Pages

Tuesday, 26 November 2013

DRAMA ADAPTASI NOVEL : BUKAN KERANA AKU TAK CINTA

DRAMA ADAPTASI NOVEL : BUKAN KERANA AKU TAK CINTA


Oh sungguh lain macam kulit novel ini. Bukan Kerana Aku Tak Cinta. Karya penulis yang berasal dari Temerloh Pahang iaitu E-man Sufi.

PSS agak hairan, kenapa ada gambar badan lelaki yang bertatu di belakangnya? Terus teringat filem KL Gangster. Bercinta dengan Gangster kah?

Puan Hafizah binti Haji Mohamed atau E-man Sufi

Berikut sedikit sedutan dari novel Bukan Kerana Aku Tak Cinta.

JEBAT. Seorang lelaki yang katarsis, berdarah campuran Melayu dan Cina dari jalan hitam kehidupan kepada pencerahan. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk jatuh cinta kerana tujuan hijrahnya hanya untuk menuntut ilmu agama dan melupakan kisah silamnya.
Sifatnya yang tenang, rajin dan baik hati telah menarik perhatian Mastura, adik ipar kepada majikannya Uwais. Pelbagai cara digunakan oleh gadis itu untuk menarik perhatiannya hingga Jebat naik rimas dan lemas. Walau berkali-kali ditolak, Mastura tidak juga berputus asa. Dia tidak pernah menyangka gadis cantik,kaya dan bijak seperti Mastura terpaut hati kepadanya, seorang lelaki biasa yang tidak begitu tampan kerana mempunyai parut di bahagian matanya. Mereka umpama The Beauty and The Beast.
“Kau tak malu ke nak bersuamikan lelaki yang tak ada apa-apa?”

Nelydia Senrose
Sharnaaz Ahmad










Seperti biasa, PSS akan cari dari pelbagai sumber untuk memuatkan berita dalam blog ini. Hasilnya ya, dalam novel Bukan Kerana Aku Tak Cinta, Jebat Foo adalah seorang bekas ketua kumpulan gangster. Oleh itu sedutan dari novel di atas sedikit sebanyak menjawab persoalan tentang kulit buku novel ini. Sebab itu ada tatu. Malangnya Hannah Mastura tidak mengetahui akan hal ini.

Drama yang akan ditayangkan di Astro saluran Mustika HD ini akan muncul menemui peminat pada 9 Disember 2013. Sebanyak  60 episod akan disajikan buat pelanggan Astro.
Selain Nelydia Senrose dan Sharnaaz Ahmad, antara pelakon lain yang membintangi drama ini ialah Iqram Dinzly, Jalaludin Hasan dan Lisdawati.
Hafiz Suip
Rossa










Lagu bertajuk 'Salahkah' merupakan Original Soundtrack untuk Drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta. Didendangkan oleh  dua penyanyi terkenal dari Indonesia dan Malaysia iaitu Rossa dan Hafiz Suip.
Jadi, nantikan drama adaptasi dari penerbit buku Karya Seni ini.
Nota: Imej para pelakon pada gambar tiada kaitan dengan konsep drama ini. Sekadar carian rawak dalam enjin carian gambar Google.

No comments: