Pages

Tuesday, 30 December 2014

SELAMAT TAHUN BARU 2015

SELAMAT TAHUN BARU 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Penulis Sana Sini. Alhamdulillah blog ini dapat bertahan sepanjang tahun yang mencabar ini.

Semua sedia maklum, sepanjang tahun 2014 merupakan satu tahun yang menguji fizikal dan mental seluruh rakyat Malaysia.

Pelbagai musibah besar melanda negara kita. Misteri kehilangan pesawat MAS MH370 yang masih belum terungkai lagi sehingga hari ini. Belum pun misteri kehilangan pesawat yang mendapat liputan seluruh dunia itu selesai, muncul pula satu insiden pesawat MAS MH017 ditembak jatuh sebelum sampai ke destinasi yang sepatutnya.

Insiden ini masih lagi dalam siasatan. Pihak yang bertangungjawab menembak jatuh pesawat itu masih dicari dalangnya. Terbaru pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 telah terputus hubungan dengan menara kawalan. AirAsia Berhad merupakan penerbangan tambang murah Malaysia yang dicetuskan ideanya oleh Tan Sri Dr. Tony Fernandes.

Ujian tidak terhenti di situ. Satu lagi ujian yang menguji keimanan dan emosi seluruh rakyat Malaysia apabila Pantai Timur kini dilanda banjir teruk. Malah hampir semua negeri dilanda bencana ini.

PSS


Tahun 2014 juga merupakan ujian besar buat PSS. Pemergian ayahanda tersayang pada jumaat 31 Oktober lalu masih meninggalkan kesan emosi. Ibu dan ayah tiada galang gantinya.

Musibah dan ujian ini adalah tanda kasih dan peringatan Allah swt kepada hambaNya. Alhamdulillah. Dunia ini pun bukan tempat untuk bersenang-lenang melainkan tempat untuk kita sebagai hambaNya yang lemah diuji keimanan. Alhamdulillah.

Tahniah PSS ucapkan kepada para penulis yang berjaya mengecapi kecemerlangan sepanjang tahun 2014 ini. Tingkatkan produktiviti anda hasilkan karya bermutu tinggi dan terbaik. Pelbagaikan lagi jalan cerita.

Tahniah juga kepada novelis Liyana Zahim kerana tajuk novel beliau Rindu Awak 200% paling dicari dalam enjin carian Google sepanjang tahun 2014 ini. Juga novel Bukan Isteri Simpanan karya Mia Kiff. Ia kekal ditangga nombor satu sepanjang tahun dalam Carta Top 10 Cerita Panas PSS. Tidak dapat dibayangkan andai novel ini diadaptasi menjadi drama kerana boleh tahan juga isu panas yang dibangkitkan oleh penulisnya. Jarang jumpa jalan cerita seperti ini.

Carta Top 10 Cerita Panas adalah bergantung kepada jumlah rating pembaca. Ia bukanlah carta sesuka hati PSS. Tiba-tibakan mengeluarkan kenyataan. Tiada isu pun sebenarnya namun itulah kebenaran Carta Top 10 PSS.

Dikesempatan ini, PSS ingin memohon ampun dan maaf andai sepanjang perkenalan kita di alam maya atau alam nyata ada yang terasa hati dan sebagainya. PSS juga ingin memaafkan sesiapa pun yang membuat salah dan silap pada PSS sama ada secara sedar atau tidak sedar.

Terima kasih kepada semua yang memberikan kerjasama dalam sesi pencarian maklumat untuk kandungan blog PSS.

Akhir kata, teruskan bersama PSS.


Friday, 26 December 2014

BENCANA BANJIR : NOVELIS HASRUDI JAWAWI ISYTIHAR CUTI BERKARYA

BENCANA BANJIR : NOVELIS HASRUDI JAWAWI ISYTIHAR CUTI BERKARYA


Banjir yang semakin teruk yang melanda bahagian Pantai Timur Malaysia semakin membimbangkan. Kelantan negeri paling kritikal dalam bencana ini.

Ketika artikel ini ditulis, keadaan banjir menular di Perak, Pahang, Kedah Terengganu, Kuala Lumpur dan  Johor.

sumber dari Astro Awani

Novelis Hasrudi Jawawi menerusi akaun Facebook beliau, telah mengisytiharkan cuti berkarya buat sementara waktu. Ini kerana tempat kediamannya yang terletak di Parit Sulung, Johor mula dinaiki air sebentar tadi.


"Hal yang melibatkan bencana alam ini bukan kehendak kita. Lagipun hampir setiap hujung tahun akan berlakunya musim tengkujuh. Cuma tahun ini kesannya agak serius sampai ada negeri yang lumpuh sepenuhnya akibat ditenggelami air,"-Hasrudi Jawawi


Tuesday, 16 December 2014

NOVEL TOMBIRUO BAKAL KE LAYAR PERAK

NOVEL TOMBIRUO BAKAL KE LAYAR PERAK



Sinopsis:

KETERAMPILAN dan imej baru Ejim menggugah hati Wan Suraya, sekali gus mencetus rasa cemburu Dr. Haslia. Ejim yang kini dikenali sebagai Amaruddin, saling tidak tumpah menyerupai kembarnya Amiruddin yang telah meninggal dunia. Munculnya Ejim di Kuala Lumpur menyebabkan Wan Suraya melihat 'Amiruddin' dalam diri lelaki Tombiruo itu.

Wan Suraya yang telah bertunang dengan Tan Sri Nasir tiba-tiba menunda tarikh perkahwinan mereka. Apabila perkara sebenar terbongkar, Tan Sri Nasir yang merupakan penaja utama pembedahan wajah Ejim mula memusuhi lelaki Tombiruo itu. Dia tidak mahu kehadiran Ejim mengganggu gugat cinta sucinya terhadap Wan Suraya.

Kehidupan di Kuala Lumpur rupa-rupanya tidak menjanjikan kebahagiaan. Ejim hidup dengan penghinaan, dugaan dan cabaran. Hasrat hatinya ingin kembali ke Hutan Keningau ditentang Dr. Haslia. Bagaimanapun, hasrat hatinya itu terlaksana jua setelah 10 tahun berlalu. Selama tempoh itu, Ejim telah pun berkahwin dan dianugerahkan seorang anak perempuan. Sekembalinya ke Hutan Keningau, dia mendapati Hutan Keningau bergolak lagi dengan kemunculan 'Seorang Tombiruo'.

Novel penulis thriller Ramlee Awang Murshid bakal ke layar perak. Itu yang PSS lihat hari ini di ruangan status Facebook. Ramai peminatnya memperkatakan akan hal ini selepas didedahkan secara rasmi oleh Kelab Peminat Ramlee Awang Murshid (RAMFC)

Sebenarnya cerita ini telah diperkatakan beberapa tahun lalu cuma tidak diketahui kepastiannya. Namun hari ini segalanya terjawab.

Sedikit fakta tentang filem ini.

Tajuk filem : Tombiruo : Penunggu Rimba
Genra : aksi thriller
Durasi : 100 minit
Bajet : RM 3 Juta
Pengarah : Nasir Jani

PSS lihat ramai yang gembira dengan berita ini. Novel ini keseluruhannya mendapat lima bintang dilaman Goodreads. Di situ juga ramai pembaca novel ini memberikan komen positif dan berasa puas dengan naskah ini.

keratan yang dikongsikan peminatnya



Berduyunlah komen dari para peminatnya mengharapkan yang terbaik dari pengarah ini. Bukan kerja mudah. Ia satu tangungjawab yang besar yang dipikul oleh Nasir Jani dan seluruh warga kerja untuk projek filem adaptasi ini. 

Sesuailah dengan bajet yang diperuntukkan. Selebihnya kebijaksanaan pengarah itu sendiri untuk mengolahnya. Pastinya Nasir Jani tidak akan membiarkan filem arahannya kosong tanpa mesej yang baik untuk masyarakat.

Paling murah dan mudah ialah dengan menggunakan imaginasi sendiri ketika membaca novel ini.











Saturday, 13 December 2014

PSS BUZZZ!: DUO COMIC ARTIST AFIQ DAN NAZRY BERALIH ARAH?

PSS BUZZZ!: DUO COMIC ARTIST AFIQ DAN NAZRY BERALIH ARAH?


Afiq + Nazry = Feeqry

Pelukis komik berpasangan (Duo Comic artist) iaitu Afiq dan Nazry dikatakan sudah beralih arah? Merajuk?

Apa cerita ni?


Nazry adalah penulis cerita novel grafik dan adiknya Afiq bertindak sebagai pelukis komik. Gabungan mantap yang jarang dilihat dalam industri Komik Malaysia.

Mereka berdua dikatakan sudah beralih arah ke penerbit lain bagi menerbitkan sebuah naskah yang bakal muncul pada tahun 2015 nanti.

Selama ini kesetiaan mereka terhadap penerbit PTS Publication tidak berbelah bahagi langsung.









Betulkah Nazry?

"Kami terbitkan karya dengan Galeri Ilmu sebenarnya untuk mencuba pengalaman baru, juga meluaskan bumbung tempat berteduh."- Nazry Salam

Benarkah dakwaan tidak gembira lagi bersama PTS?

"Setakat ini kami gembira berkarya dengan PTS. Insya-Allah siri komik Misi akan diteruskan bersama PTS."- Nazry Salam


karya mereka bersama PTS
Menurut Nazry, dia dan adiknya bakal muncul dengan sebuah novel teka-teki berilustrasi bertajuk 'Misi Detektif Fateh'.

Ia akan diterbitkan oleh penerbitan Galeri Ilmu.

Friday, 5 December 2014

JUALAN 3.5 JUTA BUKU SELAMA 278 JAM TANPA HENTI DENGAN DISKAUN 75% - 95% BERMULA HARI INI.

JUALAN 3.5 JUTA BUKU SELAMA 278 JAM TANPA HENTI DENGAN DISKAUN 75% - 95% BERMULA HARI INI.


Mengkagumkan bukan? Bermula di hari Jumaat yang mulia ini. Jom semua peminat, penggila dan pentaksub buku kita rempuh jualan buku ini.

PSS suka konsep The Big Bad Wolf Book Sale ini. Maklumat lanjut sila ke sini

Monday, 10 November 2014

MISTERI 12 WAJAH PENULIS WANITA TERUNGKAI

MISTERI 12 WAJAH PENULIS WANITA TERUNGKAI



PSS pernah cuba-cuba juga meneka. Paling tepat PSS teka ialah nombor 3 dan 12. Nombor tiga berdasarkan klu yang diberikan dan nombor 12 pula memang boleh nampak wajahnya sama sahaja sehingga sudah dewasa.

Nombor sembilan pula memang mengejutkan. Tidak sangka ia adalah wajah chef selebriti dan novelis terkenal Norzailina Nordin. PSS masih keliru dengan wajah penulis Herna Diana dan Weeda Airiza. Wajah mereka hampir sama. Weeda Airiza adalah anak kepada Norzailina Nordin.

Tahniah kepada Noraini Abdul Aziz.


Wednesday, 5 November 2014

AL FATIHAH BUAT AYAHANDA TERCINTA

AL FATIHAH BUAT AYAHANDA TERCINTA


Jumaat pada tarikh 31 Oktober 2014. Pada jam 6.50 petang. Ayahanda PSS telah kembali ke rahmahtullah. Punca kematian akibat jangkitan paru-paru. Dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tekali Ulu Langat Selangor.




Wednesday, 29 October 2014

NOVEL ASRAMA TERBITAN FIXI LAKU KERAS

NOVEL ASRAMA TERBITAN FIXI LAKU KERAS


Tahniah diucapkan kepada novelis yang berasal dari Sabah iaitu Muhammad Fatrim kerana karyanya bertajuk ASRAMA dicetak buat kali ke 10.


Mula dicetak pada April 2013. Dalam tempoh tahun itu ia dicetak kali ke empat. Tahun 2014 pula ASRAMA dicetak enam kali dan pada bulan April tahun itu juga ia dicetak dua kali. Laku keras sungguh novel Muhammad Fatrim ini.

PSS tidak berapa pasti berapa ribu naskah dikeluarkan oleh penerbit FIXI setiap kali mengulangi proses mencetak stok yang telah habis di pasaran.
Muhammad Fatrim

Tinjauan PSS di laman maya, mendapati ramai memberikan ulasan positif dan pembaca benar-benar merasai elemen seram yang dinukilkan oleh penulis ini. Ada satu ulasan menyatakan penamat cerita novel ini sangat diluar jangkaan.

ASRAMA adalah satu tajuk yang PSS yakin sangat dekat dengan kisah-kisah seram yang pernah dilalui oleh para penghuninya. Ia satu adunan yang mantap dan diminati ramai.

Sebelum ini Muhammad Fatrim ada menulis novel bertajuk Teman Roh.




Tuesday, 28 October 2014

PSS OMG!: JUALAN GUDANG KARANGKRAF DISKAUN SEHINGGA 80% KEMBALI LAGI

PSS OMG!: JUALAN GUDANG KARANGKRAF DISKAUN SEHINGGA 80% KEMBALI LAGI



Oh Mesti Gempak! (OMG!). Jualan Gudang sekali lagi muncul untuk tahun ini. Dengan memberikan diskaun sehingga 80 persen. Menarik lagi, semua judul baru akan diberikan diskaun sebanyak 25 persen. Wah! ini betul-betul bagi belanja sakan kepada semua pentaksub dan pencinta buku.




Jualan Gudang dengan banyak judul buku baru akan bermula 31 Oktober, Jumaat ini sehingga 2hb November (Ahad). Diskaun 25 persen untuk semua judul baru.

* Ada rak khas untuk buku-buku agama kontemporari dan kitab
* Rak khas untuk novel-novel adaptasi
Bila Hati Berbicara Antasya Balkis - Buku Prima)
Drama Adaptasi Novel Street Vendetta Mazni Aznita - Buku Prima) 
Suamiku Encik Sotong Syikin Zainal - Buku Prima)
Manisnya Cinta Di Cappadoccia Anis Ayuni - Alaf 21)
Buku Umum Grup Buku Karangkraf dengan judul-judul hit
* Buku Unit Kraf & Gaya Hidup Grup Buku Karangkraf
* Buku Unit Resipi Grup Buku Karangkraf
* Buku Unit Teen@Prima & Kids@Prima Grup Buku Karangkraf
* Demo Memasak pada 1 hb (Sabtu) jam 9 pagi - 5 petang
* Bengkel Skrip bersama Tuan Zabidi Mohamad pada 2 hb (Ahad)
* Jangan lupa temui Cik Ilham Grup Buku ya!

Perenggan di atas ni PSS salin balik dari Facebook Pengurus Besar Penerbitan Grup Buku Karangkraf. Puan Sri Diah Shaharuddin.

Jom ramai-ramai belanja sakan di Jualan Gudang bermula Jumaat ini sehingga Ahad 2 November 2014. 


Saturday, 25 October 2014

PSS EKSKLUSIF:ARYAN SHAH PELENGKAP HIDUP NOVELIS AIN MAISARAH DAN SUAMI

PSS EKSKLUSIF:ARYAN SHAH PELENGKAP HIDUP NOVELIS AIN MAISARAH DAN SUAMI


Ain Maisarah dan suaminya Syaizul Amal
Alhamdulillah syukur ke hadaratNya dipanjangkan umur bagi memperbaiki segala amal. Awal Muharram 1436H hari ini. Tahun baru dalam kalendar Islam.

Tahniah PSS ucapkan kepada novelis paling berdaya maju dalam menyusun strategi memperluaskan kuasa dan empayar bisnes penerbitan novelnya. Novelis yang kini mempunyai setengah juta LIKE di laman rasmi Facebook. Nilai jualan novel mencecah angka juta ringgit. Puluhan tajuk dan bersama pasukannya telah menjelajah ratusan sekolah di Malaysia. Menjadi bualan hangat peminat novel remaja. PSS boleh gelarkan Ain Maisarah seperti Siti Nurhaliza dalam industri buku negara. Peminat Siti jangan marah ya.

Berita kelahiran anak sulung pasangan popular dunia penerbitan ini telah didedahkan sendiri oleh pengurus Ain Maisarah iaitu suaminya Syaizul Amal.


dari Facebook Syaizul Amal


Seluruh ruang bangunan PSS yang berpusat di lokasi rahsia ini bergegar dengan kehadiran berita ini. Berita baik yang mengejutkan buat seluruh peminat beliau dan para perisik PSS. Ramai sebenarnya tidak tahu Ain Maisarah mengandung. Berita kelahiran Aryan Shah mula tersebar setelah satu gambar telah dikongsikan oleh anak buah beliau sendiri.

gambar yang sangat eksklusif pemberian (identiti dirahsiakan)

PSS sendiri terkejut mendengar cerita Ain Maisarah mengandung pada awal September lalu. Sebenarnya perasan juga dengan fizikal beliau yang berisi sedangkan sebelum itu beliau sibuk dengan program diet. PSS jadi keliru. Adakah program diet beliau sekadar melepaskan batok di tangga?

Ain Maisarah pasti tidak sabar merampingkan badan semula

Aryan Shah bin Syaizul Amal selamat dilahirkan pada hari Selasa 21 Oktober 2014. Pada pukul 9.49 pagi dengan berat 3.8kg.

Amboi nama macam hero Bollywood.

Didoakan Aryan Shah menjadi anak yang baik dan bermanfaat seperti ibu-bapanya yang disenangi ramai pihak.

Bolehlah Aryan Shah berkawan-kawan dengan anak penulis novel Margasatwa iaitu Saidee Nor Azam. Anak beliau telah lahir pada September lalu dan diberikan nama Saif Danish Rafael. 





Friday, 24 October 2014

SALAM MAAL HIJRAH 1 MUHARRAM 1436H

SALAM MAAL HIJRAH 1 MUHARRAM 1436H

Kredit gambar: denaihati.com
Assalamualaikum kepada semua para pembaca blog Penulis Sana Sini. PSS ingin  mengucapkan selamat menyambut kedatangan Maal Hijrah. Bermulalah tahun baru 1 Muharram 1436H.

Semoga kita semua kekal berusaha menjadi hamba Allah yang lebih baik lagi dari sebelumnya hari demi hari dan seterusnya. Insya Allah.


Saturday, 18 October 2014

MAIN BOWLING BERSAMA NOVELIS DI MELAKA INTERNATIONAL BOWLING CENTRE

MAIN BOWLING BERSAMA NOVELIS DI MELAKA INTERNATIONAL BOWLING CENTRE



Di mana para penulis semua pada 15 November 2014 ini? Di sana? di sini? Di mana?

Mereka berada di Melaka International Bowling Centre. Pentaksub novel, penggila novel atau apa sahaja yang memang sukakan novel bolehlah sertai malah ia juga terbuka kepada semua penulis novel. Siapa kata novelis ini hanya duduk rumah dan mengadap komputer sahaja. Lihat, mereka akan beraksi bermain bowling pada 15 November nanti.

Seramai 20 orang novelis telah mengesahkan kehadiran untuk acara bowling ini. Antaranya Pengurus Besar Penerbitan Grup Buku Karangkraf yang berbahagia Puan Sri Diah. Nama pena beliau sebagai novelis juga adalah Sri Diah. Kita ada juga novelis dan chef selebriti, Norzailina Nordin. Selebihnya pula ialah.

Laila Kamilia. Herna Diana. Azilah Wahab. Weeda Airiza. Damya Hanna. Haiza Najwa. Nur Insyirah. Rania Firdaus. Hezzy Azra. Aleya Aneesa. Emy Raziela. Fida Rohani. Anis Ayuni. Nuriz Aida. Nina Rose. Iffa Zalia. Liyana Zahim dan Murni Aqila.

Adakah juara longkang akan terus mengekalkan takhta yang disandangnya pada tahun lepas? Siapa juara longkang tahun lepas? Carilah sendiri jawapannya.

Teka wajah novelis Alaf 21.

Suci betul muka masing-masing. Anda harus meneka 12 wajah novelis ini berpandukan kepada klu yang diberikan oleh novelis Weeda Airiza. Sila Tambah rakan FB beliau sekarang.


Pembaca semua boleh memenangi novel dan voucher makanan benilai RM150. Tidak perlu tunggu BR1M lagi.

Pertandingan ini adalah haram untuk disertai oleh wajah-wajah yang tertera di atas. Maklumat lanjut boleh baca pada poster yang tertera di atas.


Wednesday, 15 October 2014

13 TAHUN PENAT LELAH NOVELIS EBRIZA AMINNUDIN DIHARGAI

13 TAHUN PENAT LELAH NOVELIS EBRIZA AMINNUDIN DIHARGAI



Agak terlambat sebenarnya untuk PSS tulis berita ini. Maklum sahajalah, banyak acara dalam dan luar negeri bukan negara ya yang PSS perlu hadir sebagai penampilan khas. Sekadar bergurau sahaja ya. Baiklah, kali ini PSS sekali lagi ingin mengucapkan tahniah di atas penghargaan yang diterima beliau sebagai Penulis Prolifik Buku Prima.


PSS tidak sempat untuk menyaksikan acara majlis tersebut namun sempat menemui beliau di Pesta Buku Selangor bulan lepas.

sumber gambar dari FB beliau

Novel dari kiri atas, Kubur Bernyawa, Miss Blur, Kejap Ada Kejap Tak Ada, Miss Universe, Vila Amira Syakila, Hanya Dikau, Janji Seorang Puteri dan Jangan Kau Tangisi.

Selain novel di atas, Ebriza Aminnudin juga ada menulis novel lain dari rumah penerbitan yang lain beberapa tahun yang lalu.

"macam-macam dugaan dah ditempuhi sepanjang bergelar novelis ni. pengalaman tak dibayar royalti ada. pengalaman merayu meminta royalti bagaikan mengemis hasil titik peluh sendiri pun sudah dirasai. 

penerbitan tutup setelah buku terbit pun ada. kadang-kadang rasa give up tapi demi pembaca yang sentiasa bertanya novel baru bila nak keluar, terpaksa menelan yang pahit dan

terus bangkit di arena ini. penulis sekarang bertuah kerana memilih penerbit yang betul. apa-apapun itu pengalaman yang cukup berharga."-Ebriza Aminnudin

Kepada penulis baru, jadikan pengalaman novelis Ebriza Aminnudin ini sebagai inspirasi dan kecekalan dalam menempatkan diri dalam arena penulisan negara.

Kubur Bernyawa adalah antara yang terkini dari hasil garapan beliau. Walaupun novel ini mendapat kritikkan yang boleh tahan juga dari para pembaca di luar sana. PSS ada buat risikan ya. Namun lain orang lain cita rasanya. Ibarat buah durian, Ada yang tak suka sangat dan ada yang tergila-gilakan sangat rasanya.

Kalau pembaca perasan, novel-novel terbitan Buku Prima di belakangnya ada pecahan meter peratusan mood cerita.

90% Mistik
50% Islamik
40% Ngeri
30% Sedih

Dari kiraan matematik nampaknya peratus bukannya pecahan tetapi setiap meter mewakili 100% dari peratusan yang diberikan. Harap pembaca blog faham ya ayat PSS ni. huhuhu





Friday, 3 October 2014

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA

sumber gambar dari Google

PSS ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha yang akan jatuh pada hari Ahad 5 Oktober 2014.




Sunday, 28 September 2014

PSS ZASSS!: NOVEL RENGSA YANG DULU BUKANLAH YANG SEKARANG?

PSS ZASSS!: NOVEL RENGSA YANG DULU BUKANLAH YANG SEKARANG?


Menerusi catatan di dalam blognya Zharulnizam Shah Z.A  mengambil masa dua tahun untuk menyudahkan naskah RENGSA.

Rengsa pada awalnya diterbitkan oleh Tintarona Publication Sdn Bhd. Pembaca semua boleh lihat kulit novel asal RENGSA yang ada gambar mata besar dan kelihatan imej wajah seorang lelaki yang mungkin adalah Budin watak utama dalam novel ini.

Pada awalnya PSS sangka RENGSA yang diterbitkan oleh Alaf21 adalah novel baru dipasaran. Mengejutkan! ia adalah novel yang diperbaharui imej luarannya. Cerita tetap sama.

Pembaca boleh lihat kulit novel yang direka oleh pereka kulit penerbitan Alaf21. Sangat cantik dan mengujakan. Membangkitkan rasa seram. Apakah mahkluk yang menjelirkan lidah bercabang itu adalah jelmaan sihir?

PSS sudah baca sinopisisnya, namun terasa misteri dan sesuatu sangat. PSS kongsikan beberapa komen di Goodreads.



Saturday, 27 September 2014

PSS BUZZ!: PEMINAT RAMLEE AWANG MURSHID MULA RIUH

PSS BUZZ!: PEMINAT RAMLEE AWANG MURSHID MULA RIUH



Riuh para netizen di seluruh alam maya apabila Penerbitan Alaf 21 mula mempamerkan kulit novel terbaharu penulis Thriller nombor satu di Malaysia, Ramlee Awang Murshid.

Ia didedahkan kepada umum pada 25 September lalu di laman FB Karangkraf Mall.

Sehingga kini sebanyak 1014 perkongsian dilakukan di ruang FB mengenai kemunculan novel yang bakal mengubat rindu para peminatnya itu.





Sunday, 14 September 2014

BEBERAPA GAMBAR DI PESTA BUKU SELANGOR 2014

BEBERAPA GAMBAR DI PESTA BUKU SELANGOR 2014



Pesta Buku Selangor 2014 telah berlangsung pada 29 Ogos sehingga 8 September 2014. Tahun ini merupakan tahun ke sembilan penganjurannya sejak tahun 2006.

Ia adalah anjuran Perbadanan Perpustakaan Awan Selangor dengan kerajaan negeri Selangor serta bekerjasama dengan beberapa agensi yang lain. Berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC).

malukah?
Mencatatkan jumlah pengunjung pada 2013 sebanyak 312290 orang selama 11 hari pesta berlangsung. Tahun ini PSS lihat boleh tahan juga meriahnya. 

Jom lihat beberapa gambar di pesta buku Selangor. Belanja sikit.
Aedy Putra Ramanov (bukan nama sebenar) staf Online Book Store


Ebriza Aminnudin dengan plat Tahniah sebaga penulis prolifik
Tidak perlu diperkenalkan lagi. 


Dina Din berbaju hijau bercekak pinggang huhuhu
Hazlam Anuar pakar dekorasi dalaman
AJK Kelab Ramlee Awang Murshid, Cik Hani



Mazni Aznita penulis novel Street Vendetta
ehem ehem
Nazz Shukeri salah seorang penyumbang
cerpin dalam antologi Lebih Indah

Fatrim Syah penulis novel Fixi bertajuk Asrama







Fatrim Syah bersama rakan penulis lain

NOVELIS RINDU AWAK 200% KAHWIN

NOVELIS RINDU AWAK 200% KAHWIN


Liyana Zahim diapit oleh dua orang novelis terkenal

Tahniah PSS ucapkan. Gambar ini dikongsikan oleh novelis Sri Diah diruangan komen dan asal gambar ini dari akaun instagram novelis Weeda Airiza. Di dalam gambar ini juga kelihatan ibu kepada Weeda Airiza iaitu Norzailina Nordin yang juga seorang penulis novel terkenal.

Pening pula baca perenggan di atas. Ada lagi gambar yang PSS lihat terutamanya gambar dua mempelai ini cuma PSS tidak berani kongsi sebarangan.

Tarikh perkahwinan novelis Liyana Zahim menjadi tanda tanya buat PSS. Unit risikan PSS akhirnya ternampak pada statistik blog bahagian carian kata kunci. Anda boleh rujuk artikel bertarikh 8 September 2014. Majlis berlangsung semalam 13 September 2014.

Terbongkar sudah akhirnya dan kini semuanya sudah selesai dan diijabkabulkan. Tunggu sahajalah Liyana Zahim membanjiri status Facebook dengan gambar majlis perkahwinannya. Tahniah sekali lagi.