Pages

Wednesday, 20 November 2013

AKAN DATANG JANUARI 2014 : MARGASATWA

AKAN DATANG JANUARI 2014 : MARGASATWA


PSS terkesima beberapa saat ketika melihat gambar pada kulit novel ini. Ia membangkitkan perasaan misteri dan rasa ingin tahu apakah jenis mahkluk bermata empat itu. Renungan matanya menakutkan dan ia adalah mahkluk yang sangat ganjil. Adakah cerita rupa mahkluk itu sama seperti yang digambarkan pada kulit novel ini? Semuanya menjadi persoalan dalam fikiran PSS. Tahniah kepada pereka grafik penerbitan Karangkraf.

Ia adalah kulit buku yang sangat menawan. MARGASATWA berkemungkinan dua nama yang digabungkan. Hasil risikan PSS, tidak menemui sinopsis novel ini namun pecahan-pecahan cerita awal berserta gambaran ilustrasi ditemui. Ia dipromosikan di akaun FaceBook penulis ini sebagai menyambut kehadiran MARGASATWA pada Januari 2014.

dari status FB beliau

Saidee Nor Azam sebelum ini ada menulis sebuah novel bertajuk Hingga Hujung Waktu. Ia sebuah novel bergenre seram.

Mari kita baca sedikit sedutan babak dalam novel MARGASATWA.

Suara menderam kini sudah berada berhampiran Nazri. Ezuan tidak mampu berbuat apa-apa, melainkan diam dan berpura-pura pengsan. Nazri meraung apabila binatang itu mencengkam rambutnya dengan kuat. Nazri sempat memandang wajah makhluk aneh itu yang mulai menyeringai menampakkan barisan giginya yang menggerunkan. Makhluk itu mula merapatkan wajahnya ke wajah Nazri. Menjerit-jerit Nazri ketakutan, dia cuba meronta-ronta dengan menggunakan sisa-sisa kudratnya.
Tanpa rasa belas, kepala Nazri digigitnya dengan rakus. Darah terpercik ke baju Ezuan yang tergantung di sebelah. Nazri menggelupur kesakitan, suaranya tenggelam timbul bersama suara rakus makhluk aneh itu tatkala membaham kulit dan daging muka Nazri.
Ezuan tidak mampu berbuat apa-apa. Terketar-ketar tubuhnya apabila mendengar Nazri menjerit kesakitan. Tidak lama kemudian, suara sahabatnya itu tidak lagi kedengaran. Nazri mati dibaham hidup-hidup oleh binatang yang tidak berhati perut itu.


Adakah cerita novel ini hebat seperti mana kulit bukunya yang gempak itu? Kita tunggu kemunculan novel seram ini pada Januari 2014.




No comments: