Pages

Thursday, 28 November 2013

PSS WOW! : TIGA JUTA NASKAH BUKU & DISKAUN SEBANYAK 75% -95% SELAMA 24 JAM TANPA HENTI.

PSS WOW! : TIGA JUTA NASKAH BUKU & DISKAUN SEBANYAK 75% -95% SELAMA 24 JAM TANPA HENTI.


WOW (Wah! oh! Wow!) tiga juta naskah buku dengan diskaun sebanyak 75% sehingga 95%. Kini kembali dengan diskaun yang gempak gila!

Operasi tanpa henti selama 24 jam. Jadi pembeli ada banyak masa untuk berkunjung ke jualan buku terbesar ini. PSS pernah pergi pada tahun lepas. Memang banyak sangat buku untuk dibeli. Pelbagai tajuk dan genre memang akan rambang mata.


PSS cadangkan eloklah bawa troli. Ini kerana keluasan ruang jualan buku yang begitu luas untuk menampung tiga juta naskah buku dan anda terpaksa berjalan ke sana-sini untuk melihat pelbagai tajuk buku yang ingin dibeli.

Pemasaran yang sangat kreatif dan segar dari The Big Bad Wolf Book Sale. Untuk maklumat lebih lagi jom klik sini

Wednesday, 27 November 2013

PSS OMG! : 'SAYA MAHU HADIAH' DAN SERTAI GENG PTS

PSS OMG! : 'SAYA MAHU HADIAH' DAN SERTAI GENG PTS


Wah! dan Oh Mesti Gempak! (OMG!), pelbagai hadiah menarik menanti adik-adik sempena cuti sekolah ini. Tidak perlu menunggu hadiah hari jadi untuk dapatkan hadiah. Sertai GENG PTS dan adik-adik semua akan memenangi pelbagai hadiah menarik dan gempak gila.

Setiap minggu pelbagai hadiah menarik akan diberikan. Antara hadiah menarik yang menanti ialah topeng Iron Man dari komik Marvel.


Bagaimana mahu sertai GENG PTS ini? Jom klik sini

Bermula dari 1 November 2013 sehingga 5 Januari 2014.




PSS BUZZ! : PESTA BUKU KANAK-KANAK PTS DI SHAH ALAM

PSS BUZZ! : PESTA BUKU KANAK-KANAK PTS DI SHAH ALAM


Pada 29 November sehingga 8 Disember ini akan berlangsungnya Pesta Buku Kanak-Kanak anjuran PTS Media Group. Turut sama memeriahkan pesta ini penerbit Ana Muslim.


Bertempat di Kompleks PKNS Shah Alam. Masa dari 10 pagi sehingga 10 malam. Sempena cuti sekolah ini luangkan masa anda ke Pesta Buku Kanak-Kanak yang pasti ceria dan penuh dengan pelbagai buku untuk dijual.

Tuesday, 26 November 2013

DRAMA ADAPTASI NOVEL : BUKAN KERANA AKU TAK CINTA

DRAMA ADAPTASI NOVEL : BUKAN KERANA AKU TAK CINTA


Oh sungguh lain macam kulit novel ini. Bukan Kerana Aku Tak Cinta. Karya penulis yang berasal dari Temerloh Pahang iaitu E-man Sufi.

PSS agak hairan, kenapa ada gambar badan lelaki yang bertatu di belakangnya? Terus teringat filem KL Gangster. Bercinta dengan Gangster kah?

Puan Hafizah binti Haji Mohamed atau E-man Sufi

Berikut sedikit sedutan dari novel Bukan Kerana Aku Tak Cinta.

JEBAT. Seorang lelaki yang katarsis, berdarah campuran Melayu dan Cina dari jalan hitam kehidupan kepada pencerahan. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk jatuh cinta kerana tujuan hijrahnya hanya untuk menuntut ilmu agama dan melupakan kisah silamnya.
Sifatnya yang tenang, rajin dan baik hati telah menarik perhatian Mastura, adik ipar kepada majikannya Uwais. Pelbagai cara digunakan oleh gadis itu untuk menarik perhatiannya hingga Jebat naik rimas dan lemas. Walau berkali-kali ditolak, Mastura tidak juga berputus asa. Dia tidak pernah menyangka gadis cantik,kaya dan bijak seperti Mastura terpaut hati kepadanya, seorang lelaki biasa yang tidak begitu tampan kerana mempunyai parut di bahagian matanya. Mereka umpama The Beauty and The Beast.
“Kau tak malu ke nak bersuamikan lelaki yang tak ada apa-apa?”

Nelydia Senrose
Sharnaaz Ahmad










Seperti biasa, PSS akan cari dari pelbagai sumber untuk memuatkan berita dalam blog ini. Hasilnya ya, dalam novel Bukan Kerana Aku Tak Cinta, Jebat Foo adalah seorang bekas ketua kumpulan gangster. Oleh itu sedutan dari novel di atas sedikit sebanyak menjawab persoalan tentang kulit buku novel ini. Sebab itu ada tatu. Malangnya Hannah Mastura tidak mengetahui akan hal ini.

Drama yang akan ditayangkan di Astro saluran Mustika HD ini akan muncul menemui peminat pada 9 Disember 2013. Sebanyak  60 episod akan disajikan buat pelanggan Astro.
Selain Nelydia Senrose dan Sharnaaz Ahmad, antara pelakon lain yang membintangi drama ini ialah Iqram Dinzly, Jalaludin Hasan dan Lisdawati.
Hafiz Suip
Rossa










Lagu bertajuk 'Salahkah' merupakan Original Soundtrack untuk Drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta. Didendangkan oleh  dua penyanyi terkenal dari Indonesia dan Malaysia iaitu Rossa dan Hafiz Suip.
Jadi, nantikan drama adaptasi dari penerbit buku Karya Seni ini.
Nota: Imej para pelakon pada gambar tiada kaitan dengan konsep drama ini. Sekadar carian rawak dalam enjin carian gambar Google.

Wednesday, 20 November 2013

AKAN DATANG JANUARI 2014 : MARGASATWA

AKAN DATANG JANUARI 2014 : MARGASATWA


PSS terkesima beberapa saat ketika melihat gambar pada kulit novel ini. Ia membangkitkan perasaan misteri dan rasa ingin tahu apakah jenis mahkluk bermata empat itu. Renungan matanya menakutkan dan ia adalah mahkluk yang sangat ganjil. Adakah cerita rupa mahkluk itu sama seperti yang digambarkan pada kulit novel ini? Semuanya menjadi persoalan dalam fikiran PSS. Tahniah kepada pereka grafik penerbitan Karangkraf.

Ia adalah kulit buku yang sangat menawan. MARGASATWA berkemungkinan dua nama yang digabungkan. Hasil risikan PSS, tidak menemui sinopsis novel ini namun pecahan-pecahan cerita awal berserta gambaran ilustrasi ditemui. Ia dipromosikan di akaun FaceBook penulis ini sebagai menyambut kehadiran MARGASATWA pada Januari 2014.

dari status FB beliau

Saidee Nor Azam sebelum ini ada menulis sebuah novel bertajuk Hingga Hujung Waktu. Ia sebuah novel bergenre seram.

Mari kita baca sedikit sedutan babak dalam novel MARGASATWA.

Suara menderam kini sudah berada berhampiran Nazri. Ezuan tidak mampu berbuat apa-apa, melainkan diam dan berpura-pura pengsan. Nazri meraung apabila binatang itu mencengkam rambutnya dengan kuat. Nazri sempat memandang wajah makhluk aneh itu yang mulai menyeringai menampakkan barisan giginya yang menggerunkan. Makhluk itu mula merapatkan wajahnya ke wajah Nazri. Menjerit-jerit Nazri ketakutan, dia cuba meronta-ronta dengan menggunakan sisa-sisa kudratnya.
Tanpa rasa belas, kepala Nazri digigitnya dengan rakus. Darah terpercik ke baju Ezuan yang tergantung di sebelah. Nazri menggelupur kesakitan, suaranya tenggelam timbul bersama suara rakus makhluk aneh itu tatkala membaham kulit dan daging muka Nazri.
Ezuan tidak mampu berbuat apa-apa. Terketar-ketar tubuhnya apabila mendengar Nazri menjerit kesakitan. Tidak lama kemudian, suara sahabatnya itu tidak lagi kedengaran. Nazri mati dibaham hidup-hidup oleh binatang yang tidak berhati perut itu.


Adakah cerita novel ini hebat seperti mana kulit bukunya yang gempak itu? Kita tunggu kemunculan novel seram ini pada Januari 2014.




Friday, 15 November 2013

PSS OMG!: RAMLEE AWANG MURSHID TEMUI PEMINAT DI KK SABAH

PSS OMG!: RAMLEE AWANG MURSHID TEMUI PEMINAT DI KK SABAH


Oh Mesti Gempak! (OMG!) Pasti menggembirakan para peminat Ramlee Awang Murshid yang berada di Kota Kinabalu Sabah.

Novelis genre thriller nombor satu di Malaysia ini akan menemui anda yang berada di Sabah pada 30 November 2013. Hadiah eksklusif akan diberikan kepada 100 penyertaan terawal. Jadi datanglah awal untuk merebut hadiah eksklusif yang dijanjikan.


Pemerhatian PSS dapati, jarang adanya promosi buku di Sabah dan Sarawak. Berita ini pasti membuatkan mereka tersenyum girang kerana dapat menatap dan bertemu dengan penulis yang menjadi idola mereka. Jangan lepaskan peluang ini.

PSS sendiri sudah habis membaca novel MAGIS. Menarik dan memuaskan hati. Ia sebuah cerita yang mempunyai mesej yang tersurat dan tersirat. Ia sebuah karya yang berani dalam menyampaikan kesedaran dan hakikat yang berlaku di penghujung waktu. MAGIS diolah tidak sambil lewa. Lebih 30 bahan rujukan dan artikel meneguhkan dan meninggikan lagi darjat novel MAGIS.


Wednesday, 13 November 2013

KUBUR BERNYAWA EBRIZA AMINNUDIN

KUBUR BERNYAWA EBRIZA AMINNUDIN 

Ebriza Aminnudin


Panas dan sensasi. Khabarnya novelis dari Pulau Pinang ini cintanya kini sudah beralih arah. Beliau yang dikenali sebagai penulis novel bergenre cinta kini beralih arah ke genre seram pula.


Bukan beralih arah terus dan tidak akan menulis novel cinta lagi, tetapi mencuba keupayaan menulis dalam genre seram pula. Tahniah PSS ucapkan di atas keberanian menulis genre seperti ini.

Beberapa minggu kebelakangan ini, dilihat banyak status dari Facebook beliau mempromosikan poster novel seram bertajuk Kubur Bernyawa. Ia dijangka akan menyeramkan peminat novel seram tanah air pada Februari 2014. Lagi tiga bulan sahaja.

karya beliau. gambar dari FB beliau.

Kulit buku Kubur Bernyawa belum secara rasmi lagi dikeluarkan untuk tatapan umum. Nampaknya peminat karya Ebriza Aminnudin harus terus bersabar.

PSS sebenarnya agak ragu untuk meletakkan semua poster seram ini di blog PSS. Ia memang menyeramkan, bimbang PSS harus meletakkan syarat 18 tahun ke atas sahaja boleh masuk ke dalam blog ini. Sekadar gurauan dari PSS.

"nenek ikut mereka cu... tolong nenek cu... nenek dari kubur sesat di sana, mereka telah menggerakkan nenek. Tolong nenek cu..."- kubur bernyawa







Saturday, 9 November 2013

PSS EKSKLUSIF : ROMANTIKNYA ISTERI PENULIS NOVEL THRILLER NOMBOR SATU MALAYSIA

PSS EKSKLUSIF : ROMANTIKNYA ISTERI PENULIS NOVEL THRILLER NOMBOR SATU MALAYSIA


sedutan keratan video pada akaun isteri RAM
Pada 4 November yang lalu, merupakah ulang tahun kelahiran ke 46 penulis novel genre thriller nombor satu Malaysia iaitu Ramlee Awang Murshid.

Sebuah video berdurasi 2 minit 54 saat telah dikongsikan oleh isteri beliau pada akaun facebook. Pada permulaan video bertajuk 'My Wonderful Husband' . Ia adalah coretan rasa sayang isteri beliau iaitu Dayang Aminah.


Pada durasi ke 2.07, memaparkan kata-kata sayang dari anak tunggal mereka iaitu Aizuddin. Ucapan bertajuk 'Happy Birthday Dad'.

Sangat romantik dan comel video ini. PSS tidak mahu kongsikan video ini di sini. Pada PSS eloklah cari akaun facebook isteri Ramlee Awang Murshid dan boleh lihat di sana. Ia sangat eksklusif! .Lagu 'Lelaki ini' nyanyian Anuar Zain menjadi lagu latar video.


Thursday, 7 November 2013

PSS ZASSS! : MIA KIFF & BUKAN ISTERI SIMPANAN

PSS ZASSS! : MIA KIFF & BUKAN ISTERI SIMPANAN



Penulis novel Mia Kiff telah mendedahkan kelahiran 'anak' ke dua beliau. Melalui akaun Facebook, beliau telah menyiarkan rupa kulit novel yang terbaru dan ianya bakal terbit tidak lama lagi.

Novel bertajuk Bukan Isteri Simpanan merupakan novel sulung terbitan syarikat penerbitan Gedebook sdn bhd. Tahniah PSS ucapkan kepada Mia Kiff dan penerbit Gedebook.

Sebelum ini, Mia Kiff ada menulis sebuah novel bertajuk Bidadari Salju yang diterbitkan oleh penerbit SR Publication. PSS pernah lihat novel Bidadari Salju yang setebal 1260 halaman itu. Memang sangat tebal.

Baru-baru ini, Mia Kiff mengatakan mahu mengikut jejak langkah penulis misteri iaitu Hlovate. Adakah Mia Kiff hanya berseloroh sahaja? Dengan tidak mahu mendedahkan wajah sebenar di laman sosial. Anda mahu lihat wajah Mia Kiff? sila klik sini 

Rupa-rupanya Mia Kiff sekadar suka-suka sahaja. Sekadar ingin merasai perasaan apabila menjadi seorang yang misteri. Beliau meminati Hlovate. Dalam kulit novel terbaru ini, anda semua akan dapat melihat wajah Mia Kiff.

PSS masih mencari-cari siapa Hlovate sebenarnya. Beliau berpegang pada prinsip enggan mendedahkan imejnya dikhalayak. Baru-baru ini novel Contengan Jalanan karya Hlovate telah memenangi Anugerah Buku PNM - RTM 2013 bagi kategori pilihan pembaca. Wakil dari syarikat penerbitan novel beliau yang telah naik ke pentas bagi mengambil hadiah penghargaan. Pengacara pada malam itu yang telah mengesahkan hal berkaitan pendirian penulis Hlovate.


Mari kita baca sedikit sedutan novel yang dikongsikan oleh penulis Mia Kiff ini.

Sedutan Bukan Isteri Simpanan ( Bayangkan mcm promo filem ya. Nada ikut suka hati)
"Abang angkat? Hahaha, Nia tak risau ke, beradik berabang angkat bagai, kang kedua-duanya terangkat macam mana?"

"Ya, memang saya anak pungut yang mama cakapkan tu. Tapi kat jalan mana saya dipungut, saya tak ingatlah pula. Nanti awak google cari yea...."

"Kau ni, memang bodoh tau. Mudah sangat tertipu dengan jan
ji manis seorang perempuan. Jangan nak jadi bendul sangatlah. Berjemput berhantar bagai. Perempuan ni memang licik. Dia tak dapat bodohkan aku, dia bodohkan kau pula."

"Saya tak kisah, kalau satu dunia menghukum saya lelaki jahat. Panggilah saya iblis sekalipun, tapi kalau satu-satunya perempuan yang saya cinta, anggap saya sekeji itu, dah tak ada yang tinggal lagi untuk saya."

"Seorang anak pungut, seorang anak perampas! Huhh, elok sangatlah korang berdua! Sekarang ni berambus dari sini. Jangan lagi nak tunjuk muka korang kat sini! Mulai hari ini, aku dah tak kenal siapa itu Dania, siapa itu Khaliff!"

"Aku cintakan kau, macam kiraan 1,23 yang tak pernah habis kalau pun kau kira sampai bila-bila."

"Nia rasa macam nak bunuh saja dia. Agar segala rasa sakit dalam diri Nia akan hilang. Kenapa Nia begitu buta, menilai antara kaca dan permata?" 





Wednesday, 6 November 2013

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM

Assalamualaikum dan selamat pagi. Pada hari ini bermulalah peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Pada awal pagi ini para pelajar akan menghadapi kertas 1 Bahasa Melayu. Dua jam lima belas minit diperuntukkan untuk pelajar menjawab sebaik mungkin.

PSS doakan semoga semua dapat menjawab dengan tenang dan yakin. Selamat menduduki peperiksaan SPM.

Tuesday, 5 November 2013

PSS BUZZ! : AZZAH ABDUL RAHMAN BONGKAR 7 RAHSIA?

PSS BUZZ! : AZZAH ABDUL RAHMAN BONGKAR 7 RAHSIA?


Penulis Azzah Abdul Rahman bongkar tujuh rahsia? Rahsia apakah itu? Rahsia itu akan terlerai apabila pada 23 November 2013 ini beliau akan mendedahkan pada Bengkel 7 Langkah Menulis Novel.

Azzah Abdul Rahman yang berasal dari Batu Kikir, Negeri Sembilan sebelum ini telah pun menulis sebuah Ebook bertajuk "7 Langkah Menulis Novel Dalam Masa 30 hari".

Dalam masa 30 hari sahaja? Benarkah? Mesti pembaca PSS tertanya-tanya, novel apakah yang beliau hasilkan dalam masa sebulan itu.

hanya 28 hari manuskrip sudah siap

Novel kategori remaja bertajuk Skuad Pengatur Acara Rifqie dan Kawan-kawan (SPARK) dihasilkan hanya dalam tempoh 28 hari. Setebal 232 muka surat. Diterbitkan oleh PTS Pop sdn bhd.

"Ebook ini dihasilkan daripada gabungan pembacaan dan pengalaman saya  bersama rakan-rakan penulis baru, lama, best seller, guru-guru dan mentor-mentor penulisan saya – dikumpul, diproses, diuji dan sekarang dikongsikan kepada anda dalam 7 langkah yang teratur dan jelas."-Cik Puan Azzah Abdul Rahman

Hebat sangat. Ini bermakna dalam setahun boleh hasilkan 12 buah novel seperti ini. Pasti anda di luar sana yang ingin menjadi penulis terangsang untuk membeli Ebook beliau. Kepada warga Singapura ini adalah peluang baik untuk anda menambahkan lagi bahan bacaan dalam bahasa Melayu untuk para pembaca. Selain itu menaikkan lagi jumlah penulis Melayu Singapura.
Ebook

Mari sertai Bengkel 7 Langkah Menulis Novel yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Siglap South dan Akademi Anuar Othman. Tempat adalah terhad. Yuran sebanyak Dollar Singapura $70 dan ada novel percuma.

Pasti penglihatan tertarik pada tudung yang dikenakan oleh beliau pada gambar poster ini. Untuk makluman semua tudung Halfmoon Shawl itu adalah produk dari Afeeya Bella.


Friday, 1 November 2013

ISTIMEWA TELEMOVIE SEMPENA DEEPAVALI DI TV3

ISTIMEWA TELEMOVIE SEMPENA DEEPAVALI DI TV3


Komedi terbaik sempena Deepavali ini. Sebuah naskah skrip olahan Mama Bella. Ya, Mama Bella lagi. Pada 6 November pula, satu lagi telemovie sempena Maal Hijrah, skrip hasil garapan Mama Bella. Amboi, murah rezeki Mama Bella. Semoga tidak melupakan dunia penulisan novel genre remaja. Sekadar gurauan dari PSS.

Drama Putu Piring VS Putu Mayam akan ditayangkan pada Sabtu, 2 November 2013. Waktu tayangnnya pula pada pukul 10 malam di TV3.

Antara pelakon dikenali di dalam telemovie ini ialah Jihan Raja Lawak. Pasti mengamatkan kemeriahan suasana malam Deepavali.

Sinopsis Telemovie:

Wafia atau Pia ialah seorang penjual putu piring di pasar malam yang berjaya. Suami Pia iaitu Hadi merupakan seorang penyelia kilang yang akan membantu Pia di gerainya selepas pulang dari kerja dan hari cuti. Pia seorang isteri yang suka mengarah serta cemburu buta. Pia mengesyaki Hadi telah berubah hati kerana dia tidak lagi akur dengan telunjuknya. Anak mereka, Akif cuba mengintip Hadi dengan bantuan abang Anje. Akif terkejut apabila melihat kemesraan Hadi dengan Anjali bersama seorang budak perempuan. Hadi juga sangat suka dengan putu mayam yang disediakan oleh Anjali. Apabila Pia tahu tentang skandal Hadi dan Anjali, Pia mula belajar buat putu mayam dan mengubah penampilannya untuk memenangi hati suaminya kembali.
Pelakon: Jihan Musa, Azhan Rani, adik Rafael El Arash, Reneetha Veeraja, Subash, Bodt Sharadee.

Sumber gambar dari blog Mama Bella