Pages

Tuesday, 30 December 2014

SELAMAT TAHUN BARU 2015

SELAMAT TAHUN BARU 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Penulis Sana Sini. Alhamdulillah blog ini dapat bertahan sepanjang tahun yang mencabar ini.

Semua sedia maklum, sepanjang tahun 2014 merupakan satu tahun yang menguji fizikal dan mental seluruh rakyat Malaysia.

Pelbagai musibah besar melanda negara kita. Misteri kehilangan pesawat MAS MH370 yang masih belum terungkai lagi sehingga hari ini. Belum pun misteri kehilangan pesawat yang mendapat liputan seluruh dunia itu selesai, muncul pula satu insiden pesawat MAS MH017 ditembak jatuh sebelum sampai ke destinasi yang sepatutnya.

Insiden ini masih lagi dalam siasatan. Pihak yang bertangungjawab menembak jatuh pesawat itu masih dicari dalangnya. Terbaru pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 telah terputus hubungan dengan menara kawalan. AirAsia Berhad merupakan penerbangan tambang murah Malaysia yang dicetuskan ideanya oleh Tan Sri Dr. Tony Fernandes.

Ujian tidak terhenti di situ. Satu lagi ujian yang menguji keimanan dan emosi seluruh rakyat Malaysia apabila Pantai Timur kini dilanda banjir teruk. Malah hampir semua negeri dilanda bencana ini.

PSS


Tahun 2014 juga merupakan ujian besar buat PSS. Pemergian ayahanda tersayang pada jumaat 31 Oktober lalu masih meninggalkan kesan emosi. Ibu dan ayah tiada galang gantinya.

Musibah dan ujian ini adalah tanda kasih dan peringatan Allah swt kepada hambaNya. Alhamdulillah. Dunia ini pun bukan tempat untuk bersenang-lenang melainkan tempat untuk kita sebagai hambaNya yang lemah diuji keimanan. Alhamdulillah.

Tahniah PSS ucapkan kepada para penulis yang berjaya mengecapi kecemerlangan sepanjang tahun 2014 ini. Tingkatkan produktiviti anda hasilkan karya bermutu tinggi dan terbaik. Pelbagaikan lagi jalan cerita.

Tahniah juga kepada novelis Liyana Zahim kerana tajuk novel beliau Rindu Awak 200% paling dicari dalam enjin carian Google sepanjang tahun 2014 ini. Juga novel Bukan Isteri Simpanan karya Mia Kiff. Ia kekal ditangga nombor satu sepanjang tahun dalam Carta Top 10 Cerita Panas PSS. Tidak dapat dibayangkan andai novel ini diadaptasi menjadi drama kerana boleh tahan juga isu panas yang dibangkitkan oleh penulisnya. Jarang jumpa jalan cerita seperti ini.

Carta Top 10 Cerita Panas adalah bergantung kepada jumlah rating pembaca. Ia bukanlah carta sesuka hati PSS. Tiba-tibakan mengeluarkan kenyataan. Tiada isu pun sebenarnya namun itulah kebenaran Carta Top 10 PSS.

Dikesempatan ini, PSS ingin memohon ampun dan maaf andai sepanjang perkenalan kita di alam maya atau alam nyata ada yang terasa hati dan sebagainya. PSS juga ingin memaafkan sesiapa pun yang membuat salah dan silap pada PSS sama ada secara sedar atau tidak sedar.

Terima kasih kepada semua yang memberikan kerjasama dalam sesi pencarian maklumat untuk kandungan blog PSS.

Akhir kata, teruskan bersama PSS.


Friday, 26 December 2014

BENCANA BANJIR : NOVELIS HASRUDI JAWAWI ISYTIHAR CUTI BERKARYA

BENCANA BANJIR : NOVELIS HASRUDI JAWAWI ISYTIHAR CUTI BERKARYA


Banjir yang semakin teruk yang melanda bahagian Pantai Timur Malaysia semakin membimbangkan. Kelantan negeri paling kritikal dalam bencana ini.

Ketika artikel ini ditulis, keadaan banjir menular di Perak, Pahang, Kedah Terengganu, Kuala Lumpur dan  Johor.

sumber dari Astro Awani

Novelis Hasrudi Jawawi menerusi akaun Facebook beliau, telah mengisytiharkan cuti berkarya buat sementara waktu. Ini kerana tempat kediamannya yang terletak di Parit Sulung, Johor mula dinaiki air sebentar tadi.


"Hal yang melibatkan bencana alam ini bukan kehendak kita. Lagipun hampir setiap hujung tahun akan berlakunya musim tengkujuh. Cuma tahun ini kesannya agak serius sampai ada negeri yang lumpuh sepenuhnya akibat ditenggelami air,"-Hasrudi Jawawi


Tuesday, 16 December 2014

NOVEL TOMBIRUO BAKAL KE LAYAR PERAK

NOVEL TOMBIRUO BAKAL KE LAYAR PERAK



Sinopsis:

KETERAMPILAN dan imej baru Ejim menggugah hati Wan Suraya, sekali gus mencetus rasa cemburu Dr. Haslia. Ejim yang kini dikenali sebagai Amaruddin, saling tidak tumpah menyerupai kembarnya Amiruddin yang telah meninggal dunia. Munculnya Ejim di Kuala Lumpur menyebabkan Wan Suraya melihat 'Amiruddin' dalam diri lelaki Tombiruo itu.

Wan Suraya yang telah bertunang dengan Tan Sri Nasir tiba-tiba menunda tarikh perkahwinan mereka. Apabila perkara sebenar terbongkar, Tan Sri Nasir yang merupakan penaja utama pembedahan wajah Ejim mula memusuhi lelaki Tombiruo itu. Dia tidak mahu kehadiran Ejim mengganggu gugat cinta sucinya terhadap Wan Suraya.

Kehidupan di Kuala Lumpur rupa-rupanya tidak menjanjikan kebahagiaan. Ejim hidup dengan penghinaan, dugaan dan cabaran. Hasrat hatinya ingin kembali ke Hutan Keningau ditentang Dr. Haslia. Bagaimanapun, hasrat hatinya itu terlaksana jua setelah 10 tahun berlalu. Selama tempoh itu, Ejim telah pun berkahwin dan dianugerahkan seorang anak perempuan. Sekembalinya ke Hutan Keningau, dia mendapati Hutan Keningau bergolak lagi dengan kemunculan 'Seorang Tombiruo'.

Novel penulis thriller Ramlee Awang Murshid bakal ke layar perak. Itu yang PSS lihat hari ini di ruangan status Facebook. Ramai peminatnya memperkatakan akan hal ini selepas didedahkan secara rasmi oleh Kelab Peminat Ramlee Awang Murshid (RAMFC)

Sebenarnya cerita ini telah diperkatakan beberapa tahun lalu cuma tidak diketahui kepastiannya. Namun hari ini segalanya terjawab.

Sedikit fakta tentang filem ini.

Tajuk filem : Tombiruo : Penunggu Rimba
Genra : aksi thriller
Durasi : 100 minit
Bajet : RM 3 Juta
Pengarah : Nasir Jani

PSS lihat ramai yang gembira dengan berita ini. Novel ini keseluruhannya mendapat lima bintang dilaman Goodreads. Di situ juga ramai pembaca novel ini memberikan komen positif dan berasa puas dengan naskah ini.

keratan yang dikongsikan peminatnya



Berduyunlah komen dari para peminatnya mengharapkan yang terbaik dari pengarah ini. Bukan kerja mudah. Ia satu tangungjawab yang besar yang dipikul oleh Nasir Jani dan seluruh warga kerja untuk projek filem adaptasi ini. 

Sesuailah dengan bajet yang diperuntukkan. Selebihnya kebijaksanaan pengarah itu sendiri untuk mengolahnya. Pastinya Nasir Jani tidak akan membiarkan filem arahannya kosong tanpa mesej yang baik untuk masyarakat.

Paling murah dan mudah ialah dengan menggunakan imaginasi sendiri ketika membaca novel ini.











Saturday, 13 December 2014

PSS BUZZZ!: DUO COMIC ARTIST AFIQ DAN NAZRY BERALIH ARAH?

PSS BUZZZ!: DUO COMIC ARTIST AFIQ DAN NAZRY BERALIH ARAH?


Afiq + Nazry = Feeqry

Pelukis komik berpasangan (Duo Comic artist) iaitu Afiq dan Nazry dikatakan sudah beralih arah? Merajuk?

Apa cerita ni?


Nazry adalah penulis cerita novel grafik dan adiknya Afiq bertindak sebagai pelukis komik. Gabungan mantap yang jarang dilihat dalam industri Komik Malaysia.

Mereka berdua dikatakan sudah beralih arah ke penerbit lain bagi menerbitkan sebuah naskah yang bakal muncul pada tahun 2015 nanti.

Selama ini kesetiaan mereka terhadap penerbit PTS Publication tidak berbelah bahagi langsung.









Betulkah Nazry?

"Kami terbitkan karya dengan Galeri Ilmu sebenarnya untuk mencuba pengalaman baru, juga meluaskan bumbung tempat berteduh."- Nazry Salam

Benarkah dakwaan tidak gembira lagi bersama PTS?

"Setakat ini kami gembira berkarya dengan PTS. Insya-Allah siri komik Misi akan diteruskan bersama PTS."- Nazry Salam


karya mereka bersama PTS
Menurut Nazry, dia dan adiknya bakal muncul dengan sebuah novel teka-teki berilustrasi bertajuk 'Misi Detektif Fateh'.

Ia akan diterbitkan oleh penerbitan Galeri Ilmu.

Friday, 5 December 2014

JUALAN 3.5 JUTA BUKU SELAMA 278 JAM TANPA HENTI DENGAN DISKAUN 75% - 95% BERMULA HARI INI.

JUALAN 3.5 JUTA BUKU SELAMA 278 JAM TANPA HENTI DENGAN DISKAUN 75% - 95% BERMULA HARI INI.


Mengkagumkan bukan? Bermula di hari Jumaat yang mulia ini. Jom semua peminat, penggila dan pentaksub buku kita rempuh jualan buku ini.

PSS suka konsep The Big Bad Wolf Book Sale ini. Maklumat lanjut sila ke sini