Pages

Monday, 8 September 2014

NOVELIS SAIDEE NOR AZAM KINI BERGELAR AYAH

NOVELIS SAIDEE NOR AZAM KINI BERGELAR AYAH

Saidee Nor Azam
Alhamdulillah dan syukur kepada Allah swt. Tahniah PSS ucapkan kepada novelis seram Saidee Nor Azam. Beliau kini sudah bergelar seorang ayah.

Berita gembira itu dikongsikan pada ruangan akaun Facebook miliknya.


Saif Danish Rafael nama yang diberikan kepada anak sulungnya itu. Membawa maksud Pedang Bijaksana Kebahagiaan.

Novelis yang memiliki tiga buah novel ini iaitu Hingga Hujung Waktu, Kala Senja Dia Datang dan Margasatwa ini turut berkongsi gambar bayi sulungnya. Namun hanya gambar tangan sahaja buat masa ini. Ini lagi hebat daripada pasangan selebriti Scha dan Awal.


Semoga kehadiran Saif Danish Rafael ini dapat menaikkan lagi semangat beliau untuk terus berkarya di masa akan datang. Berita baik kepada pembaca Margasatwa, Saidee Nor Azam sedang membikin Margasatwa 2.

No comments: