Pages

Friday, 20 June 2014

RINDU AWAK 200% - KARYA PENULIS LIYANA ZAHIM BAKAL MENEMUI PEMINAT SEPANJANG RAMADAN DI TV3

RINDU AWAK 200% - KARYA PENULIS LIYANA ZAHIM BAKAL MENEMUI PEMINAT SEPANJANG RAMADAN DI TV3



Novel tulisan penulis Liyana Zahim bakal menemui peminat di slot Akasia TV3. Drama Rindu Awak 200 % ini akan bersiaran sebanyak 28 episod sepanjang ramadan nanti.

Teraju utama bagi drama adaptasi dari novel terbitan Alaf 21 ini ialah Zul Ariffin dan Ayda Jebat. PSS hanya kenal Zul Ariffin sahaja. Pembaca PSS semua mesti kenalkan. Beliau adalah bekas kekasih pelakon Abby Abadi.

PSS pernah tulis cerita mengenai penulis Liyana Zahim ni. Muka dia ada iras iras macam pelakon Wawa Zainal. Boleh lihat artikel terdahulu klik sini

Sinopsis novel Rindu Awak 200%

Zill Faezrul Iqbal - Jiwa Armel Aisya jadi nanar apabila teringat nama ini. Bersifat tenang tapi bermulut celopar sungguh menjengkelkan hati Armel Aisya. Tapi, dia tak boleh banyak bunyi. Dia sendiri yang memilih lelaki itu untuk menjadi suaminya.

Ibarat minyak dengan air, mereka tak boleh bersatu. Akibatnya rumah tangga mereka tidak pernah aman! Penyudahnya Armel ke utara, Faezrul ke selatan. Namun, semakin Faezrul tidak peduli, semakin sakit hati Armel.

Misteri Faezrul yang kejap hilang kejap ada di rumah, menimbulkan tanda tanya di kepala Armel. Mustahil seorang lelaki kampung yang bekerja sebagai juruteknik mampu memiliki kereta Range Rover Evoque!

Siapa lelaki ini? Mungkinkah dia suku sakat Jula Juli Bintang Tujuh?




PSS yakin ia akan menjadi drama paling trending di twitter, facebook dan segala laman sosial pasti membicarakan tentang drama Rindu Awak 200% ini. Betulkah? pandai-pandai sahaja PSS membuat andaian.


Amboi bukan main mesra lagi Liyana Zahim dengan Wak Doyok itu. Ada apa-apakah ini? Tidak baik ya menfitnah. Liyana Zahim sudah pun bertunang dengan jejaka pilihan hatinya ya. Dia juga ada seorang adik perempuan yang masih bersekolah. Ada peluanglah lagi ya? gurau-gurau sahaja.

Lagu tema untuk drama Rindu Awak 200 %  pula ialah sebuah lagu baru. Lagu yang didendangkan oleh penyanyi nombor satu Malaysia. Tidak perlu berteka-teki lagi, penyanyi dimaksudkan ialah Dato Siti Nurhaliza.

Lagu berjudul 'Jaga dia untuk ku' merupakan sebuah lagu ciptaan kakak iparnya iaitu Rozi. Setahu PSS, lagu ini khas buat suaminya Datuk K yang sedang sakit ketika itu akibat ditimpa kemalangan.

Jadi, sama-samalah kita menantikan drama di slot Akasia ini. Hanya di TV3.



No comments: