Pages

Wednesday, 19 February 2014

PSS BUZZ! : TIGA NOVELIS BERGABUNG DI DALAM NOVEL KALA SENJA DIA DATANG.

PSS BUZZ! : TIGA NOVELIS BERGABUNG DI DALAM NOVEL KALA SENJA DIA DATANG.



Biar betul? Adakah ini cubaan? Khayalan? Tiga penulis bergabung di dalam sebuah novel seram!

Kala Senja Dia Datang dijangka akan muncul pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014. PBAKL 2014 akan berlangsung pada bulan April nanti.

Novel ini menggabungkan tiga orang penulis iaitu A. Darwisy, Zaifuzaman Ahmad dan Saidee Nor Azam. Sangat mengujakan dan pasti kelainan yang dijanjikan oleh mereka buat peminat novel genre seram.

Menariknya, pada kulit belakang novel ada diletakkan meter peratusan lima elemen di dalam novel ini. 80 peratus ngeri, 80 peratus mistik, 80 peratus konflik, 80 peratus sedih dan 50 peratus cinta.


Zaifuzaman Ahmad sebelum ini menulis novel seperti Klon, Jalan Terakhir dan Misteri Julia. A. Darwisy pula terkenal dengan novel Pudina Cinta. Manakala Saidee Nor Azam baru melancarkan novel barunya iaitu Margasatwa.



Berharga 27.90 dan diterbitkan oleh Buku Prima.


No comments: