Pages

Thursday, 24 April 2014

PENGLIBATAN M NASIR DALAM MAJLIS PELANCARAN NOVEL SUNAN SABTU INI?

PENGLIBATAN M. NASIR DALAM MAJLIS PELANCARAN NOVEL SUNAN SABTU INI?

Dato M. Nasir
Sabtu ini 26 April 2014, akan berlangsungnya salah satu acara majlis yang terpenting di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL).

Majlis pelancaran novel Sunan akan dilancarkan oleh ikon seni terkenal iaitu Dato M. Nasir. Bertempat di Dewan Tun. Dr. Ismail di dalam bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Majlis yang turut dihadiri penulis Ramlee Awang Murshid itu akan bermula pada jam 11.00 pagi sehingga 12.00 tengahari.

poster


Kod warna pakaian untuk majlis ini adalah hijau / Kelly Green. Pengunjung juga boleh mengenakan baju rasmi yang pernah dijual oleh kelab Ramlee Awang Murshid (RAMFC). Pemerhatian PSS, dengan mengenakan baju yang sama warna akan mewujudkan lagi penyatuan dalam menyokong majlis pelancaran ini.
Hijau / Kelly Green

Apakah Dato M. Nasir akan terlibat dalam salah satu pembikinan filem novel penulis thriller nombor satu Malaysia ini? Pelakon? pencipta runut bunyi? atau? Sama-sama kita tunggu pada 26 April 2014 nanti.




Monday, 21 April 2014

PSS OMG! : PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2014 KEMBALI LAGI

PSS OMG! : PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2014 KEMBALI LAGI



Oh Mesti Gempak! (OMG!). Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 (PBAKL) kembali lagi. Sebuah acara yang menghimpunkan para karyawan novel, penerbit buku dan semestinya berhimpunnya ribuan pencinta dan pentaksub buku.

Pesta akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Tarikh 24 April sehingga 4 Mei 2014. Ada dua hari lagi sebelum ia dilancarkan.

Risikan PSS mendapati apa yang menariknya kali ini, ada syarikat penerbitan akan tampil dengan gaya kostum superhero. Kostum ini akan digayakan oleh para penulis mereka. Selain itu juga pelbagai barangan comel disediakan untuk para pengunjung. Syarikat Blink Book menyediakan Game Card kepada pembaca yang bertemu dengan para penulisnya. Ia satu lagi keunikkan pesta buku kali ini.
Game Card yang bakal diberikan kepada pembaca yang bertemu muka dengan penulis

PSS lihat ada ramai juga penulis sibuk menghasilkan sendiri barangan comel dengan begitu kreatif sekali. Ia pasti memberikan nilai sentimental kepada peminat mereka yang akan hadir di pesta buku nanti.

Agak-agaknya gerai syarikat jualan manakah yang akan menang kali ini sebagai johan gerai terbaik kali ini? Untuk makluman pembaca PSS semua, Gerai syarikat penerbitan Blink Book telah memenangi johan gerai terbaik tiga kali berturut-turut. Tahun lepas, Ain Maisarah merupakan satu-satunya penulis yang mempunyai gerai jualan sendiri dengan dekorasi yang tersendiri. Gerai diberi nama Kedai Pink Ain Maisarah. Penulis lain biasanya akan bernaung di bawah satu gerai syarikat penerbitan mereka.

Selain itu anda juga andai bernasib baik berpeluang berjumpa dengan beberapa penulis yang PSS boleh senaraikan dalam kategori penulis cantik dan tampan. Antaranya.

Liyana Zahim

Saidee Nor Azam

Hasif Hamsyari

Laila Kamilia

Ramai lagi yang cun cun sebenarnya hahaha.... Sebenarnya PSS terpana dengan kejelitaan penulis Laila Kamilia setelah bersolek hehehe. Gurau-gurau sahaja dari PSS.



Thursday, 10 April 2014

FIXI MENANG ANUGERAH DI LONDON

FIXI MENANG ANUGERAH DI LONDON


Tahniah diucapkan buat syarikat penerbitan buku Fixi. Syarikat penerbitan ini telah memenangi anugerah The Bookseller International Adult Trade Publisher Award. Anugerah berlangsung pada 8 April 2014 di Pesta Buku Antarabangsa London.

Fixi setakat ini telah menerbitkan 60 judul novel. Dua daripadanya telah difilemkan iaitu Pecah dan Zombijaya.

Penerbitan Fixi menfokuskan karya berkonsepkan urban dan kontemporari. Syarikat penerbitan ini diasaskan oleh sutradara filem susuk iaitu Amir Muhammad.

Amir Muhammad (tengah). Gambar dari Astro Awani