Ramlee Awang Murshid (RAMFC)

Sebenarnya cerita ini telah diperkatakan beberapa tahun lalu cuma tidak diketahui kepastiannya. Namun hari ini segalanya terjawab.

Sedikit fakta tentang filem ini.

Tajuk filem : Tombiruo : Penunggu Rimba
Genra : aksi thriller
Durasi : 100 minit
Bajet : RM 3 Juta
Pengarah : Nasir Jani

PSS lihat ramai yang gembira dengan berita ini. Novel ini keseluruhannya mendapat lima bintang dilaman Goodreads. Di situ juga ramai pembaca novel ini memberikan komen positif dan berasa puas dengan naskah ini.

keratan yang dikongsikan peminatnya



Berduyunlah komen dari para peminatnya mengharapkan yang terbaik dari pengarah ini. Bukan kerja mudah. Ia satu tangungjawab yang besar yang dipikul oleh Nasir Jani dan seluruh warga kerja untuk projek filem adaptasi ini. 

Sesuailah dengan bajet yang diperuntukkan. Selebihnya kebijaksanaan pengarah itu sendiri untuk mengolahnya. Pastinya Nasir Jani tidak akan membiarkan filem arahannya kosong tanpa mesej yang baik untuk masyarakat.

Paling murah dan mudah ialah dengan menggunakan imaginasi sendiri ketika membaca novel ini.











No comments: