Pages

Monday, 16 June 2014

PSS ZASSS!: PEMENANG ANUGERAH GRUP BUKU KARANGKRAF SUDAH TERJAWAB

PSS ZASSS!: PEMENANG ANUGERAH GRUP BUKU KARANGKRAF SUDAH TERJAWAB


Sabtu lalu menyaksikan satu lagi sejarah telah terlakar dalam industri penerbitan negara. Majlis gilang gemilang, Anugerah Grup Buku Karangkraf 2013 (AGBK2013) telah pun berlangsung. Majlis yang mempertandingkan semua para karyawan dibawah syarikat penerbitan terulung negara itu telah pun diadakan di hotel Vivatel.

Seperti yang dilaporkan oleh akhbar Sinar Harian, kemuncak kepada keputusan bagi Anugerah Grup Buku Karangkraf semalam PENUH KEJUTAN!

Penulis Iris Ixora telah dinobatkan sebagai penulis yang layak merangkul Anugerah Khas Penulis Pilihan Keseluruhan. Kemenangan itu diperolehi dari undian paling tinggi bagi kategori Penulis Pilihan Kategori Kanak-Kanak. 

Ramlee Awang Murshid pula menang untuk penulis pilihan Kategori Buku Fiksyen Alaf 21. Cover pilihan pula dimenangi oleh novel tulisan beliau bertajuk MAGIS. Manakala bagi Kategori Kelab Peminat Pilihan dimenangi oleh Kelab Peminat Ramlee Awang Murshid (RAMFC). 

Sebanyak 30 kategori dipertandingkan. Antara penulis yang tersenyum lebar dengan trofi masing-masing adalah, Anuar Darwisy, Zaifuzaman Ahmad, Tuan Guru Nik Abdul Aziz, dan ramai lagi. 

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang hasil dari undian para pembaca di seluruh Malaysia. PSS ingat, ada satu lagi anugerah tambahan yang perlud diwujudkan. Anugerah pakaian tercantik dan menawan. Hasil tinjauan PSS di laman sesawang, didapati fesyen pakaian Anuar Darwisy paling menyerlah sekali. Manakala busana yang dipakai oleh penulis wanita semuannya cantik-cantik belaka. 


Tahniah juga kepada mereka yang begitu berani menggayakan warna merah jambu (pink) untuk kod warna pakaian bagi majlis ini. Dr. HM Tuah Iskandar Al Haj juga memakai baju kot (blazer) berwarna merah jambu. Berpakatkah dengan Anuar Darwisy? sekadar gurauan dari PSS. 


No comments: