Pages

Monday, 19 May 2014

PANAS! : GAMBAR KIRAAN KERTAS UNDI ANUGERAH GRUP BUKU KARANGKRAF TERSEBAR?

PANAS! : GAMBAR KIRAAN KERTAS UNDI ANUGERAH GRUP BUKU KARANGKRAF TERSEBAR?



Anugerah Grup Buku Karangkraf mempertandingkan 30 kategori. Ia dibahagikan pula kepada lima bahagian. Anugerah ini disertai oleh semua penulis dibawah syarikat penerbitanya. Tarikh tutup menghantar borang undian telah berakhir minggu lalu.

Kini, mula tersebar gambar kiraan kertas undi di internet. Alhamdulillah tiada unsur sabotaj dan 'blackout' terjadi. Malah proses kiraan undi ini tidak dipengaruhi oleh mana-mana individu berpengaruh. Semuanya telus dan dipercayai.

gambar kiraan undi yang tersebar di internet

Anugerah AGBK2013 ini dijangka diadakan dalam bulan Jun nanti.


Saturday, 3 May 2014

SEKITAR SUASANA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2014

SEKITAR SUASANA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2014

Laporan bahagian ke dua (akhir) pula PSS belanja pembaca blog dengan gambar suasana di PBAKL 2014 pada 1 Mei lalu. Menurut sumber dari Facebook PBAKL, jumlah pengunjung pada 1 Mei lalu adalah sebanyak 806,362 orang. Memamang ramai sangat. PSS sendiri melihat situasi itu.

Tahun ini, lebih 900 buah gerai disediakan di PBAKL 2014.

PSS agak hairan apabila begitu ramai pengunjung dan bagaimana pula penjual memastikan buku tidak dicuri?

Satu situasi yang PSS lihat, ada bilik ruang jualan di kawal. Setiap pengunjung yang keluar melalui pintu bilik itu akan diperiksa beg plastik mereka. Resit jualan buku akan diperiksa, bagi memastikan jumlah buku yang dibeli sama di dalam resit.

Mencuit hati malah timbul rasa kasihan apabila ada pengunjung berusia muda di soal. Ini kerana terdapat lebihan buku di dalam beg plastiknya. Mungkin tercicir resitnya.

Pengunjung sangat ramai, sehinggakan laluan menjadi sesak sangat. Pengawal keselamatan di dalam PWTC dilihat mengawal laluan orang ramai. Ada yang membawa anak kecil dan kanak-kanak pula terpaksa berhimpit dengan pengunjung yang lebih dewasa.

Syarikat penerbitan bumiputera paling berjaya iaitu Karangkraf menguasai seluruh kawasan dewan Tun Dr. Ismail. Ia bersesuaian dengan kemegahan dan keunggulan prestasi syarikat penerbitan bumiputera terbesar di Malaysia ini. Malah enam gerai jualanya turut berada di aras 4 dewan Merdeka.

Tahniah kepada syarikat penerbitan Kota Buku yang menyediakan ruang rehat yang sangat cantik. Dengan hiasan pokok yang digantung dengan kertas ucapan berwarna warni.

Blink Book pula dengan ikon penulisnya iaitu Ain Maisarah membawa kerusi baldu berwarna ungu yang cantik. Menariknya penulis mereka yang lain juga bekerja keras dalam memastikan jualan buku sepanjang pesta buku mencapai target.

Begitu juga penerbit lain yang masing-masing menggunakan pesta buku sebagai ruang mempromosi dan menjual. Untuk rekod tahun lepas jumlah pengunjung sepanjang pesta buku berlangsung adalah lebih dari 1.6 juta orang.

Jadi, apa tunggu lagi, pergilah ke pesta buku dan ia akan berakhir pada hari esok.











Friday, 2 May 2014

PSS TERJAH PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2014!

PSS TERJAH PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2014!
13 GAMBAR TERBAIK PSS

Pada hari Khamis semalam, PSS berkesempatan berkunjung ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 kali ke 33. Bertempat di PWTC.

Semalam sangat sesak dengan kehadiran beribu pengunjung ke PWTC. Cuti pada hari pekerja yang jatuh pada 1 Mei semalam memberikan impak yang luar biasa sekali.

Untuk laporan bahagian pertama ini, PSS belanja beberapa gambar yang memaparkan pertemuan dengan para penulis dan mereka yang terlibat dalam acara pesta yang penuh hebat ini!

Pesta buku akan berakhir pada hari ahad ini.

PSS ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang sudi bergambar bersama. Juga kepada mereka yang membantu dalam sesi bergambar.

silalah berkunjung booth Online Books Seller di bilik mawar.
bersama petugas Aedy Putra Ramanov
bersama kenalan bengkel penulisan.
Puan Ariyatna Adri
kini sibuk dengan cerpen ditulisnya

bersama Anuar Darwisy yang terkenal
dengan novel Pudina Cinta. Novel
terbarunya Kala Senja Dia Datang.
bersama Aman Wan penulis dan pelukis
nomik Lawak Sekolah.


bersama dengan Puan Sri Diah. Pengurus besar grup buku karangkraf

bersama Anuar Darwisy yang ramah
dan merupakan penulis lelaki yang
memiliki rambut tercantik dan rapi
bersama chef selebriti dan penulis novel terkenal, Puan
NorzailinaNordin.Turut sama bergambar, Andika
(AJK RAMFC) dan Abang Long
(penjual novel online)





bersama penulis AC Jeffery. Novel Salju Rindu
Fatrim Syah penulis novel ASRAMA.
terbitan Fixi


Puan Dina Din dengan beg LV. AJK RAMFC

bersama Aedy Putra Ramanov

bersama Puan Raihan Zaffya. Novelis Ku kejar
kau lari.

bersama Elle Syeila. Orang kuat RAMFC.