Pages

Saturday, 25 October 2014

PSS EKSKLUSIF:ARYAN SHAH PELENGKAP HIDUP NOVELIS AIN MAISARAH DAN SUAMI

PSS EKSKLUSIF:ARYAN SHAH PELENGKAP HIDUP NOVELIS AIN MAISARAH DAN SUAMI


Ain Maisarah dan suaminya Syaizul Amal
Alhamdulillah syukur ke hadaratNya dipanjangkan umur bagi memperbaiki segala amal. Awal Muharram 1436H hari ini. Tahun baru dalam kalendar Islam.

Tahniah PSS ucapkan kepada novelis paling berdaya maju dalam menyusun strategi memperluaskan kuasa dan empayar bisnes penerbitan novelnya. Novelis yang kini mempunyai setengah juta LIKE di laman rasmi Facebook. Nilai jualan novel mencecah angka juta ringgit. Puluhan tajuk dan bersama pasukannya telah menjelajah ratusan sekolah di Malaysia. Menjadi bualan hangat peminat novel remaja. PSS boleh gelarkan Ain Maisarah seperti Siti Nurhaliza dalam industri buku negara. Peminat Siti jangan marah ya.

Berita kelahiran anak sulung pasangan popular dunia penerbitan ini telah didedahkan sendiri oleh pengurus Ain Maisarah iaitu suaminya Syaizul Amal.


dari Facebook Syaizul Amal


Seluruh ruang bangunan PSS yang berpusat di lokasi rahsia ini bergegar dengan kehadiran berita ini. Berita baik yang mengejutkan buat seluruh peminat beliau dan para perisik PSS. Ramai sebenarnya tidak tahu Ain Maisarah mengandung. Berita kelahiran Aryan Shah mula tersebar setelah satu gambar telah dikongsikan oleh anak buah beliau sendiri.

gambar yang sangat eksklusif pemberian (identiti dirahsiakan)

PSS sendiri terkejut mendengar cerita Ain Maisarah mengandung pada awal September lalu. Sebenarnya perasan juga dengan fizikal beliau yang berisi sedangkan sebelum itu beliau sibuk dengan program diet. PSS jadi keliru. Adakah program diet beliau sekadar melepaskan batok di tangga?

Ain Maisarah pasti tidak sabar merampingkan badan semula

Aryan Shah bin Syaizul Amal selamat dilahirkan pada hari Selasa 21 Oktober 2014. Pada pukul 9.49 pagi dengan berat 3.8kg.

Amboi nama macam hero Bollywood.

Didoakan Aryan Shah menjadi anak yang baik dan bermanfaat seperti ibu-bapanya yang disenangi ramai pihak.

Bolehlah Aryan Shah berkawan-kawan dengan anak penulis novel Margasatwa iaitu Saidee Nor Azam. Anak beliau telah lahir pada September lalu dan diberikan nama Saif Danish Rafael. 





1 comment:

SyaizulAmal said...

Saya baru terbaca post ini, terima kasih PSS kerana meraikan kehadiran Aryan. Kini Aryan sudah 2 tahun 7 bulan dan AinMaisarah sedang mengandungkan adik Aryan. Insha-Allah jangkaan lahir pada tarikh yang lebih kurang sama dengan Aryan iaitu dalam bulan Oktober. Kali ini kami tidak rahsiakan, mohon doa rakan-rakan industri.