Pages

Tuesday, 31 December 2013

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2014

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2014.


Assalamuaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Penulis Sana Sini (PSS). Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada kalian semua kerana sudi singgah diblog ini. Terima kasih juga kerana sudi 'follow' blog ini di Facebook, diblog ini juga dan di mana sahaja untuk kekal terus berhubung bagi mengikuti perkembangan berita terkini aktiviti penulis dan bermacam cerita lagi di dalam dunia penulisan.

Dunia penulisan tidak pernah sunyi. Pelbagai aktiviti diadakan oleh syarikat penerbitan malah penulis sendiri. Paling diingati dan buat pertama kalinya, pada 3 Oktober 2013 yang lalu diadakan Anugerah Buku anjuran Perpustakaan Negara Malaysia dan RTM. Anugerah bagi mengiktiraf buku yang bermutu dan memenuhi piawai tinggi penerbitan. Antara penyampai anugerah pada malam itu adalah penulis terkenal Ain Maisarah dan turut sama Dr. Fadzley. Pembaca blog PSS boleh lihat semula pemenang pada malam itu di arkib garis masa blog ini.

PSS membuka tirai tahun 2013 dengan memaparkan temu bual bersama penulis E-Man Dhani. Pada awalnya PSS sangka pemilik nama ini adalah penulis lelaki namun hasil risikkan PSS mendapati beliau adalah seorang wanita. Kerjasama yang diberikan amatlah dihargai. Terima kasih juga kepada para penulis lain yang turut memberikan kerjasama temubual kepada PSS.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) merupakan aktiviti setiap tahun. Kali ini PSS dapat menemui dengan beberapa orang penulis antaranya Aman Wan, Izanor Sharif, Hazlam Anuar, Web Sutera dan beberapa lagi. Kontroversi yang melanda pada PBAKL kali ini ialah ia ditamatkan lebih awal iaitu 4 Mei dan sepatutnya berakhir pada 5 Mei pada hari Ahad. Ini berikutan tarikh tersebut merupakan tarikh penting negara kerana pada hari itu Pilihan Raya Umum ke 13. PBAKL yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra / Putra World Trade Centre (PWTC) yang juga merupakan tempat perhimpunan UMNO itu operasinya terpaksa ditamatkan lebih awal atas faktor keselamatan. Ada juga PSS terbaca kontroversi lain yang melanda dimana ada pengunjung yang dikawal dan disuruh beredar kerana logo politik pada pakaian dan topi. 

Kes menciplak karya mendapat perhatian PSS. Berita ini dikeluarkan pada 13 May 2013. Karya Rahmah Mokhtar diciplak bulat-bulat oleh pemilik nama Kasman Kassim. Karya bertajuk CINTA 360 darjah telah diterbitkan dalam laman TulisNovel.com namun karya yang sama dengan tajuk yang sama muncul pada laman Penulisan2u. Kasman Kassim telah melanggar akta HakCipta 1987 pindaan 1991. Ini adalah perbuatan tidak beretika. Semuanya selesai apabila pihak Penulisan2u bertindak mengeluarkan karya terbabit dari laman maya mereka.

Paling menggembirakan buat peminat penulis terkenal Ramlee Awang Murshid untuk tahun 2013 ini apabila novel Igauan Maut yang diterbitkan pada tahun 1995 muncul semula setelah 18 tahun tidak berada di pasaran. Dengan kulit buku yang baru ia dijual untuk edisi terhad. Seterusnya kegembiraan berganda apabila novel MAGIS diterbitkan. Istimewanya novel ini ialah ia menggabungkan lima watak utama dari lima novel yang berlainan. Ia jarang berlaku dalam industri penulisan novel.

Seterusnya pelbagai aktiviti jualan buku dari pelbagai syarikat penerbitan di adalakan sepanjang tahun 2013. Malah penulis juga turut turun padang bagi mempromosikan karya mereka. Pelbagai bengkel penulisan juga turut diadakan.

Fenomena drama diadaptasi dari novel juga kian meninkat untuk tahun ini antaranya Playboy Itu Suami Aku, Sebenarnya Saya Isteri Dia dan yang terkini Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang ditayangkan di Astro.

Artikel yang tidak pernah keluar dari carta Top 10 Cerita Panas ialah artikel bertajuk Aman Wan Keliru Identiti? Kekal berada di tangga teratas carta dan kini dihujung tahun ia berada ditangga ke 10. Artikel itu kekal sejak dari tahun lepas lagi. Ia merupakan antara artikel terawal sebelum blog ini berubah template dan wajah. Sungguh mengujakan berbanding berita lain yang naik turun carta dan terkeluar dari carta. 

Sebenarnya ada dua berita yang telah disembunyikan di dalam blog ini. Atas beberapa faktor ia terpaksa dilakukan. Apa beritanya? biarlah rahsia...

Jadi, apa yang bakal dan membuka lembaran Januari 2014 nanti? Apa kontroversi dan berita panas yang muncul sepanjang 2014 nanti? kita tunggu.....

Akhir kata, saya penulis blog PSS ingin memohon maaf andai ada berita atau artikel di dalam blog ini menyinggung perasaan mana-mana pihak. Jutaan terima kasih tidak terhingga kepada mereka yang terus menyokong blog ini dan kerjasa sama dari semua pihak amalah saya harapkan. Apa yang saya buat ini hanyalah usaha kecil bagi mendedahkan dunia penulisan penuh dengan warna warni dan macam ragam. Penuh dengan aktiviti dan semakin meningkatnya penulis baru dalam arena penulisan.

Sayang semuanya. Selamat menyambut kedatangan tahun baru 2014. 








2 comments:

Syahmi Zaludin said...

Semoga tahun 2014 menjadi tahun yang jauh lebih menggembirakan bagi para penulis, penerbit dan pembaca serta individu-individu lain yang terlibat dalam jagat sastera ini.

Mahukan peluang menjadi peserta Minggu Penulis Remaja 2014 bagi mereka yang berumur 17-21 tahun anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka?

http://syahmizaludin.blogspot.com/2013/12/minggu-penulis-remaja-mpr-2014.html

zacky786 said...

hpy nw year ~