Pages

Saturday, 3 May 2014

SEKITAR SUASANA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2014

SEKITAR SUASANA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2014

Laporan bahagian ke dua (akhir) pula PSS belanja pembaca blog dengan gambar suasana di PBAKL 2014 pada 1 Mei lalu. Menurut sumber dari Facebook PBAKL, jumlah pengunjung pada 1 Mei lalu adalah sebanyak 806,362 orang. Memamang ramai sangat. PSS sendiri melihat situasi itu.

Tahun ini, lebih 900 buah gerai disediakan di PBAKL 2014.

PSS agak hairan apabila begitu ramai pengunjung dan bagaimana pula penjual memastikan buku tidak dicuri?

Satu situasi yang PSS lihat, ada bilik ruang jualan di kawal. Setiap pengunjung yang keluar melalui pintu bilik itu akan diperiksa beg plastik mereka. Resit jualan buku akan diperiksa, bagi memastikan jumlah buku yang dibeli sama di dalam resit.

Mencuit hati malah timbul rasa kasihan apabila ada pengunjung berusia muda di soal. Ini kerana terdapat lebihan buku di dalam beg plastiknya. Mungkin tercicir resitnya.

Pengunjung sangat ramai, sehinggakan laluan menjadi sesak sangat. Pengawal keselamatan di dalam PWTC dilihat mengawal laluan orang ramai. Ada yang membawa anak kecil dan kanak-kanak pula terpaksa berhimpit dengan pengunjung yang lebih dewasa.

Syarikat penerbitan bumiputera paling berjaya iaitu Karangkraf menguasai seluruh kawasan dewan Tun Dr. Ismail. Ia bersesuaian dengan kemegahan dan keunggulan prestasi syarikat penerbitan bumiputera terbesar di Malaysia ini. Malah enam gerai jualanya turut berada di aras 4 dewan Merdeka.

Tahniah kepada syarikat penerbitan Kota Buku yang menyediakan ruang rehat yang sangat cantik. Dengan hiasan pokok yang digantung dengan kertas ucapan berwarna warni.

Blink Book pula dengan ikon penulisnya iaitu Ain Maisarah membawa kerusi baldu berwarna ungu yang cantik. Menariknya penulis mereka yang lain juga bekerja keras dalam memastikan jualan buku sepanjang pesta buku mencapai target.

Begitu juga penerbit lain yang masing-masing menggunakan pesta buku sebagai ruang mempromosi dan menjual. Untuk rekod tahun lepas jumlah pengunjung sepanjang pesta buku berlangsung adalah lebih dari 1.6 juta orang.

Jadi, apa tunggu lagi, pergilah ke pesta buku dan ia akan berakhir pada hari esok.











No comments: