Pages

Sunday, 30 March 2014

PANAS! GAMBAR MASA LALU PENULIS NOVEL THRILLER NOMBOR SATU MALAYSIA DIDEDAHKAN.

PANAS! GAMBAR MASA LALU PENULIS NOVEL THRILLER NOMBOR SATU MALAYSIA DIDEDAHKAN.

Ramlee Awang Murshid






Ramlee Awang Murshid, nama yang cukup dikenali sebagai pakar dalam olahan novel bergenre thriller. Karyanya membuatkan ramai pembacanya menjadi igau dan tenggelam ke alam imaginasinya yang sungguh luar biasa sekali.

Pembaca PSS boleh lihat pada arkib nama untuk baca berita-berita mengenainya yang pernah tersiar. Jadi, untuk edisi Ahad hari ini, PSS akan dedahkan gambar beliau ketika di alam persekolahan dalam darjah enam. Gambar berikut adalah pada tahun 1980.


Menurut isterinya yang menyiarkan gambar ini di ruang Facebook, gambar kad pengenalan ini pernah dicuri sewaktu Ramlee Awang Murshid darjah enam.

Friday, 28 March 2014

LEBIH EMPAT RATUS RIBU PENGGUNA FB MENYUKAI FB PENULIS AIN MAISARAH!

LEBIH EMPAT RATUS RIBU PENGGUNA FB MENYUKAI FB PENULIS AIN MAISARAH!


Mengkagumkan! lebih empat ratus ribu pengguna laman sosial Facebook menyukai laman rasmi Facebook Ain Maisarah.

Pada 25 Mac lalu genaplah usia 4 tahun Facebook penulis Ain Maisarah. Ia mencapai angka empat ratus ribu LIKE pada tarikh genap itu.

Sejumlah 200 ribu like diperolehi kurang dari tempoh enam bulan usia  Facebook Ain Maisarah. Penguasaan jenama Ain Maisarah dalam alam maya sangat berjaya. PSS yakin faktor siri Program Jelajah Sekolah Blink lebih dari seratus buah sekolah yang dilakukan oleh tim BlinkBook memberikan kesan pada peningkatan ini. 


Carian di google pula PSS lihat dalam temph 0.21 saat sebanyak 250 ribu capaian diperolehi. Juta-juta ni keuntungan jualan buku. ka ching!



RAMLEE AWANG MURSHID FAN CLUB (RAMFC) ANJUR PROGRAM JOM TUKAR BUKU

RAMLEE AWANG MURSHID FAN CLUB (RAMFC) ANJUR PROGRAM JOM TUKAR BUKU

Esok Sabtu 29 MAC 2014 akan berlangsungnya program tukar buku. Program ini adalah anjuran kelab penulis thriller nombor satu Malaysia iaitu Ramlee Awang Murshid.

Pengunjung hendaklah membawa buku dan tukar dengan mana-mana buku yang disukai tanpa bayaran. Seandainya tidak membawa buku, anda boleh membayar sebanyak RM10 bagi setiap naskah buku yang diinginkan.





Tuesday, 25 March 2014

AL FATIHAH DAN TAKZIAH

AL FATIHAH DAN TAKZIAH



sebahagian dari penumpang dan crew penerbangan MH370


Friday, 21 March 2014

AIN MAISARAH SERANG KINOKUNIYA KLCC?

AIN MAISARAH SERANG KINOKUNIYA KLCC?
























Pada hari esok, Sabtu 22 Mac 2014. Penulis paling ligat merancang aktiviti promosi karya-karyanya iaitu Ain Maisarah akan berada di Kinokuniya KLCC.

Bermula dari dua petang sehingga empat petang. Dua puluh pengunjung terawal akan mendapat hadiah misteri dari Ain Maisarah.


Sunday, 9 March 2014

SEMOGA MH370 KEMBALI SELAMAT

SEMOGA MH370 KEMBALI SELAMAT


Semalam Malaysia malah dunia digemparkan dengan tragedi kehilangan pesawat Boeing 777 milik Malaysia Airlines. Sehingga ke saat ini pesawat penerbangan MH370 itu tidak ditemui lagi.

Penerbangan MH370 dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi (Sabtu) namun ia terputus hubungan dari Pusat Kawalan Trafik Udara Subang kira-kira 2.40 pagi.

Penerbangan MH370 itu membawa seramai 239 penumpang termasuk dua orang bayi dan 12 anak kapal.

Sama-samalah kita mendoakan agar musibah dan kesulitan ini berakhir dengan khabar gembira.



Thursday, 6 March 2014

KARANGKRAF BUAT ANUGERAH UNTUK PENULIS MEREKA?

KARANGKRAF BUAT ANUGERAH UNTUK PENULIS MEREKA?




Buat julung kalinya. Penerbit buku paling berjaya, berpengaruh dan terbesar di Malaysia. Kumpulan Media Karangkraf telah mewujudkan anugerah untuk semua penulis di bawah syarikat penerbitannya.

Anugerah Grup Buku Karangkraf 2013 (AGBK 2013) mempertandingankan sebanyak 30 kategori dan dibahagikan kepada lima bahagian.

Borang undian boleh didapati di akhbar Sinar Harian bermula 1 Mac sehingga 29 Mac 2014. Tarikh tutup untuk menghantar borang undian adalah pada 7 April 2014. Pembaca yang mengundi berpeluang memenangi hadiah sebanyak RM5,000 . 

Pembaca boleh menghantar seberapa banyak borang undian dengan syarat ia adalah borang yang asal 

Anugerah Grup Buku Karangkraf 2013, dijangka akan berlangsung pada Jun ini. 

Antara anugerah yang dipertandingkan ialah:

-Anugerah novel terbaik
-Anugerah novelis popular
-Anugerah Kelab peminat
-Anugerah buku terbaik