Pages

Thursday, 7 November 2013

PSS ZASSS! : MIA KIFF & BUKAN ISTERI SIMPANAN

PSS ZASSS! : MIA KIFF & BUKAN ISTERI SIMPANAN



Penulis novel Mia Kiff telah mendedahkan kelahiran 'anak' ke dua beliau. Melalui akaun Facebook, beliau telah menyiarkan rupa kulit novel yang terbaru dan ianya bakal terbit tidak lama lagi.

Novel bertajuk Bukan Isteri Simpanan merupakan novel sulung terbitan syarikat penerbitan Gedebook sdn bhd. Tahniah PSS ucapkan kepada Mia Kiff dan penerbit Gedebook.

Sebelum ini, Mia Kiff ada menulis sebuah novel bertajuk Bidadari Salju yang diterbitkan oleh penerbit SR Publication. PSS pernah lihat novel Bidadari Salju yang setebal 1260 halaman itu. Memang sangat tebal.

Baru-baru ini, Mia Kiff mengatakan mahu mengikut jejak langkah penulis misteri iaitu Hlovate. Adakah Mia Kiff hanya berseloroh sahaja? Dengan tidak mahu mendedahkan wajah sebenar di laman sosial. Anda mahu lihat wajah Mia Kiff? sila klik sini 

Rupa-rupanya Mia Kiff sekadar suka-suka sahaja. Sekadar ingin merasai perasaan apabila menjadi seorang yang misteri. Beliau meminati Hlovate. Dalam kulit novel terbaru ini, anda semua akan dapat melihat wajah Mia Kiff.

PSS masih mencari-cari siapa Hlovate sebenarnya. Beliau berpegang pada prinsip enggan mendedahkan imejnya dikhalayak. Baru-baru ini novel Contengan Jalanan karya Hlovate telah memenangi Anugerah Buku PNM - RTM 2013 bagi kategori pilihan pembaca. Wakil dari syarikat penerbitan novel beliau yang telah naik ke pentas bagi mengambil hadiah penghargaan. Pengacara pada malam itu yang telah mengesahkan hal berkaitan pendirian penulis Hlovate.


Mari kita baca sedikit sedutan novel yang dikongsikan oleh penulis Mia Kiff ini.

Sedutan Bukan Isteri Simpanan ( Bayangkan mcm promo filem ya. Nada ikut suka hati)
"Abang angkat? Hahaha, Nia tak risau ke, beradik berabang angkat bagai, kang kedua-duanya terangkat macam mana?"

"Ya, memang saya anak pungut yang mama cakapkan tu. Tapi kat jalan mana saya dipungut, saya tak ingatlah pula. Nanti awak google cari yea...."

"Kau ni, memang bodoh tau. Mudah sangat tertipu dengan jan
ji manis seorang perempuan. Jangan nak jadi bendul sangatlah. Berjemput berhantar bagai. Perempuan ni memang licik. Dia tak dapat bodohkan aku, dia bodohkan kau pula."

"Saya tak kisah, kalau satu dunia menghukum saya lelaki jahat. Panggilah saya iblis sekalipun, tapi kalau satu-satunya perempuan yang saya cinta, anggap saya sekeji itu, dah tak ada yang tinggal lagi untuk saya."

"Seorang anak pungut, seorang anak perampas! Huhh, elok sangatlah korang berdua! Sekarang ni berambus dari sini. Jangan lagi nak tunjuk muka korang kat sini! Mulai hari ini, aku dah tak kenal siapa itu Dania, siapa itu Khaliff!"

"Aku cintakan kau, macam kiraan 1,23 yang tak pernah habis kalau pun kau kira sampai bila-bila."

"Nia rasa macam nak bunuh saja dia. Agar segala rasa sakit dalam diri Nia akan hilang. Kenapa Nia begitu buta, menilai antara kaca dan permata?" 





No comments: