Pages

Wednesday, 29 October 2014

NOVEL ASRAMA TERBITAN FIXI LAKU KERAS

NOVEL ASRAMA TERBITAN FIXI LAKU KERAS


Tahniah diucapkan kepada novelis yang berasal dari Sabah iaitu Muhammad Fatrim kerana karyanya bertajuk ASRAMA dicetak buat kali ke 10.


Mula dicetak pada April 2013. Dalam tempoh tahun itu ia dicetak kali ke empat. Tahun 2014 pula ASRAMA dicetak enam kali dan pada bulan April tahun itu juga ia dicetak dua kali. Laku keras sungguh novel Muhammad Fatrim ini.

PSS tidak berapa pasti berapa ribu naskah dikeluarkan oleh penerbit FIXI setiap kali mengulangi proses mencetak stok yang telah habis di pasaran.
Muhammad Fatrim

Tinjauan PSS di laman maya, mendapati ramai memberikan ulasan positif dan pembaca benar-benar merasai elemen seram yang dinukilkan oleh penulis ini. Ada satu ulasan menyatakan penamat cerita novel ini sangat diluar jangkaan.

ASRAMA adalah satu tajuk yang PSS yakin sangat dekat dengan kisah-kisah seram yang pernah dilalui oleh para penghuninya. Ia satu adunan yang mantap dan diminati ramai.

Sebelum ini Muhammad Fatrim ada menulis novel bertajuk Teman Roh.




No comments: