Pages

Thursday, 23 January 2014

PSS BUZZ! : SUNAN DATANG LAGI.

PSS BUZZ! : SUNAN DATANG LAGI.


Mengujakan dan fantastik. Kisah watak novel paling fenomena, paling dibicarakan di ruang maya oleh peminat Ramlee Awang Murshid, paling terkesan merasuk ke dalam jiwa setiap pembacanya. Watak lelaki budiman, warak dan gagah bernama Saifuddin atau panggilan lainnya iaitu Sunan, kembali datang lagi menemui peminat.

Novel terbaharu dari penerbitan Alaf 21, mempersembahkan SUNAN : Nanggroe Sang Kembara. Kepada yang tidak tahu, Nanggroe adalah nama keris milik Sunan.

Novel ini merupakan novel berangkai ke tujuh dari Ramlee Awang Murshid. PSS yakin, penulis ini banyak buat duit dari siri rangkaian novel ini.

Berikut adalah sinopsis novel SUNAN : Nanggroe Sang Kembara.

DEK kerana fitnah dan dihukum bapa sendiri, Saifudin menjadi perantau di bumi Serambi Mekah - Aceh. Banyak ranjau yang terpaksa dilalui sebelum bermukim di situ. Saifudin diangkat menjadi anak asuhan kepada Wali Sufi. Memilih mendalami agama Islam berbanding seni persilatan.

Di sinilah perawakan Saifudin terbentuk. Dari anak manja di Punggor berubah menjadi pemuda yang pendiam. Ajaran agama Islam banyak membentuk caranya bertingkah laku. Menjadi di antara kalangan pemuda yang taat berjemaah di musollah. Sentiasa mengiringi Wali Sufi ke mana-mana dalam menyelesaikan urusan. Juga menjadi pemberi minum di kalangan anak-anak murid guru persilatan terhebat itu. Hatta, sering menjadi mangsa buli Djailuh dan Sadik di gelanggang persilatan.

Kemunculan Ratna Sang Ratu Sulaman yang menyusup ke bumi Aceh dengan satu tujuan - Wali Sufi untuk menghancurkan keampuhan Aceh daripada serangan Kerajaan Pulau Utara yang sering kecundang di dalam kancah peperangan. Namun Ratna gagal melakukannya. Justeru, anak asuhan Maharani itu menyasarkan Saifudin. Membunuh Saifudin dipercayai bakal membunuh semangat juang Wali Sufi.

Rombongan kerajaan Pagar Ruyong tiba di Aceh. Engku Aminah, anak kerabat yang rupawan menjadi perhatian anak-anak muda negeri ini. Namun Engku Aminah memilih Saifudin kerana tertarik dengan akhlak terpuji pemuda itu. Bunga cinta mulai tumbuh subur. Engku Aminah mulai menyedari rasa kasihnya pada Saifudin biarpun dalam tempoh yang singkat. Namun Ratna muncul menjadi batu penghalangnya kerana ada sekelumit rasa cemburu membajai jiwanya.

RAMLEE AWANG MURSHID menerapkan unsur cinta dalam karyanya kali ini. Cinta yang terkawal peradabannya. Cinta bersifat fitrah. Jarang sekali rasa cinta itu muncul bermula dari kebencian. Namun itulah yang berlaku. Cinta tiga segi antara Saifudin, Engku Aminah dan Ratna Sang Ratu Sulaman. Cinta yang wujud dari peperangan, kemarahan dan dendam. Penuh aksi mendebarkan. Digelumangi magis dan kesaktian. Pelayaran dan pengembaraan yang terasa menggugah rasa hati.

novel berangkai kisah perjalanan lelaki bernama Sunan

Kepada yang belum atau baru mula hendak kenal novel berangkai ini, PSS rasakan agak rugi jika pembaca semua tidak mendapatkan enam novel sebelumnya. Novel ini seperti perjalanan kisah yang panjang. Mengandungi pelbagai peristiwa menakjubkan di setiap rangkaian tajuk novel yang diterbitkan. 

Jadi, atas faktor kepuasan dan inginkan sebuah cerita yang lengkap dan hebat, sila dapatkan enam novel sebelumnya termasuklah yang ke tujuh ini. Jangan menyesal, kerana novel ini sangat menarik penuh dengan aksi, magis, pertarungan, cinta, thriller dan pelbagai lagi. Berbaloi-baloi duit anda untuk membelinya.

PSS sendiri sudah baca dan memiliki semua rangkaian novel ini. Terbaik!

Seperti yang dirisik oleh PSS, tarikh novel ini berada dipasaran, tidak diketahui lagi dan masih menjadi rahsia dan tandatanya. Cuma, pembaca bolehlah membuat pre-Order terlebih dahulu.

Untuk maklumat lanjut sila klik kelabRam

Anda juga boleh klik mall-karangkraf


Friday, 17 January 2014

PSS ZASSS!: IMI HAFIMI TERIMA HADIAH JAM TANGAN SEMPENA HARI LAHIR DARI KS?

PSS ZASSS!: IMI HAFIMI TERIMA HADIAH JAM TANGAN SEMPENA HARI LAHIR DARI KS?


Penulis novel yang memiliki sepasang mata menawan ini iaitu Imi Hafimi baru-baru ini menerima seutas jam tangan dari seseorang.

Siapa KS? Pada 6 Januari lalu, merupakan hari ulang tahun kelahiran beliau yang ke 24. Muda dan berbakat besar dalam penulisan novel.

Jam yang diterima oleh Imi Hafimi.

Imi Hafimi bersama novelis Puan Siti Rozilah.
Penulis novel Takkan Melupakan mu


KS yang dimaksudkan adalah, penerbit buku iaitu Karya Seni. Di bawah penerbitan Karya Seni, Imi Hafimi menghasilkan novel bertajuk Kerana Mahalnya Syurga. Jadi, jam tangan itu pemberian syarikat yang menerbitkan novelnya. Zasss! bikin panas sahaja.

terbitan Karya Seni
terbitan Alaf 21












Tahniah diucapkan kepada Imi Hafimi. Semoga terus sukses, menghasilkan karya yang bermanfaat kepada seluruh pembaca di Malaysia.

Segala kritikkan dan komen pasti akan menjadikan Imi Hafimi bertambah hebat dan disegani suatu hari kelak.

Khabarnya Kerana Mahalnya Syurga pernah diintai penerbit drama. Betulkah?


Tuesday, 14 January 2014

SALAM MAULIDUR RASUL

SALAM MAULIDUR RASUL


Assalamualaikum buat semua pembaca blog PSS. Salam Maulidur Rasul.

Malam ni baru ada kesempatan untuk kemaskini blog PSS ini. PSS kurang sihat sebelum ni, mohon maaf semua.


Saturday, 11 January 2014

11 JANUARI : BAHRUDDIN BEKRI DAN SITI NURHALIZA BERKONGSI TARIKH LAHIR

11 JANUARI : BAHRUDDIN BEKRI DAN SITI NURHALIZA BERKONGSI TARIKH LAHIR


Pada tarikh hari ini iaitu 11 Januari, satu Malaysia tahu ia adalah tarikh lahir penyanyi nombor satu Malaysia, Siti Nurhaliza. Pada masa yang sama, penulis dari Sarawak yang disukai ramai Bahruddin Bekri turut berkongsi tarikh lahir yang sama.


Tuan Bahruddin Bekri
Bahruddin Bekri sudah pun mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang anak perempuan yang comel dan sihat. Beliau telah menulis lebih dari 20 buah buku untuk penerbitan PTS PUBLICATION. Terbaru daripada beliau ialah edisi bumper siri Diari Mat Despatch dengan tajuk Haru Biru. Pastinya tebal dengan jumlah muka surat yang banyak berbanding sebelum ini agak nipis.



PSS sendiri memiliki buku tulisan Bahruddin Bekri. Antaranya, Kita Hanya Di Seberang Jalan, Penulis yang Disayang Tuhan dan Diari Mat Despatch.

Peminat Siti Nurhaliza dan peminat Bahruddin Bekri hari ini bolehlah mengucapkan ucapan selamat hari lahir kepada idola masing-masing ya. PSS juga mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat hari lahir buat Bahruddin Bekri. Semoga sihat, rezeki bertambah dan terus cemerlang menghasilkan karya berkualiti dan bermanfaat buat seluruh pembaca di Malaysia. Anda semua boleh melawat ke blog beliau di  http://dingin.blogspot.com/

Pautan berkaitan klik sini