Pages

Friday, 25 July 2014

KAD UCAPAN RAYA PENULIS

KAD UCAPAN RAYA PENULIS

kad raya edisi khas daripada PSS

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog PSS. Diharap semuanya sihat dan terus istiqamah dalam beribadah di bulan ramadan yang masih berbaki lagi ini.

PSS ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua pembaca blog Penulis Sana Sini. Berpada-padalah ketika berbelanja untuk persediaan menyambut syawal yang bakal menjelang tiba. Berhati-hatilah ketika memandu untuk pulang ke kampung halaman bagi menyambut raya nanti. Teruskan bersama PSS.

PSS lihat ramai juga para penulis membuat kad ucapan raya untuk peminat mereka. Jom kita lihat beberapa kad raya yang pelbagai warna yang telah PSS jumpa di laman maya.









Thursday, 10 July 2014

10 JULAI : PENULIS SRI DIAH BERKONGSI TARIKH LAHIR BERSAMA TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD

10 JULAI : PENULIS SRI DIAH BERKONGSI TARIKH LAHIR BERSAMA TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD



10 Julai 2014. Hari ini merupakan hari ulang tahun kelahiran seorang negarawan ulung. Beliau yang dimaksudkan ialah Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Beliau kini berusia 89 tahun. Alhamdulillah dan syukur ke hadrat illahi atas kurniaNya yang memanjangkan umur serta kesihatan yang baik buat Tun.

10 Julai 2014 juga merupakan ulang tahun kelahiran Puan Sri Diah Shaharuddin. Seorang penulis prolifik yang disegani ramai. Beliau kini menyandang jawatan sebagai Pengurus Besar Penerbitan Grup Buku Karangkraf.

Puan Sri Diah. Photo: Jasmi Baba

Jelita sungguh beliau. Adakah tudung yang digayakannya itu jenama Fareeda? Fareeda nyata jelita. Tiba-tiba dilantik menjadi duta tudung Fareeda lepas ni. Gurau-gurau sahaja.

PSS pernah berjumpa dengan Puan Sri Diah di pesta buku beberapa bulan yang lalu. Beliau sangat bersahaja dan merendah diri. PSS pernah cuba menangkap gambar beliau sedang makan dadih secara kandid, namun beliau perasan.

Tanpa berlengah beliau datang menghampiri PSS. Kemudian PSS dan beliau merakamkan gambar bersama-sama.

Apabila PSS melihat Puan Sri Diah, terus teringatkan novel KL DI MANA SUAMIKU. Tapi PSS tidak pernah pun membaca novel itu cuma pegang sahaja. Mungkin tajuknya yang lain dari yang lain itu menarik perhatian. Agaknya inilah merupakan novel yang terawal guna tajuk ada perkataan SUAMI.

Ialah sejak akhir-akhir ini banyak novel guna perkataan suami atau isteri pada tajuk novel mereka. KL DI MANA SUAMIKU diterbitkan pada tahun 2003.


Selamat ulang tahun kelahiran buat Puan Sri Diah. Semoga dipanjangkan umur, murah rezeki dan berjaya dunia akhirat. Amin. Juga semoga terus memacu kecemerlangan dalam dunia penerbitan yang semakin berubah citarasa dan bentuk.

Sebagaimana Tun Mahathir mampu mengubah Malaysia menjadi negara islam moden dan maju, begitu juga Puan Sri Diah bersama Grup Buku Karangkraf dapat mentransformasikan industri penerbitan di Malaysia.

Boleh ke blog beliau sila klik sini


Friday, 4 July 2014

RINDU AWAK 200% LIYANA ZAHIM SAH 15 JULAI 2014

RINDU AWAK 200% LIYANA ZAHIM SAH 15 JULAI 2014


Pengumuman buat semua pembaca blog PSS. Di sini ada pengumuman penting. Drama adaptasi daripada karya novelis Liyana Zahim, Rindu Awak 200 % akan ditayangkan pada 15 Julai ini.

Begitulah tarikh yang telah dikongsikan olehnya di akaun FB.

Ketika ini sedang rancak di slot akasia drama adaptasi juga bertajuk Kerana Terpaksa Aku Relakan. Disebab PSS ada menulis artikel mengenai drama Rindu Awak 200% sebelum ini, maka PSS rasa bertangungjawab untuk memberitahu tarikh baru drama ini yang akan disiarkan kelak.

Sekian.