Pages

Thursday, 27 February 2014

TELEMOVIE ADAPTASI NOVEL AKU MAHU SUPERBIBIK BAKAL DITAYANGKAN.

TELEMOVIE ADAPTASI NOVEL AKU MAHU SUPERBIBIK BAKAL DITAYANGKAN.



Tahniah kepada novelis Ain Maisarah dan Izanor Sharif kerana novel Aku Mahu Superbibik mereka bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Telemovie adaptasi longgar ini bakal ditayangkan pada 1 Mei 2014 pada pukul 11.00 pagi. Ia akan disiarkan di saluran Astro ceria dan Maya HD.
Ain Maisarah
Izanor Sharif


















Sebelum ini, PSS ada memaparkan artikel perjanjian kerjasama antara Astro dan BlinkBook ini pada september tahun lalu. Anda boleh lihat pada pautan ini klik


Ini merupakan projek pertama kerjasama antara Astro dan penerbit buku BlinkBook. Khabarnya selepas ini ada projek ke dua iaitu drama Sekolah Sri Bangsar sebanyak 13 episod.

Antara pelakon yang terlibat dalam telemovie Aku Mahu Superbibik ini ialah Maria Farida, Wan Sharmila, Vicha (Saywho Maharjalawak) dan beberapa lagi.

Wednesday, 19 February 2014

PSS BUZZ! : TIGA NOVELIS BERGABUNG DI DALAM NOVEL KALA SENJA DIA DATANG.

PSS BUZZ! : TIGA NOVELIS BERGABUNG DI DALAM NOVEL KALA SENJA DIA DATANG.



Biar betul? Adakah ini cubaan? Khayalan? Tiga penulis bergabung di dalam sebuah novel seram!

Kala Senja Dia Datang dijangka akan muncul pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014. PBAKL 2014 akan berlangsung pada bulan April nanti.

Novel ini menggabungkan tiga orang penulis iaitu A. Darwisy, Zaifuzaman Ahmad dan Saidee Nor Azam. Sangat mengujakan dan pasti kelainan yang dijanjikan oleh mereka buat peminat novel genre seram.

Menariknya, pada kulit belakang novel ada diletakkan meter peratusan lima elemen di dalam novel ini. 80 peratus ngeri, 80 peratus mistik, 80 peratus konflik, 80 peratus sedih dan 50 peratus cinta.


Zaifuzaman Ahmad sebelum ini menulis novel seperti Klon, Jalan Terakhir dan Misteri Julia. A. Darwisy pula terkenal dengan novel Pudina Cinta. Manakala Saidee Nor Azam baru melancarkan novel barunya iaitu Margasatwa.



Berharga 27.90 dan diterbitkan oleh Buku Prima.


Thursday, 13 February 2014

GAMBAR DI KARNIVAL KARANGKRAF 2014

GAMBAR DI KARNIVAL KARANGKRAF 2014

bersama penulis Ebriza Aminnudin. Novel Kubur Bernyawa.

coretan pada novel yang dibeli oleh PSS

sebahagian dari srikandi penggerak kelab RAMFC

Ramlee Awang Murshid tidak menang tangan melayan peminat berbaris panjang

bersama penulis Ramlee Awang Murshid. Beliau sempat mengajuk PSS. Lucu betul.

ragam pengunjung di Karnival Karangkraf.


Hanya ini sahaja gambar dari PSS. Pengunjung yang hadir memang ramai sangat. Seperti kebiasaan penulis Ramlee Awang Murshid berhadapan dengan peminat yang berbaris panjang. Ada waktunya, seorang pembeli membeli lebih dari sebuah novel yang sama tajuknya untuk ditandatangan. Kempunan PSS mahu jumpa penulis Saidee Nor Azam.

Karnival berlangsung pada hari Jumaat lalu sehinga Ahad lepas.


Monday, 3 February 2014

PSS OMG! : KARNIVAL KARANGKRAF KEMBALI MEMBARAKAN JIWA & MINDA PENGUNJUNG

PSS OMG! : KARNIVAL KARANGKRAF KEMBALI MEMBARAKAN JIWA & MINDA PENGUNJUNG



Oh Mesti Gempak! (OMG!) , Karnival Karangkraf kembali lagi tahun ini. Bermula pada hari Jumaat 7 Februari 2014 sehingga Ahad 9 Februari 2014.

Pelbagai produk bahan bercetak seperti majalah, novel dan buku dijual di Karnival Karangkraf ini. Dengan diskaun-diskaun gempak yang diberikan. Aktiviti menarik seperti fashion show muslimah, Demo make-up serta tips kecantikan, catwalk anak & bapa maskulin, Persembahan media hiburan bersama Altimet, Joe flizzow, Ila Damiaa, persembahan tarian zapin dan banyak lagi di pentas utama dan pentas mini. Penuh dengan aktiviti!

Pengunjung juga dapat menemui penulis kegemaran antaranya Ramlee Awang Murshid, Laila Kamilia, Saidee Nor Azam, Ebriza dan ramai lagi. Jangan lepaskan peluang bergambar dan mendapatkan tandatangan mereka.

Forum yang akan diadakan di Karnival Karangkraf

Lebih meriah, lebih diskaun. Penuh dengan aktiviti selama tiga hari tiga malam Karnival berlangsung. Jom beramai-ramai ke Karnival Karangkraf. Bertempat di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam.

Untuk melihat senarai penuh aktiviti sila klik sini